Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 27, 2012

Kita Tengok Siapa Kepala Batu, Siapa Membatu

PAS Pusat mahu MB Kedah kekalkan semua 10 exco
Jawatankuasa PAS Pusat mahu semua 10 ahli exco kerajaan negeri Kedah dikekalkan walaupun keputusan muktamad terletak pada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.


NONE"Semua 10 mereka adalah penting bagi pentadbiran negeri ini," kata Mustafa pada sidang media yang diadakan secara tergempar hari ini.


"Memang ada perbezaan pendapat dalam isu-isu tertentu dan cara ia dikendalikan... tetapi perbezaan ini, boleh diselesaikan," katanya.


Semalam, Azizan dilaporkan berkata hanya lapan ahli exco kerajaan negeri Kedah akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, esok, berbanding 10 sebelum ini.


Exco yang disebut-sebut tidak akan dilantik semula itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga Datuk Phahrolrazi Zawawi (bawah) yang merupakan timbalan pesuruhjaya I PAS Kedah.


Manakala seorang lagi adalah Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri Datuk Dr Ismail Salleh yang juga adalah timbalan pesuruhjaya II PAS Kedah.
Sumber- mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa