Anak Gaddafi beri amaran
12 Februari 2012
TRIPOLI - Saadi, anak kepada bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, kelmarin memberi amaran gelombang baru kebangkitan akan melanda Libya tidak lama lagi memandangkan masih ada pihak tidak berpuas hati selepas kerajaan diambil-alih oleh Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).
Kenyataan pertama kali menerusi perbualan telefon selepas Saadi melarikan diri selama beberapa bulan ke Niger itu turut disiarkan oleh stesen televisyen Al-Arabiya.
“Gelombang baru kebangkitan pro-Gaddafi ini akan melanda seluruh wilayah di Libya dan hanya menunggu masa untuk bertindak,” menurutnya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa