Syria ikut telunjuk Rusia?
RIYADH - Sebuah agensi berita di Arab Saudi, mendedahkan Rusia sebagai dalang bertanggungjawab mengarahkan Syria menembak jatuh pesawat pejuang Turki dan membunuh kedua-dua juruterbang negara itu, pada 22 Jun lalu.
Menurut mereka, laporan sebelum ini didakwa bercanggah dengan maklumat yang diperoleh daripada Tentera Pembebasan Syria (FSA).
Dokumen rasmi perisikan Damsyik menunjukkan Syria bekerjasama dengan pangkalan tentera Rusia di negara tersebut.
Semasa insiden itu, tentera Syria didakwa menembak jatuh pesawat F-4 di Laut Mediterranean, selepas ia terbang rendah di kawasan perairan negara tersebut.
Dua juruterbang yang dilaporkan hilang pada masa tersebut sebenarnya ditemui askar rejim Presiden Bashar al-Assad dan ditahan di penjara Unit Operasi Khas untuk disoal siasat berhubung peranan Turki bagi membantu FSA menentang kerajaan.
FSA juga mendakwa Assad mengeluarkan arahan selepas diputuskan Rusia supaya membunuh dua juruterbang itu dan mayat mereka dibuang di lokasi pesawat F-4 tersebut terhempas.
Difahamkan, kekesalan Assad berhubung insiden yang hampir mencetuskan konflik bersenjata antara Syria dan Turki itu juga satu sandiwara kerana tindakan tersebut juga dilakukan selepas menerima arahan Moscow. - The Atlantic Wire

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa