Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 15, 2013

Satu Sudah Lari, Siapa Lagi Mau Ikut?

Pada aku Elbaradei cuba melarikan diri dari Mahkamah Rakyat yang sudah nampak bayangannya di hujung terowong kekejaman rejim yang didokongnya sebelum ini

Retak sudah nampak, tunggu masa nak pecah?

Elbaradei letak jawatan ekoran keganasan semakin memuncak
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
AUGUST 15, 2013
Naib Presiden Mesir, Mohamed Elbaradei meletak jawatan selepas tidak berpuas hati dengan tindakan polis menggempur dua kem penyokong bekas Presiden Dr Mohamed Morsi yang mencetuskan tragedi berdarah.
Pemimpin pro-reformasi itu menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden Sementera, Adly Mansour dan salinan surat berkenaan dihantar kepada agensi berita, Associated Press (AP).
Katanya, keganasan akan menjadi bertambah buruk sambil enggan dipertanggungjawabkan walau 'setitik darah' mereka yang menjadi mangsa tumpah dalam serangan terbaru pihak berkuasa.
"Saya percaya terdapat alternatif aman yang boleh diterima untuk menyelesaikan konfrontasi masyarakat demi mencapai pendamaian negara. Namun, keganasan tetap keganasan. Apa yang berlaku sekarang ini adalah kumpulan pelampau yang diwarisi,” katanya."Sukar bagi saya untuk bertanggungjawab dengan apa yang berlaku, saya tidak sanggup melihat walaupun setitik darah yang tumpah ekoran serangan terbaru di negara ini.
Dalam satu temubual televisyen dua minggu lalu, beliau menjelaskan bahawa berulang kali memberi amaran kepada ketua tentera Abdel-Fattah El-Sisi dan ahli Majlis Pertahanan Nasional supaya mencari jalan penyelesaian demi menangani krisis politik di negara itu.
Setakat ini, suasana semakin tidak menentu di antara penyokong Morsi dan kumpulan yang menentang pentadbirannya.
Pihak pemerintahan semalam turut mengisytiharkan darurat apabila sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh selepas pasukan anggota keselamatan bertindak ke atas para penentang yang mahukan Morsi kembali berkuasa.
Anggota pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan dalam pertembungan dengan penunjuk perasaan yang sekali gus mencetuskan keadaan huru-hara di ibu negara dan kota-kota lain di Mesir. - 15 Ogos, 2013

1 comment:

  1. Walaupun dipertikai anutan agama El_baradai yg cenderung kpd syiah dan sekular tetapi dia seorg yg gentleman dibandingkan semua pemimpin2 BN and the geng. Wlaupun telah jelas kesalahan2 mereka tapi hanya mahkamah yg tidak pernah mengiktiraf kesalahan mereka kerana mereka menguasinya, masih berkeras mengekalkan jawatan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa