Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 1, 2012

Macam-Macam Ikhtiar Nak Hisap Darah Rakyat

Wahai rakyat yang berotak
Ayuh jatuhkan kerajaan yang menghisap darah rakyat memperkayakan kroni ini
Walau pun tertekan semasa memandu
Munbkin tak akan terasa sangat sekiranya duit kutipan saman ini 100% masuk kantung kerajaan
Gunakan undi dengan bijak!

Published: Rabu Oktober 31, 2012 MYT 10:59:00 PM
Kementerian Rujuk Peguam Negara Tindakan Empat Negeri Tangguh AES
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan merujuk kepada pegawai undang-undang dan pejabat Peguam Negara tindakan empat kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri masing-masing.
Timbalan Menteri, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, perkara ini tidak sepatutnya dijadikan modal politik kerana tujuan sebenar pemasangan AES ialah untuk melindungi rakyat di samping membentuk masyarakat berhemah dan berdisiplin di jalan raya.
"Kita akan merujuk kepada pihak Peguam Negara berhubung pelaksanaan di negeri-negeri pembangkang ini. Saya tidak pasti mengenai peruntukan undang-undang berhubung perkara ini, sama ada mereka (kerajaan negeri) mempunyai hak terutamanya lampu isyarat, yang mungkin terletak di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"Begitu juga jalan-jalan persekutuan atau lebuh raya yang di bawah PLUS. Walaupun ini berada di negeri-negeri mereka pembangkang) tapi jalan raya ini adalah milik orang awam," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual Radio24 di Wisma Bernama pada Rabu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Selasa berkata, empat kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan AES.
Katanya, pemasangan 331 kamera AES yang dicadangkan di empat negeri terbabit, seharusnya mendapat kelulusan pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.
Dalam pada itu, Abdul Rahim berkata, keputusan untuk melaksanakan AES itu dibuat sudah begitu lama dan bukanlah satu tindakan yang terburu-buru.
Malah, katanya, isu kronisme dalam pemberian tender kepada syarikat pelaksana tidak timbul kerana penilaian berhubung kebolehupayaan syarikat berkaitan dilakukan secara telus.
Beliau berkata, daripada sembilan syarikat yang berminat, tujuh dinilai pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknikal berhubung keberkesanan sistem itu.
"Sistem ini telah dikaji sejak 2003, pada 2006, kabinet telah buat keputusan dan operator telah dipanggil untuk dinilai pada 2007 di samping beberapa pindaan undang-undang dibuat pada 2009 dan 2011," katanya. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa