Yang pastinya Arab tidak mampu dan tidak akan lakukan apa-apa selain bercakap
Bagaimana pula dengan negara Islam lain?
Mahmood Abbas sudah dicucuk hidung oleh Yahudi dan Amerika
Ismail Haniyeh (gambar) punya kuasa yang amat terhad dan kelengkapan tentera yang juga terhad
Dr. Morsi sudah pun terguling gara-gara pemimpin Arab juga
Erdogan tidak akan mampu bertindak sendirian tanpa sokongan tenteranya
Pokoknya selagi Arab bertelagah
Selagi Pemimpin Arab utamakan harta dan tahta selagi itulah Yahudi akan menjolok biji mata secara terang-terangan dengan dibela oleh Nasoro Amerika tanpa bantahan secara fizikal dari mana-mana negara Islam
Yahudi mahu cemari al-Aqsa
13 Ogos 2013
Israel bercadang membuka semua pintu masuk di Majid al- Aqsa untuk bangsa Yahudi
NAZARETH - ISRAEL, Jawatankuasa Dalam Negeri Israel mengumumkan rancangan jahat mereka untuk membuka semua pintu masuk untuk bangsa Yahudi di Masjid al-Aqsa.
Cadangan bakal mencetuskan kemarahan penduduk Palestin tersebut diumumkan selepas mereka memfailkan tuntutan melakukan upacara keagamaan di masjid itu.
Sebelum ini, anggota kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Ahmed Qurei ada memberi amaran berhubung rancangan jahat rejim Zionis untuk menghapuskan identiti Islam di Baitulmaqdis.
Beliau turut menyelar dasar Israel yang mahu memusnahkan tapak bersejarah di bandar tersebut
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa