Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetap akan mengambil tindakan terhadap Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). 

Beliau yang mengulas soalan pemberita mengapa ROS hanya mengambil tindakan kepada DAP bagaimanapun berkata, perkara itu perlu dilakukan satu persatu. 

"Mana awak tahu SUPP tak kena? Satu persatulah," katanya ringkas dalam sidang media selepas menghadiri majlis rumah terbuka Rumah Pengasih di ibu negara hari ini. 

Sebelum SUPP telah menjawab notis tunjuk sebab daripada ROS dan kini menunggu keputusan mengenai status dua cawangan parti itu di Miri. 

ROS juga sebelum ini meminta agar DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan parti itu bersetuju berbuat demikian demi menyelamatkan parti itu daripada tindakan pembatalan pendaftaran oleh ROS.