Tuduhan ini amat serius umpama memalitkan tahi kemuka sistem Kakiman dan Mahkamah Malaysia
Pihak polis perlu siasat dan bersihkan segera
Karpal gesa polis siasat segera dakwaan Anwar sogoknya RM50 juta
V. ANBALAGAN AUGUST 10, 2013
Untuk sekian lamanya, peguam Karpal Singh berdepan dengan pelbagai dakwaan namun kali ini beliau bertegas apabila didakwa menerima rasuah.
Beliau pernah ditahan dibawah Akta Keselamatan Negeri, didakwa atas Akta Hasutan serta disiasat atas pelbagai kesalahan oleh polis.
Malah beliau juga didakwa atas kesalahan menyertai perhimpunan haram dan kini dalam proses melawan perbicaraan mahkamah atas tuduhan menghasut menentang Sultan Perak dan sekiranya didapati bersalah beliau bakal hilang kerusi parlimen Bukit Gelugor.
Karpal menuntut pihak pendakwaraya dan juri awam supaya bertindak segera atas laporan yang dibuat oleh calon Umno Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail yang kalah Pilihanraya Umum lalu.Atas semua tuduhan yang dihadapi, peguam berusia 73 tahun ini berdepan satu lagi tuduhan.
Dr Mazlan mendakwa menerima lebih 6,000 surat layang yang menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi RM50 juta kepada Karpal sebagai bayaran guaman dan juga sebagai wang rasuah untuk diberikan kepada pendakwaraya dan juri.
Sekurang kurangnya peguam itu mahu polis untuk melaporkan perkembangan terkini berhubung siasatan mengenai aduan yang dibuat.
"Saya akan meminta perkembangan laporan status, dimana perkara ini akan ke Peguam Negara untuk tindakan lanjut diambil.
"Tidak ada sebab untuk melengahkan kes ini. Saya mahu polis memberitahu apa yang berlaku, " katanya sambil menambah dia bergantung kepada peruntukan dari Prosedur Kod Jenayah untuk mengukuhkan lagi laporan yang dibuat.
Beliau juga memberi polis tempoh sebulan bagi melengkapkan laporannya berhubung aduan yang difailnya.
Ahad lalu, Anwar dan Karpal membuat laporan polis melawan Dr Mazlan dan media arus perdana.
Kedua mereka menegaskan bahawa telah difitnah dan menafikan apa yang ditulis dalam surat layang tersebut yang dihantar ke rumah Dr Mazlan.
Sabtu sebelum itu Dr Mazlan memberitahu wartawan kandungan surat layang yang dihantar ke rumahnya menuduh Anwar memberi Karpal lebih dari RM50 juta sebagai yuran guaman sejak dari 2008 dan wang sogokan yang diberikan kepada hakim dan pendakwaraya.
Karpal berkata Dr Mazlan sepatutnya melaporkan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terlebih dahulu sebelum mendedahkan perkara tersebut kepada media.
Beliau juga berkata akan menfailkan satu lagi tuduhan hasutan menentang Dr Mazlan.
Menurut Karpal polis masih belum mengambil keterangannya berhubung laporan yang dibuat Ahad lalu.
"Mungkin mereka akan berbuat demikian selepas Hari Raya dan saya akan menunggu mereka," katanya.
Beliau juga turut menggesa Peguam Negera Tan Sri Abdul Gani Patail untuk bersedia melakukan apa yang perlu bagi mempertahankan barisan juri dan seluruh pegawainya.
Ketua Juri Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Mohd Aizuddin Zolkeply berkata akan menyerahkan kes berkenaan kepada polis dan SPRM bagi menyiasat laporan itu.
"Ketua Hakim Negara (Tun Arifin Zakaria) mengalu-alukan siasatan dilakukan sekiranya dakwaan itu benar," katanya.
Majlis Peguam juga menyatakan ketegasan mereka dalam hal ini.
Pengerusinya Christopher Leong berkata barisan juri boleh memulakan prosiding menentang Mazlan sekiranya beliau gagal membuktikan kesahihan dakwaan itu.
"Dia mesti menyokong tuntutan itu, sekiranya gagal maka ia dianggap sebagai satu penghinaan dan prosiding dapat dimulakan atas kesalahan mencemarkan sistem kehakiman negara," katanya.
Jelas beliau sekiranya bukti dakwaan itu tidak dikemukakan maka ia boleh dianggap sebagai fitnah dan tidak adil kepada Badan Kehakiman Negara dan Jabatan Peguam.- 10 0gos 2012
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa