Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 2, 2012

AES: Harapkan Keadilan Dari Penyangak?

Khalid, jangan haraplah
Selagi kumpulan penyangak ada di belakang projek mewujudkan sistem ini
Tak payahlah bercakap tentang keadilan
Sebab kedua-dua pihak nak telan
Sama ada syarikat konsesi dan kerajaan
Selangor Tunggu Penjelasan Mengenai AES

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Khamis berkata, kerajaan negeri tidak akan membuat sebarang keputusan berhubung Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga mendapat penjelasan daripada syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya.
Baru-baru ini empat negeri yang dikuasai pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan AES yang akan merakam gambar pemandu yang melanggar peraturan lalu lintas.
"Selangor ada beberapa cadangan buat mereka (dua syarikat konsesi) untuk diteliti jika kami bersetuju dengan pelaksanaannya, bagi menunjukkan projek itu lebih adil bagi kedua belah pihak," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran sebuah buku di sini, Khamis.
Abdul Khalid berkata, sistem itu sepatutnya boleh memantau pengguna jalan raya dalam keadaan yang lebih adil dan hasil yang dikutip daripada saman had laju digunakan untuk memperbaiki sistem trafik dan keadaan pemanduan di Selangor. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa