Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 16, 2012

Tun Dan Penyokong BN Berhak Tuduh Apa Saja Tetapi Percaya Atau Tidak Adalah Hak Rakyat

Ketakutan Mahathir Jika Anwar Jadi PM Makin Menggila

Oleh Shahbudin Husin
Tuhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbL5TRFn9K9kv0pCblaR4NlLI9g4-nMnmSTbF9j0NbjhKFwK2d5Z9qlSSlZXP3u2-VbXY92bVj4n5qBS8Pxp6oAPlY6tBMS1o29-yPF7DLTzNWI5S9N49kClnyxcSdlCdrLqDqHW7CgoTS/s1600/mahathir.jpglisan terbaru Tun Mahathir yang mengatakan Amerika dan Israel memang mahu melihat berlakunya pertukaran kerajaan di Malaysia sebagaimana yang berlaku di Asia Barat, memang menarik untuk dilihat dalam konteks negara yang sedang "panas" menuju PRU 13, lebih-lebih lagi pilihanraya kali ini juga dianggap oleh banyak pihak sebagai ibu kepada segala pilihanraya.

Dalam tulisannya, Mahathir juga tanpa berselindung menyebut bahawa Amerika dan Israel tidak menyenangi kerajaan yang dipimpin Najib sekarang kerana bersikap berkecuali serta menjalin hubungan dengan China dan Rusia.

Menurut beliau lagi, calon Amerika dan Israel untuk dijadikan kerajaan boneka mereka ialah Anwar Ibrahim.

Meneliti tulisan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun ini lantas mengingatkan kita bahawa Mahathir juga pernah berbaik-baik dengan Amerika dan Israel, malahan pernah membayar pelobi Zionis, Jack Abramovich sebanyak AS1.2 juta untuk bertemu dengan Presiden Amerika George Bush. Di zaman Najib pula, hubungan Malaysia dengan Amerika serta kaitan dengan Israel lebih dahsyat lagi.

Selain melantik rakan baiknya, Jamaluddin Jarjis sebagai duta khas bertaraf menteri ke Amerika untuk menjalin hubungan yang lebih akrab dengan Amerika, Najib juga lebih kerap mengunjungi Amerika dan sering menjadikan pertemuan denfan Barack Obama sebagai bahan kempen untuk menaikkan namanya di persada dunia dan di mata rakyat.

Lebih dari itu, Najib juga melantik syarikat Amerika yang ada kaitan dengan Israel iaitu APCO sebagai penasihat medianya di peringkat antarabangsa, melaksanakan hubungan dagang yang lebih aktif serta membenarkan beberapa delegasi sukan Israel datang ke Malaysia dan membiarkan kurma Israel dibawa masuk serta dinikmati oleh umat Islam negara ini.

Meneliti semua senario itu, maka timbul persoalan, apakah sebenarnya niat Mahathir membangkitkan kaitan antara Anwar dengan Amerika dan Israel sekarang ini?

Jawapannya tidak lain ialah kerana Mahathir kini mula mempunyai ketakutan yang menggila andainya BN tumbang dalam pilihanraya akan datang dan seterusnya Anwar menjadi Perdana Menteri. Sebagai orang yang pernah melatih Anwar sebagai penggantinya tetapi kemudiannya membuangnya dengan pelbagai tuduhan dan dengan harapan Anwar akhirnya akan "reput" dalam penjara, logiknya tentulah beliau tidak mahu Anwar menduduki kerusi yang pernah diempukinya selama 22 tahun itu.

Sebelum ini juga beberapa serangan telah dilakukan oleh Mahathir terhadap Anwar dengan tujuan menghakis sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Ketua Pembangkang itu. Apa saja yang boleh dilakukan untuk menghalang kemaraan Anwar, pasti akan dilakukannya.

Mahathir tidak akan sanggup melihat musuh politik nombor satunya itu berkuasa semula. Permusuhan Mahathir dengan Anwar nampaknya hanya berakhir bila salah seorang dari mereka bersemadi di pusara yang abadi. Dengan pendakian Anwar bersama Pakatan Rakyat makin hampir menuju Putrajaya, Mahathir tentunya tidak lena tidur dan sering diganggu oleh igauan ngeri berkaitan dosa-dosa silamnya. Mahathir dalam hal ini akan terus mendendami Anwar serta berusaha menghalangnya sedaya mungkin daripada menjadi Perdana Menteri.

Dendam dan kesumat Mahathir tidak akan padam selagi beliau bernyawa. Meskipun Anwar yang menanggung pelbagai derita dan aib sejak bersengketa dengan Mahathir bermula 1998 hingga kini, Mahathir tidak pernah menyatakan kata maaf kepada Anwar. Berbeza dengan Anwar, dalam ceramahnya beliau sering menyebut sudah memaafkan Mahathir atas perlakuan bekas bossnya itu dan langsung tidak menyimpan apa-apa dendam lagi.

Selain tidak pernah mengungkapkan perkataan maaf ataupun apa-apa perkataan yang baik tentang Anwar sejak beliau memecatnya pada 2 Setember 1998, Mahathir juga memperlihatkan permusuhan yang jelas serta berusaha menghalang Anwar daripada bangun semula dalam politik. Sebab itu tidak menghairankan apabila Mahathir juga bermusuh dan mendendami Tun Abdullah Badawi kerana penggantinya sebagai Perdana Menteri itulah yang dianggap telah membebaskan Anwar dari penjara.

Dengan prestasi UMNO dan BN yang kian merudum hari demi hari di samping Najib sendiri terus menjadi subjek ketidakyakinan rakyat, Mahathir seperti dapat merasakan bahawa hayat BN sebagai parti yang berkuasa di negara ini sejak sebelum merdeka mungkin sudah di penghujungnya. Maka beliau perlu melakukan sesuatu, bukan sangat untuk mengelakkan BN tumbang tetapi lebih kepada memastikan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri.

Jika Anwar menjadi Perdana Menteri selepas PRU 13 ini, bukan saja ego Mahathir akan tercabar tetapi yang lebih ditakutinya ialah kerana banyak kepentingan-kepentingan lain yang melibatkan anak-anak, kaum keluarga, kroni dan sebagainya akan terbongkar. Inilah yang paling ditakuti dan digeruni oleh Mahathir.

Beliau seperti tidak sanggup melibat bagaimana sejarah ramai pemimpin dunia yang apabila hilang kuasa, segala perbuatan dan salah laku sepanjang berkuasa sama ada melibatkan diri sendiri, anak-anak dan kaum keluarga akan diselongkar semula serta dibawa ke muka pengadilan, turut berlaku kepada dirinya pula.

Dengan situasi politik semasa yang memperlihatkan UMNO dan BN dibelenggu pelbagai masalah, sokongan bukan Melayu lebih memihak kepada Pakatan Rakyat sementara orang Melayu terus berpecah kepada pelbagai puak, Mahathir tentulah mengharapkan dengan serangannya terhadap Anwar dan mengaitkannya dengan kerajaan bomeka yang ditaja oleh Amerika dan Israel, sokongan orang-orang Melayu akan kembali bulat kepada BN.

Dalam masa yang sama, pelbagai isu perkauman cuba diapi-apikan dengan harapan undi bukan Melayu akan berpecah dan menjadikan mereka akhirnya juga kembali menyokong BN.

Meskipun Mahathir berjaya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan sepanjang pemerintahannya, BN sentiasa mendapat kemenangan majoriti dua pertiga, hakikatnya dunia politik Malaysia sudah banyak berubah, bukan saja dari segi pemikiran tetapi juga kecepatan memperolehi maklumat. Orang Melayu yang diharap-harapkan oleh Mahathir menjadi takut untuk menyokong Anwar dan Palatan Rakyat apabila ditimbulkan isu kerajaan boneka, Amerika dan Israel mungkin sudah memperolehi jawapan yang sebenar di sebaik saja semua dakwaan itu dibuat.

Selain jawapan dalam bentuk kaitan kepimpinan zamannya sendiri dengan Amerika dan Israel yang boleh diperolehi dengan cepat dan pantas, bahkan pelbagai maklumat tambahan lain boleh diperolehi dengan mudah dan hanya melalui hijung jari saja sekarang ini.

Hakikatnya isu yang ditimbulkan Mahathir itu tidak akan menggugat keyakinan dan kepercayaan rakyat bahawa dalam apa keadaan sekali pun, perubahan adalah jalan terbaik untuk masa depan politik negara yang berbilang kaum ini. Bagi rakyat, banyak isu lain yang lebih besar yang perlu mereka ambil kira seperti kepimpinan, rasuah, urus tadbir, ketirisan, pembaziran, penyelewengan, derita rakyat, kepedulian kepada rakyat yang selama ini bermusim, kenaikan harga barang serta banyak lagi untuk menentukan sama ada sesebuah parti perlu dikekal atau ditumbangkan.

Dalam masa Mahathir membangkitkan isu Amerika, Israel dan kerajaan boneka, mungkin beliau terlupa perkara itu. Tetapi kita pun tidak boleh menyalahkan Mahathir serayus-peratus kerana beliau mungkin terlupa bahawa eranya berkuasa dan menang pilihanraya dunia maya dan internet baru mula berkembang dan rakyat kebanyakannya masih memperolehi maklumat melalui akhbar dan berita tv tetapi sekarang adalah zaman Unifi, broadband dan smartphone sudah menjadi santapan biasa kebanyakan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa