Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 22, 2017

RCI Memali: Adakah desakan mereka akan memakan diri? Rangkuman kenyataan Kit Siang, Rahim Noor dan Hanif Omar

Hendak siasat apa lagi pasal Memali, tanya Hanif Omar
Amin Iskandar
Diterbitkan pada 22 Aug 2017 12:26PM 
Bekas ketua polis negara, Mohammed Hanif Omar turut mempersoalkan maklumat apa lagi yang mahu dicari dalam tragedi menyebabkan 4 anggota polis dan 14 orang awam terbunuh pada 19 November, 1985. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Ogos, 2017.

BEKAS pemimpin tertinggi pasukan polis mempersoalkan apa perlunya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat peristiwa berdarah Memali yang berlaku 32 tahun lalu.

Bekas ketua polis negara, Mohammed Hanif Omar turut mempersoalkan maklumat apa lagi yang mahu dicari dalam tragedi menyebabkan 4 anggota polis dan 14 orang awam terbunuh pada 19 November, 1985.

“Apakah sebabnya mereka masih tidak puas hati?” soal Hanif kepada The Malaysian Insight ketika diminta mengulas kesediaan kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat peristiwa Memali

“Apakah perkara penting yang masih belum terjawab?”

Hanif turut mengingatkan penubuhan RCI akan melibatkan kos yang tinggi.

“RCI bukan percuma, ada kosnya kepada rakyat,” katanya.

Hanif adalah ketua polis negara semasa peristiwa Memali berlaku, dan merupakan ketua polis negara paling lama berkhidmat antara 1974-1994.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tragedi Memali kerana tidak berada di Malaysia pada ketika itu.

Ketika peristiwa berdarah Memali berlaku pada 1985, Hanif sedang bercuti kerana menyambung pengajian selama dua tahun di United Kingdom.

Jawatannya ketika itu dipangku Mohamed Amin Osman dari 1983 hingga penghujung Disember 1985.

Kerajaan membentangkan Kertas Putih Peristiwa Memali di bertarikh 26 Februari 1986 yang ditandatangani menteri dalam negeri ketika itu, Musa Hitam kepada Parlimen. 

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan hujung minggu lalu Putrajaya bersedia menubuhkan RCI bagi menyiasat tragedi Memali.

Kenyataan itu dialu-alukan PAS yang mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa membela nasib mangsa Memali. 

Bagaimanapun seorang lagi bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor berkata tindakan kerajaan menubuhkan RCI hanya akan mendedahkan peranan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai punca berlakunya tragedi berdarah Memali.

Rahim menarik perhatian kepada ucapan Hadi dalam sebuah ceramah pada 1981 yang mempengaruhi Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sehingga terjebak melakukan kegiatan yang mengancam keselamatan negara. Ucapan itu terkenal dengan gelaran "Amanat Hadi". 

Amanat Hadi merupakan petikan ucapan presiden PAS itu dalam ceramah di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang dipegang ahli parti Islam itu di seluruh negara pada ketika itu.

Ucapan itu dianggap titik penting dalam politik Melayu pada dekad 1980-an yang menyaksikan perpecahan terburuk mereka sehingga melibatkan tuduhan kafir-mengkafir, sembahyang dua imam dan pulau-memulau dalam kegiatan masyarakat termasuk urusan jenazah.

Sejarah Memali lebih tiga dekad itu muncul semula selepas Hadi mendakwa kekecohan semasa forum "Nothing to Hide 2.0" baru-baru ini tercetus kerana jawapan Dr Mahathir Mohamad berkenaan peristiwa Memali tidak memuaskan hati hadirin. 

Dr Mahathir, perdana menteri semasa peristiwa Memali, kini mengetuai gabungan pembangkang Pakatan Harapan.

Hadi pula, selepas membawa PAS memutuskan kerjasama dengan parti-parti pembangkang, kini dilihat senada dengan Umno dalam banyak perkara menuju Pilihan Raya Umum ke-14. – 22 Ogos, 2017
.
RCI akan dedah Hadi Awang punca tragedi Memali, kata Rahim Noor
Amin Iskandar
Diterbitkan pada 22 Aug 2017 7:00AM
Ucapan Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 1981 yang dikenali sebagai 'Amanat Hadi' mempengaruhi Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sehingga terjebak melakukan kegiatan yang mengancam keselamatan negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Ogos, 2017.

SIASATAN oleh Suruhanjaya Diraja (RCI) terhadap peristiwa Memali yang berlaku 32 tahun lalu hanya akan mendedahkan peranan presiden PAS sebagai punca tragedi berdarah itu, kata bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor.

Rahim menarik perhatian kepada ucapan Hadi dalam sebuah ceramah pada 1981 yang mempengaruhi Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sehingga terjebak melakukan kegiatan yang mengancam keselamatan negara. Ucapan itu terkenal dengan gelaran "Amanat Hadi".

“Sekiranya RCI diadakan, tidak dapat dielakkan hakikat tentang peranan Hadi melalui 'Amanat Hadi' sehingga berlakunya tragedi berdarah Memali,” kata Rahim kepada The Malaysian Insight.

'Amanat Hadi' merupakan petikan ucapan presiden PAS itu dalam ceramah di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang dipegang ahli PAS di seluruh negara pada ketika itu.

Ucapan itu dianggap titik penting dalam politik orang Melayu pada dekad 1980-an yang menyaksikan perpecahan terburuk orang Melayu sehingga melibatkan tuduhan kafir-mengkafir, sembahyang dua imam dan pulau-memulau dalam kegiatan masyarakat termasuk urusan jenazah.

“Ada dua elemen penting dalam 'Amanat Hadi' ini. Pertama, dia kata orang-orang Islam tidak perlu menjadi Kristian, Yahudi, Nasrani untuk menjadi kafir, cukup dengan mengamalkan politik suku, agama suku, mereka sudah menjadi kafir.

“Kedua, dia kata perjuangan yang dilakukan mereka adalah jihad dan sekiranya terkorban dalam perjuangan, mati mereka adalah syahid,” kata Rahim.

Ketua polis negara antara 1994 dan 1999 itu menambah "Amanat Hadi" disebarkan PAS menerusi sayap Pemuda parti Islam itu sehingga menjadi buah mulut di seluruh negara.

“Akhirnya benda ni pun sampailah ke Ibrahim Libya. Dia pernah belajar agama di Libya dan sebab itu digelar Ibrahim Libya.

“Ibrahim merupakan seorang pengikut PAS tegar dan aktif. Dia betul-betul taksub dengan 'Amanat Hadi',  ” kata Rahim yang ketika peristiwa Memali merupakan ketua polis Selangor.

Rahim diminta mengulas kesediaan kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat peristiwa Memali, seperti diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pada hujung minggu lalu.

Kenyataan Zahid itu dialu-alukan oleh PAS yang mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa membela nasib mangsa Memali dan bercadang membawa waris keluarga bertemu Zahid di Putrajaya.

Sejarah Memali lebih tiga dekad itu muncul semula selepas Hadi mendakwa kekecohan semasa forum "Nothing to Hide 2.0" baru-baru ini tercetus kerana jawapan Dr Mahathir berkenaan peristiwa Memali tidak memuaskan hati hadirin.
Lit flares at the Nothing to Hide 2.0 forum yesterday. Former international trade and industry minister Rafidah Aziz says today's leaders are not shy about displaying their arrogance and power with crude language and mannerisms. – The Malaysian Insight pic, August 14, 2017.

Tuan Ibrahim Tuan Man selepas itu mengulangi gesaan PAS agar kerajaan menubuhkan segera RCI demi keadilan kepada mangsa dan keluarga yang terlibat. Beliau juga mendesak kerajaan meminta maaf kepada keluarga mangsa.

Dr Mahathir, perdana menteri semasa peristiwa Memali, kini mengetuai gabungan pembangkang Pakatan Harapan. Hadi pula, selepas membawa PAS memutuskan kerjasama dengan parti-parti pembangkang, kini dilihat senada dengan Umno dalam banyak perkara menuju Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut Rahim, kerajaan tidak perlu menubuhkan RCI bagi menyiasat kembali apa yang berlaku di Memali lebih 30 tahun lalu.

“Kertas putih tentang tragedi Memali sudah ada. Sepatutnya kerajaan bentangkan di Parlimen kertas putih itu dan bahaskan semula.

"Tetapi kalau sudah kehendak kerajaan hendak buat RCI, terserahlah,” katanya.

Kertas Putih Peristiwa Memali bertarikh 26 Februari 1986 itu ditandatangani oleh menteri dalam negeri ketika itu, Musa Hitam, dan dikemukakan kepada Parlimen.

