Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 17, 2013

Nepal Darurat Diserang Wabak

Darurat di tiga wilayah Nepal
Semua jenis unggas termasuk ayam, itik dan merpati dimusnahkan bersama 
telur dan makanannya, manakala ladang ternakan akan dibersihkan

KATHMANDU - Nepal, kelmarin, mengisytiharkan darurat di Bhaktapur, Lalitpur dan Kathmandu, ekoran kes selesema burung yang berlaku hampir setiap hari sejak sebulan lalu.

Jurucakap kerajaan bagi kempen pengawalan selesema burung, Narayan Ghimire berkata, keputusan dibuat dalam satu mesyuarat antara pegawai kerajaan dan penternak ayam yang diadakan sehari sebelum itu.

“Virus selesema burung masih tidak dapat dikawal meskipun selepas beberapa usaha dilakukan, termasuk mengharamkan perdagangan ayam,” katanya.

Setakat ini, Bhaktapur merupakan lokasi lebih 40 kes selesema burung selain dua daerah iaitu Lalitpur dan Kathmandu yang masing-masing mencatatkan 10 kes. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa