Ramai Orang Lain Nak Jadi Exco – MB Kedah
ALOR SETAR – Setiap anggota Exco yang dilantik mempunyai hak untuk menolak pelantikan itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk melantik individu lain kerana ramai yang menawarkan diri untuk jawatan itu.
“Mereka boleh tolak (jika dilantik), saya lantik orang yang tak tolak,” katanya di sini hari ini.
Azizan berkata, atas sebab itu juga cuma lapan Exco kerajaan Kedah bagi 2012 akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit pada Selasa ini.
Menurutnya, meskipun jumlah mengangkat sumpah itu berkurangan berbanding 10 sebelum ini tetap lapan individu terbabit bukan muka baru.
Bagaimanapun, jelas beliau, dua lagi jawatan Exco akan diisi kemudian dan mungkin melibatkan pelantikan baru.
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh sebelum ini disebut-sebut menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan Exco Kedah yang dijadual diumumkan Selasa ini.
Kedua-dua mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini dan beberapa Exco lain juga dijangka berbuat demikian.
Sumber
Sumber
Ego dan hipokrit si Umara tua ni menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Asyik menyebut tentang sultan dan hak dia sahaja..... Rasanya lebih sesuai dia mengikut jejak Hassan Ali sahaja. Berdirinya PAS di Kedah adalah kerana atas pengaruh politik dia barangkali? Itu sebablah tak habis-habis dia mengatakan tentang hak dia sahaja dan bukan senang untuk menjatuhkan beliau lantas tanpa memperdulikan hak orang lain sekalipun. Rakyat akan lebih benci seorang pemimpin yang bewajah Islam tetapi ego dan munafik dari seorang pemimpin sekular yang mudah kita dekati. Sekali lagi diingatkan agar PAS tak payahlah bermati-matian mempertahankan wajah para pemimpin mereka yang dilihat hodoh di mata masyarakat. Berkatalah benar walaupun ianya pahit untuk didengar.
ReplyDeleteAku tengok perangai azizan sejak akhir2 ni agak keterlaluan. Hari tu isu pasal surau. Lepas tu isu pasal budak KUIN. La ni isu pasal exco pulak.
ReplyDeleteKalau kedah balik semula kepada BN, rasanya azizan adalah faktor utamanya. Dia ni nampak keras kepala dan tidak mahu mengalah.
adik abang katakan. kepelisitan dalam pa smakin terserlah. virus ug (mesra umno) sudah menunjukkan wajah sebenar mereka. yang pas dok pertahyan tu adalah kerana memiliki satu fikrah dengan azizan. golongan ni hanya tahu cabar, debat. lain dari itu tak boleh. nik amar cabar hassan ali namakan siapa parasit dalam pas kelantan. bakr chik bagi 3 hari supaya mad said tarik balik ttuduhan 'parti ajaran sesat. sampai hari tak bunyi pun tindakan menyaman mat said (tak tahu lah kot aku miss, kalau miss mintak maaf datuk bakar chik).
ReplyDeletedalam kita dok meng'abu'kan rakyat, ada pemimpin pas yang sengaja memberi peluru kepada musuh. tu je yang depa pandai. sebab apa? tanya hassang ali. semuanya bermula dari 'pertemuan dalam gelap'. meleret samapai sekarang. sapa kata dah tutup? yang percaya hanya yang memelihara pelesit.
wallahu'alam
Betoi tu 1Crony...
ReplyDeleteaku sokong..