Bagaimanapun, saksi hidup kejadian menganggapnya sebagai satu pembohongan.

Kertas putih itu merakamkan latar suasana semasa dan detik-detik yang berlaku apabila pengikut Ibrahim Libya bertempur dengan pasukan polis pada pagi 19 November 1985 itu. Ia turut mencatatkan kedudukan "Amanat Hadi" dalam seluruh episod peristiwa Memali.

Kertas putih itu merumuskan tindakan polis di Memali bertujuan menguatkuasakan undang-undang dan membendung kegiatan yang mengancam keselamatan dalam negara.

Menurut Rahim, polis ketika itu mempunyai maklumat dan bukti Ibrahim dan pengikutnya bersungguh-sungguh mahu melaksanakan "Amanat Hadi".

“Dia (Ibrahim) ada ramai pengikut setia. Dia ada pelbagai rancangan dan perjuangannya sudah melebihi daripada PAS. Ini yang ada dalam kajian Unit Cawangan Khas.

“Unit Cawangan Khas mempunyai bukti apa yang Ibrahim Libya dan pengikutnya nak lakukan sehingga keputusan dibuat untuk menahannya mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya.

Rahim berkata sekiranya tidak ditahan mengikut ISA, polis mempunyai bukti tindakan Ibrahim akan mengganggu ketenteraman awam.

“Apa yang Ibrahim lakukan bukanlah arahan parti tetapi dia sudah mengikuti 'Amanat Hadi' dengan begitu mendalam dan disebabkan itu polis terpaksa mengambil tindakan.

“Sebab itu saya tak faham apa niat Hadi nak bangkitkan semula isu Memali ini kerana akan terkeluar juga dia merupakan punca terjadinya tragedi berdarah ini,” katanya. – 22 Ogos, 2017.

Memali: Kit Siang, Rahim Noor bangkitkan 'Amanat Hadi'
mk    -   Hari ini, 12:53 tengahari
Veteran DAP Lim Kit Siang dan bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor mengaitkan 'Amanat Had' dengan tragedi Memali yang mengorbankan 14 penduduk kampung dan empat anggota keselamatan.
Lim berkata, jika suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang patut memberi keterangan terhadap ucapannya di Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
“(Beliau patut beri keterangan) berkaitan kesan Amanat Hadi dan kematian 18 nyawa pada tahun 1985 dan bagaimana beliau patut mendamaikan hubungan mesra dan pembelanya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razaj dan skandal 1MDB,” kata Lim.

Isu Memali timbul kembali dalam forum melibatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Shah Alam pada 13 Ogos lalu yang mencetuskan huru-hara dan keganasan.

Tragedi lebih 30 tahun lalu itu menyaksikan pertempuran antara penduduk kampung diketuai pemimpin PAS Ibrahim Libya dan pasukan keselamatan.

Ibrahim dikaitkan dengan ajaran sesat dan keganasan tetapi dakwaan ini dinafikan PAS.

Amanat Hadi pula didakwa pengkritik menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam dan mewujudkan sikap kafir mengkafir.

Hadi antaranya menyebut “jihad” PAS menentang Umno kerana “mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah”.

“Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam.

“Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku," kata Hadi.

Rahim: Ibrahim taasub dengan 'Amanat Hadi'

Sementara itu, The Malaysian Insight melaporkan Rahim sebagai berkata RCI Memali hanya akan mendedahkan peranan Hadi.

“Sekiranya RCI diadakan, tidak dapat dielakkan hakikat tentang peranan Hadi melalui 'Amanat Hadi' sehingga berlakunya tragedi berdarah Memali,” Rahim dipetik sebagai berkata.

Katanya, amanat yang disebarkan Pemuda PAS hingga menjadi buah mulut di seluruh negara itu turut sampai kepada Ibrahim.

“Akhirnya benda ni pun sampailah ke Ibrahim Libya. Dia pernah belajar agama di Libya dan sebab itu digelar Ibrahim Libya.

“Ibrahim merupakan seorang pengikut PAS tegar dan aktif. Dia betul-betul taasub dengan 'Amanat Hadi', ” kata Rahim yang ketika peristiwa itu menjadi ketua polis Selangor.

2 comments:

  1. Hadi dah jadi barua Najib.

    ReplyDelete
  2. Rci positif untuk melawan kaum yang suka mengkafirkan orang dimasa depan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa