Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 30, 2010

Aku Gelak Besar!

Setan kecil produk UMNO yang bercakap besar. Dari anak matanya, hatinya juga kecil!
Tak payah risau, cakap ajer besar saja nak gedebekan diri!

Thursday, April 29, 2010

Kenali Sikap Polis Malaysia

Tiga intipati di dalam Sidang Akhbar YB Khalid Samad berkenaan tembakan Polis yang membunuh seorang anak manusia berusia 15 tahun di Shah Alam pada 26 April.

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.


2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.

Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

Tuesday, April 27, 2010

Katak Yang Sangka Perutnya Lebih Besar Dari Lembu

Kepada yang ada otak, adakah 2 soalan di bawah adalah salah/tidak boleh/taboo untuk ditanya dan meminta penjelasan dari DUN?

Soalan ini dibantah dan digegak gempitakan oleh UMNO. Taat dan hormat sangatkah UMNO terhadap Sultan dan Raja?

Mohd. Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) mengemukakan dua soalan bertulis kepada Dewan iaitu:

  • Sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat?

  • Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam?
  • Monday, April 26, 2010

    Sokong Bawa Rebah, Di mana Silapnya?

    BETONG: Kegiatan seorang guru lelaki dari Semenanjung menjual dadah dan pil khayal kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di sini, terbongkar apabila polis menahannya bersama 1,862 pil nospan, di sini, petang semalam.

    Dalam tangkapan di Jeti Sungai Saribas, Pusa, kira-kira jam 4.30 petang semalam, suspek yang berusia 24 tahun dan berasal dari Kedah dalam perjalanan pulang ke Beladin bersama isteri dan seorang anaknya selepas dipercayai mengambil bekalan dadah dari Kuching. Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata suspek yang bertugas di sebuah sekolah di Beladin, dipercayai menjadi pengedar dadah kepada pelajar sekolah sekitar kawasan berkenaan.

    “Ketika ditahan, suspek cuba melawan dan cuba melarikan diri namun terpaksa menyerah selepas dikepung anggota polis yang mendapat maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah.

    “Selain sejumlah pil nospan yang dianggar bernilai lebih RM1,000, turut ditemui dadah jenis ganja seberat 10 gram. Suspek dan keluarganya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

    Difahamkan, suspek yang berkahwin dengan isterinya, seorang warga tempatan, bertugas lebih lima tahun di sekolah berkenaan selain kerap ke Kuching bagi mendapatkan bekalan dadah pelbagai jenis bagi dijual kepada pelajar sekolah.
    Bukhori berkata, berdasarkan siasatan awal, polis mempercayai suspek menjalankan kegiatan mengedar dadah di Beladin sejak setahun lalu dan mempunyai rangkaian pelajar yang dijadikan orang tengah.

    Katanya, polis tidak menolak kemungkinan akan menahan beberapa individu tempatan lagi yang dipercayai menjadi orang tengah kepada suspek.

    “Siasatan ke atas suspek sedang dilakukan mengikut Seksyen 6 dan 30 Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan perintah tahanan reman akan dibuat esok (hari ini) di Mahkamah Majistret Betong,” katanya.

    Tangkapan ini adalah yang pertama di Betong membabitkan guru yang bertugas di kawasan pedalaman mengedar dadah.

    Bulan lalu, seorang bekas guru berasal dari Kedah ditahan di Kuching kerana cuba menyeludup daun ketum

    Friday, April 23, 2010

    Satu Cara Meraikan Gol!

    Dasar Biawak!

    Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor, hari ini mencabar ketua umum PKR dan presiden parti itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, supaya menjelaskan kedudukan enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

    Berita Harian Online memetik Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, mereka berdua sepatutnya mendedahkan kandungan kotak berkenaan yang dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

    Sambil menegaskan beliau tidak pernah menyimpan kotak berkenaan atau membaca kandungan dokumen di dalamnya, Ezam berkata beliau hanya ditunjukkan kotak berkenaan ketika disimpan di kediaman Anwar selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat.

    "Selepas dipenjara, Anwar memesan melalui Wan Azizah supaya saya sentiasa membangkitkan soal kandungan kotak berkenaan pada ceramah dan saya hanya menurut perintah....Saya difahamkan kotak berkenaan kemudian diberi kepada beberapa saudara dan rakan untuk disimpan di dalam dan luar negara.

    "Sebaliknya, apabila saya keluar daripada PKR, mereka menyatakan saya yang menyimpan kotak berkenaan untuk menjejaskan kredibiliti saya....Justeru, saya mencabar Anwar dan Wan Azizah mendedahkan kandungan kotak berkenaan," kata Ezam di Rumah Kelantan di Bukit Beruntung, tengah hari tadi.

    Ezam diminta mengulas isu kotak berkenaan yang sebelum ini menjadi modal ceramah beliau serta pemimpin PKR untuk memburuk-burukkan pemimpin kerajaan kepada rakyat.

    Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, beliau bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

    Semalam, Ezam mendakwa mempunyai dokumen lengkap yang dapat membuktikan Anwar mempunyai hubungan dengan pemimpin Yahudi.

    Malah, katanya, beliau bercadang menyerahkan dokumen berkenaan kepada Parlimen sebagai bukti yang Anwar memang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Yahudi.

    Sumber mk

    Wednesday, April 21, 2010

    Pantai Sabak Yang Tercedera

    Sabak yang terkenal dengan keindahannya pada suatu masa dulu telah mengalami kesuramannya kini. Sabak memang benar-benar dicederakan oleh kemarahan alam dengan kehendak Allah, inilah rupa Sabak yang cukup tersohor di zaman maksiat tidak terhalang sedikit masa dulu.

    Sunday, April 11, 2010

    Kalau Benar, Kenapa Susah

    Komen saya : Sekiranya benar-benar bersih, kenapa tidak mahu dipandang bersih?

    Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

    Dr Pornthip memberitahu
    Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

    Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

    Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

    "Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.

    Sumber mk

    Majlis Di KL

    Assalamu alaikum w.b.t kepada semua rakan Bloggers dan Pengunjung. Pak Din mohon maaf kerana sudah 10 hari blog ini tidak diupdate. "Selamat bertemu kembali di alam Maya"

    Sebenarnya Pak Din telah alami sedikit deraan dari Yang Maha Pemcipta. Sejak hari pertama tiba KL lagi telah bermasalah dengan gig dan gusi yang sakit dan bengkak. Dan sehingga ke hari ini masih belum sembuh sepenuhnya. Dah 3 kali ke Dentist barulah lega sikit. Sakit dan derita hanya Dia yang Maha Tahu. Padan muka aku!
    Inilah pipi yang bengkak itu

    Dari Ipoh ke KL, Stering barikan kepada adik (anak kedua) setibanya di R&R Gopeng kerana sudah hilang fokus memandu. Adik pecut sehingga 180 kph pun Pak Din tak peduli. Lantaklah asalkan sampai dan boleh beli ubat.

    Di bawah ini Pak Din uploadkan beberapa gambar di majlis Akad Nikah dan Persandingan anak saudara Irfan Hafiz Azni dan Isterinya Wan Amiraturrahman.

    Bapa dan Keluarga Pengantin Lelaki

    Hantaran

    Pengantin Lelaki Irfan Hafiz Azni Bin Mohammad


    Akad Nikah

    Berjalan ke Pelamin

    Bersanding

    Kakak Keempat dan Kedua serta Suami

    Kakak Kedua dan Suami

    Cucu Saudara dan bapnya

    Wednesday, March 31, 2010

    Aktiviti Meriah, Bukan Untuk Saya

    Mountdweller akan bercuti ke Ipoh dan Bangi dari hari ini sehingga 5 April 2010.

    Di Ipoh, Anak Saudara perempuan di sebelah Isteri bertunang pada 3 April 2010 manakala di Bangi pula, Anak Saudara Lelaki saya akan berkahwin juga pada hari yang sama.

    Jadi terpaksalah saya ke Bangi bersama Anak perempuan kedua saya dan tinggalkan Isteri bersama keluarganya di Ipoh.

    Pagi ini pula di tempat saya di adakan pertandingan suara burung. Agak meriah sambil bersantai sambil menikmati merdu suara burung. Tapi malangnya saya jahil tentang aktiviti ini, tak tahu apa satu pun!
































































    Tuesday, March 30, 2010

    Kisah Istana Kelantan

    Saya copy n paste komen dari seorang Pengunjung blog Pink Turtle yang rasanya kita boleh kungsi bersama di mana tersemainya benih krisis dan kemelut Istana Kelantan.

    Sememangnya perkara ini sudah ramai Rakyat Kelantan maklum tetapi tidak mahu membuka mulut sebab sehahihannya sahaja.

    Izinkan saya sdr. Pink Turtle dan terima kasih insan yang bernickname nor zaida.

    By: nor zaida on Mac 29, 2010
    at 3:11 pm

    1. Slm…..mmg di sebalik semua yg berlaku dlm Istana Kelantan skang ni ada org yg menjadi ‘PENGARAH’ nya…….

      KIta semua tau siapa ‘pengarah’ drama ni…..si w.hashim ni cuma ‘pelakon’nya saja…..berlakon dgn setia drama yg diarahkan……

      Kita jgk sedia maklum hubungan antara Pemangku Raja Tengku Faris Petra yg dikasihi dgn ‘Pengarah’ drama ni mmg tidak sendik sudah byk tahun………

      Pemangku Raja Tg Faris bukanlah insan yg mengikut telunjuk dan setia membuta tuli…..itu lah yg menyakitkan hati si ‘Pengarah Drama’ ni….

      Kata si Pengarah Drama, baru jd Tengku Mahkota sudah ketara tak mau ikut perintah….belum lagi ada kuasa penuh di tangan……

    2. Krn nk pastikan kuasa kekal di tangannya lah ‘pengarah’ ni dgn kuasa veto nya 5 tahun lalu telah ‘mewajib’kan Tg Faris Petra menerima si gadis dr kerabat Patani,Thailand……

      Harapan si ‘pengarah’ ni kelak bila Tg Faris Petra sudah menjadi sultan maka bolehlah pompuan yg jd bini Tg Faris tu memainkan peranannya dgn memujuk Tg Faris dlm apa2 hal supaya pemerintahan Tg Faris kelak tidak akan mengenepikan segala kepentingan si ‘pengarah’ drama ni…..

    3. Tapi Tengku Faris ni rupanya sgt lah tak makan pujuk….bukan mcm adindanya si Tg Temenggong yg boleh dipujuk…….

      Tengku Faris Petra benar2 mengotakan janjinya bahawa baginda TIDAK AKAN menyentuh perempuan pilihan si ‘pengarah’ itu…….

      Panas dan tegang hubungan antara Tg Faris & ‘pengarah’ ni Tuhan sj yg tau…..akhirnya krn tak tahan masih berterusan menjadi ‘anak dara’ walaupun sudah berkahwin, si kerabat Patani yg nama Melayunya ialah Tg Zubaidah itu merajuk, pulang ke tempat asalnya tanpa mahu kembali lagi……..

      Si ‘pengarah’ drama hantar org supaya pujuk Tg Zubaidah tp dia enggan datang……’pengarah’ kemudian arah Tengku Faris supaya pergi ke Thailand dan pujuk si pompuan itu tp Tengku Faris berkeras hati benar……enggan pergi……..

    4. Akhirnya berlaku jg apa yg ditakuti oleh si ‘pengarah’ ni iaitu PERCERAIAN……bg ‘pengarah’, perceraian adalah sesuatu yg memalukan tp Tengku Faris tak kisah akan itu…..

      Bila si ‘pengarah’ ni ke New York….maka di waktu itu lah Tengku Faris Petra mengambil keputusan utk menceraikan secara sah pompuan itu!!!!

      Bila ‘pengarah’ sudah pulang ke tanah air, tak ada gunanya…….LAFAZ CERAI dah pun sah……

      Sejak hari itu lah hubungan Tengku Faris Petra yg dikasihi dgn ‘pengarah’ ni menjadi koho panas…..bagaikan tak akan sendik sampai bila2………

    5. Sekarang Pemangku Raja Tg Faris Petra byk juga menyerahkan tugas tertentu kpd adindanya,Tengku Bendahara Tengku Faiz Petra…..

      Alhamdulillah……sesejuk mata memandang….Tg Bendahara Faiz Petra begitu setia menjalankan amanah yg diberi oleh kekandanya……maklumlah pula org nya mmg berpendidikan tinggi…bahkan lbh tinggi dr Pemangku Raja sendiri……

      Marilah kita sama-sama mendoakan agar kedua beradik ni iaitu Tengku Faris Petra & Tengku Faiz Petra sentiasa kuat semangat,tabah,sentiasa beroleh taufiq hidayah dr Allah utk terus mentadbir negeri Kelantan ini dgn penuh kemakmuran………..

      Juga sentiasa lah kita doakan semoga Tuanku Al-Sultan Ismail Petra segera sembuh dr kegeringan kembali bahagia di sisi anakanda2 baginda dan juga rakyat jelata……..

      Juga moga Che Puan Elia Suhana terus tabah hati dan setia di saat Tuanku Ismail Petra berada dlm kegeringan ini……..ini lah tika dan saatnya utk Che Puan tunjukkan bahawa KASIH dan CINTA Che Puan kpd Tuanku Ismail Petra adalah suci dan hakiki dan bukannya krn darjat baginda……..

    6. Dan kpd pengendali blog ni tolong la jgn edit komen saya…….

      Kalau tulisan saya ni diberi tempat, byk lagi hal2 yg saya sanggup berkongsi di sini……

    Bebel Petang

    Perkara yang kita selalu terlepas pandang.

    1. Kita akan marah dan sumpah seranah sekiranya sesuatu yang menyusahkan kita dilakukan orang lain terhadap kita tetapi sedarkah kita, kita juga ada kalanya menyusahkan orang lain.


    2. Rasulallah membuang duri dan ranting yang merbahaya dan menyusahkan perjalanan di jalan, tetapi kita membina bonggol yang tinggi sehingga terseret dada kereta di jalan yang cantik sebagai halangan.

    3. Di jalan raya juga ada manusia yang perlahan dengan selambanya di laluan kanan sedangkan di laluan kiri kosong. Seolah dengan sengaja menyusahkan pengguna lain. Bila di hon dia akan marah.

    4. Bersih adalah sunah tetapi ada kalanya manusia membuang sampah di jalan ketika memandu terutama kulit buahan dan pembungkus makanan tanpa memikirkan orang yang memandu di belakang dan kebersihan jalan raya.

    5. Kita marah bila anak orang lain di bawah umur memecut dan membising dengan motor di hadapan rumah kita terutama semasa kita sedang berehat tetapi ada masanya juga kita benarkan anak kita yang di bawah umur menunggang motor ketika memintanya membelikkan sesuatu yang kita malas untuk melakukan sendiri di kedai.

    6. Kita marah bila anak-anak menyepahkan rumah tetapi ada kalanya kita sendiri menyepahkan rumah dengan surat khabar dan buku selepas membacanya.

    7. Adakah tidak berlawanan dengan sunah sekiranya kita memandu kereta dengan tidak memakai Tali Pinggang Keledar atau menuggang motor tanpa helmet? Sedangkan Rasulallah berpesan supaya jangan mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya.

    8. Kita suka menengok keburukan orang lain sedangkan kita lupa keburukan sendiri. Orang lain juga memerhati. Ibarat kata kita menghitung dosa orang tetapi dosa sendiri kita terlupa.

    9. Pernahkah kita fikirkan kesusahan orang lain ketika kita parking kenderaan di petak yang dikhaskan?

    Yang penting ialah dengan hanya satu falsafah sahaja "Jangan lakukan perkara yang kita tidak suka orang lain lakukan terhadap kita"

    Monday, March 29, 2010

    Perkara Hairan Peranakan Kelantan

    Tak hairankah bila..

    1. Bekas SUK buta tentang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan dan SPN dengan mengistiharkan diri sendiri sebagai Setua Usaha Sulit Sultan.

    2. Pengerusi MPR tidak tahu fungsinya dan peraturan MPR dengan melantik diri sendiri sebagai Pemangku Raja sehinggakan MPR terpaksa melantik seorang Pengerusi yang lain.

    3. Diistiharkan Sultan sudah sihat, tetapi melantik Pemangku Raja yang lain dengan membuang Pemangku Raja yang dahulu ketika Pemangku Raja berkenaan tiada di dalam negeri

    4. Baginda Al Sultan yang sedang gering menceraikan Isteri dengan talaq 3 tetapi laporan dibuat oleh seorang perempuan yang tidak ada kena mengena dengan baginda.

    5. Baginda Sultan yang diistiharkan sudah sembuh dari gering dibawa keluar ikut pintu belakang ketika berangkat pulang dari rawatan luar negara sedangkan mengecewakan ribuan rakyat datang menyambut.

    Walau apa pun itu adalah kekecuhan di dalam pagar Istana yang tidak menjejaskan apa-apa kepentingan rakyat. Ibarat kata orang tua Kelantan "Minyak benzin dan Petrol tidak ada bezanya!"

    Sambung Reman S/U Sulit Sultan?

    Berita hairan ni memang menghairankan. Biar betul!
    Bila pulak Wan Hasihm dilantik Jadi SU Sultan?

    KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini, semalam melanjutkan tempoh reman sehingga hari ini kepada Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang sedang disiasat polis kerana melakukan penyamaran.

    Majistret Nor Haslinda Che Seman melanjutkan reman itu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, selepas menerima permohonan polis berikutan tempoh reman Wan Hashim berakhir semalam.


    Ketika prosiding lanjutan reman itu berlangsung jam 10.30 pagi semalam, Wan Hashim diwakili peguam
    bela, Gobind Singh Deo dan Datuk Mohd Haaziq Pillay serta ahli keluarganya termasuk isteri dan anak turut kelihatan di mahkamah. Bercakap selepas prosiding itu, Gobind berkata, polis memohon lanjutan reman tiga hari lagi tetapi pihaknya memohon disingkatkan kerana Wan Hashim demam.

    “Esok (hari ini), sama ada reman beliau dilanjut atau dibebaskan, terpulang kepada mahkamah tetapi kami meminta polis segera siasat kes ini kerana beliau memerlukan rawatan akibat darah tinggi, sakit tulang belakang selain demam.

    “Setakat ini difahamkan, anak guam saya berdepan siasatan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

    Wan Hashim yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ditahan jam 8.40 malam Khamis lalu, di rumahnya, Taman Sri Aman, Kubang Kerian di sini.


    Difahamkan, beliau ditahan untuk membantu siasatan berhubung ‘perisytiharan Istana Kelantan’ yang dibuatnya pada 18 Mac lalu di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

    Antara lain, perisytiharan itu membabitkan larangan sambutan perayaan Hari Keputeraan Sultan Kelantan serta majlis pengurniaan kebesaran. Beliau ditahan susulan laporan polis yang difailkan pegawai kanan kerajaan negeri.

    Polis juga menjalankan siasatan terhadap Wan Hashim berhubung ‘Perisytiharan KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan’ berhubung pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra selaku Pemangku Raja yang dibuatnya menerusi sidang media di Istana Mahkota pada Khamis lalu.


    -sumber

    Friday, March 26, 2010

    Langkah Pembersihan PAS?

    Tulang Besi kata "Apa akan jadi pada disiplin parti selepas ini, saya pun tak tau?"

    Saya berkata "Apa akan jadi kepada PAS selepas ini, saya pun nak tengok?"

    Kalau benar, adakah boleh dikatakan ini merupakan langkah pembersihan daripada Kem yang menentang Kerajaan Perpaduan?. Idea UG sememangnya tidak pernah mati di sanubari kumpulan pencetusnya sehingga kini walau pun suara dari rongga mulut telah ditamatkan walau pun dari segi tindakannya tidak begitu.

    Di samping “khabar angin” bertiup kencang mengatakan Tok Guru Nik Aziz tidak akan disambung perlantikan beliau sebagai Mursyidul Am, turut tersebar adalah khabar bahawa Ustaz Ahmad Awang juga akan ditamatkan khidmat beliau sebagai Ahli Majlis Syura.

    Saya berharap sangat kedua-dua khabar angin ini terbukti tidak benar. Namun, dalam politik Malaysia, khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi. Contohnya, kes pemukulan Rahim Nor terhadap Anwar Ibrahim

    Harap-harap tiada amalan membalas dendam dalam PAS hanya kerana Ahmad Awang secara terang-terang:

    a. Menolak kerajaan Campuran UMNO-PAS di Perak
    b. Menolak permintaan Haramsani yang mana Haramsani diketahui mempunyai hubungan intim dengan salah seorang anggota Syura yang senior
    c. Mendedahkan konspirasi menubuh kerajaan perpaduan di Perak di hadapan para perwakilan PAS tahun lepas
    d. Menjadi "icon" menentang usaha "PERPADUANG" di dalam PAS

    Lagi satu yang herannya, orang yang langgar keputusan parti dalam isu Kalimah Allah secara terang-terang masih dilantik semula sebagai Ahli Majlis Syura?

    Apa akan jadi pada disiplin parti selepas ini, saya pun tak tau?

    Tulang Besi

    Termasuk Perangkap Buatan Sendiri?

    Sangkakan dia ni cerdik, tapi......
    KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai saksi berhubung pendedahannya yang mendakwa ditawarkan ganjaran besar sekiranya membuat pengakuan palsu mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

    :Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, siasatan lanjut akan dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan dakwaan Zulkifli benar atau sebaliknya.

    “Pendedahan yang dibuat itu masih baru dan kita anggap ia sebagai satu maklumat yang boleh kita ambil untuk siasatan.

    “Apa-apa sahaja maklumat yang kita terima berkaitan kes tersebut, kita akan siasat dan sebagai prosedur siasatan, kita akan panggil saksi berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, semalam.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas berkenaan pada sidang media di lobi Parlimen, kelmarin.

    Dalam pendedahannya itu, Zulkifli turut mendakwa ganjaran yang ditawarkan disifatkan ‘amat menggugat iman’ kerana diarah mendapatkan pengakuan sumpah palsu daripada ‘pihak ketiga’ bagi membolehkan Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan itu.

    Sementara itu, ketika ditanya bila polis akan memanggil Zulkifli bagi merakamkan percakapannya, Musa berkata, beliau akan melakukannya pada bila-bila masa dalam tempoh terdekat.

    “Kita siasat dulu dan baru kita akan panggil saksi itu dalam tempoh terdekat,” katanya.

    Sumber

    Berita Belum Sahih

    Inilah maklumat yang baru saya dapat. Namun masih tiada kesahihanya lagi.

    YBM Dato’ Seri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah, Pengerusi Majlis Perajaan Negeri telah dipecat

    JPM dan KDN mengarahkan Polis Kelantan supaya membebaskan Dato' Wan Hashim yang mengaku SU Sulit Sultan Kelantan di tahan Polis semalam.

    Kenapa ye?

    Tangan siapa di belakang JPM dan KDN?

    Ulat Bulu Masuk Istana Pulak Dah..

    aku saudara tertinggal artikel 23(2) yang menyatakan jika KDYMM gering, maka pemangku akan dilantik sehingga KDYMM disahkan sembuh dan boleh melaksanakan tugas2 negeri

    jawapan saya, aatikel 23(2) berkata ‘if Sovereign contravenes the provisions of clause (1) of this article, he shall deem no longer to be Sovereign and to have withdrawn from the state and from his rights and claims on the State.
    Artikel 23 ni berkisar kepada sekiranya Sultan keluar negeri lebih dari 12 bulan berturut-turut. Jadi saya tidak tertinggal apa yang saudara katakan.

    Di atas adalah komen seorang pengunjung blog kickdefella.wordpress.com merujuk kepada N3 di bawah. Soalnya siapakah tuan empunya badan blogger kickdefella ini?

    Asalnya on computer nak buat n3 lain tapi tersilau pula dengan n3 di bawah. Oleh kerana blogger ni sibuk sangat dengan hal-hal Istana, saya membacanya dan ada terasa janggal dan peliknya tulisan beliau berkeanaan isu ini. Jadi saya layan dulu n3 beliau.

    Nampaknya di akhir-akhir ini sangat sibuk dengan hal-hal Istana, Sultan dan Pemangku Raja?

    Nampak macam Mufti dalam cerita Musang Berjanggut aja lagaknya. Mengambil dan menggunakan Hukum/Ayat yang perlu untuk mewajarkan tindakan dan meyedapkan diri dan mungkin juga individu di belakangnya.

    Adakah dia adalah seorang Pengamal Undang-Undang yang mahir dengan Perlembagaan Tubuh Negeri dan Negara?

    Di bawah adalah N3nya yang saya copy n paste secara langsung.

    Update

    Petang semalam saya dimaklumkan bahawa, YBM Dato’ Seri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah, Pengerusi Majlis Perajaan Negeri dititah mengadap Kebawah Duli Tuanku. Bersaksikan Mufti Negeri Kelantan dan beberapa pihak lain, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah menitahkan agar pemangkuan fungsi Sultan oleh anakandanya Tengku Muhammad Faris Petra ditamatkan serta merta.

    Tengku Abdul Aziz kemudian telah menghubungi Tengku Muhammad Faris bagi memaklumkan hal tersebut. Kemudiannya Tuanku sendiri telah bertitah kepada anakanda Baginda dan Tengku Faris diminta mengadap Ayahandanya selewat-lewatnya petang ini.

    Pada petang kelmarin juga, Pengelola Istana Halim Hamad telah memanggil satu sidang media dan membaca apa yang dikatakan kenyataan media dari YTM Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Bernama menjelang senja.

    Antara lain kenyataan itu mengatakan bahawa Tuanku masih gering dan Tengku Muhammad Faris masih Pemangku Raja. Pengelola Istana membaca kenyataan ini walaupun selepas Tuanku sudah bertitah bahawa pemangkuan telah tamat.

    Hari ini, Dato’ Wan Hashim, Setiausaha Sulit KDYMM Al Sultan Kelantan, di dalam sidang media di Istana Mahkota Kubang Kerian di mana Al Sultan Kelantan bersemayam, membaca kenyataan bertulis yang antara lain menyebut sebab-sebab mengapa Tengku Mahkota ditamatkan dari pemangkuan fungsi Sultan.

    Sejurus selepas membaca kenyataan bertulis itu, Setiausaha Sulit Tuanku mengumumkan bahawa Tuanku turut bertitah bahawa YBM Dato’ Seri Utama Raja Tengku Abdul Aziz telah dilantik sebagai Pemangku Raja yang baru.

    Kepada Allah kita berserah semoga apa yang berlaku hari ini adalah penamat kepada satu polemik yang membingungkan rakyat bukannya satu permulaan kepada krisis undang-undang tubuh negeri yang akan berlarutan hingga ke Mahkamah.

    Semoga Kelantan tidak akan mempunyai 2 Pemangku Raja dan 2 Tengku Mahkota.

    Posting Asal

    Saya setuju dengan kekanda blogger Mohd Sayuti Omar yang menggesa supaya ‘Semua Pihak Perlu Kembali Kepada Perlembagaan Tubuh Negeri’.

    Tetapi saya hanya dapat bersetuju dengan tajuknya sahaja kerana kandungan postingnya menyeleweng daripada Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan Kelantan.

    Artikel 1 undang-undang tubuh Negeri Kelantan mengatakan “… the Laws of The Constitution of Kelantan shall be read subject to Federal Constitution”.

    Raja-Raja Melayu sudah bersetuju menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai ‘the supreme law’ dan jika ada sebarang percanggahan di antara Perlembagaan Negeri, undang-undang atau enakmen yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan maka ia dengan sendirinya terbatal.

    Bolehkan Sultan Diturunkan Dari Tahta

    Di dalam Undang-Undang Pelembagaan Tuboh-Kerajaan Kelantan tidak ada satu artikel, atau peruntukan yang membenarkan seorang Sultan digugurkan tahta melainkan dengan kehendak dan kerelaan Tuanku Al Sultan sendiri.

    Artikel 23 (1) menyebut antara lain, ‘Seorang Sultan tidak boleh berada di luar negeri untuk tempoh lebih 12 bulan berterusan dan sekiranya ini berlaku, pengganti harus di pilih sejajar dengan peruntukan perlembagaan melainkan Majlis Perajaan Negeri mendapati ianya mempunyai alasan dan sebab yang kukuh dan boleh diterima’.

    Artikel 23 (3) pula menyebut (1) tidak boleh digunapakai sekiranya beradanya Tuanku diluar negeri adalah kerana dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agung.

    Artikel 24 (1) pula menyebut, ‘Sultan boleh secara sukarela mengosongkan dan turun dari tahtanya yang bererti menyerahkan segala hak dan kuasanya.

    Tiada sebarang peruntukan yang membenarkan KDYMM Sultan diturunkan dari tahta tanpa kerelaannya. Sebaliknya Perlembagaan Persekutuan mempertahankan hak Raja-Raja Melayu dan undang-undang Malaysia mengenakan hukuman berat kepada sebarang usaha untuk menurunkan Yang DiPertuan Agung, Raja-Raja Melayu dan Yang DiPertua Negeri dari tahtanya.

    Sebarang usaha menurunkan Sultan menerusi proses undang-undang iaitu menerusi Pindaan Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan di dalam Dewan Negeri, jika dilakukan akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan akan terbatal.

    Bagaimana sekiranya Sultan itu hilang upaya fizikal dan mental?

    Tiada sebarang peruntukan di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan yang menyebut bahawa seorang Sultan perlu atau boleh diturunkan dari tahta sekiranya Baginda mengalami sebarang kecacatan kekal, hilang keupayaan fizikal atau mental atau lumpuh sepenuh badan atau sebagainya.

    Sebaliknya ada peruntukan yang membolehkan seorang pewaris Sultan tidak diangkat sebagai Sultan sekiranya Majlis Perajaan Negeri mendapati pewaris Sultan itu tidak sesuai diangkat kerana antara lain masalah fizikalnya dan lain-lain sebab yang tidak dibenarkan melalui Hukum Syarak.

    Artikel 8 (2) antara lain menyebut Majlis Perajaan boleh menolak waris tersebut sekiranya, ‘…the council shall consider him to have some great and serious defect derogatory to the quality of a sovereign such as infirmity, blindness, dumbness or possessing some base qualities on account of which he would not be permitted by Hukum Shara’ to become Sovereign Ruler’.

    Antara lain ini bererti Undang-Undang Tubuh Negeri melindungi seorang Sultan daripada didiskriminasikan dari terus menduduki tahtanya setelah perlantikannya sebagai Sultan disahkan oleh Majlis Perajaan Negeri.

    Oleh yang demikian, dari sudut Undang-Undang Negeri, tiada pihak boleh mempertikaikan kesahihan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra adalah Al Sultan dan Yang Di Pertua Negeri Kelantan Darulnaim dan semua jajahan naungannya. Sebarang masalah kesihatan yang mengakibatkan Kebawah Duli Tuanku gering tidak boleh dari segi perundangan dijadikan pertikaian atas persemayaman Tuanku di tahtanya.

    Majlis Perajaan Negeri

    Sejak konflik istana Kelantan tercetus, kita sering mendengar sebutan Majlis Perajaan Negeri atau di dalam Bahasa Inggeris di panggil sebagai The Council of Succession of Kelantan.

    Pentingnya Majlis Perajaan Negeri boleh dilihat dari segi kedudukannya di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri. Majlis ini mendahului lain-lain kerabat DiRaja di dalam undang-undang tubuh negeri.

    Ini kerana Artikel 6 menyebut antara lain ‘tiada siapa boleh ditabalkan sebagai Sultan melainkan telah terlebih dahulu perlantikannya disahkan oleh Majlis Perajaan Negeri’.

    Oleh yang demikian, ianya adalah satu Majlis yang amat penting dalam sistem Raja Berpelembagaan di peringkat negeri.

    Ahli-ahli Majlis Perajaan Negeri adalah mengikut undang-undang tubuh terdiri daripada,

    • Presiden
    • Timbalan Presiden

    Setiausaha Kerajaan negeri adalah menjadi Setiausaha Majlis Perajaan Negeri.

    Ahli-ahli lain ialah 4 orang Kerabat D’Raja dan tidak kurang dari empat dan tidak lebih dari lapan orang yang hendaklah berketurunan Melayu dan rakyat kepada Sultan di negeri berkenaan.

    Ahli Majlis Perajaan yang disebut diatas hendaklah dilantik oleh KDYMM Al Sultan sendiri dan bukan oleh pihak lain.

    Peranan Majlis Perajaan Negeri adalah mengesahkan Sultan yang baru sebaik sahaja setelah kemangkatan Sultan sebelumnya. Artikel 11 (1) menyebut, ‘No decision of the Council of Succession shall be valid and binding unless at least two-thirds of the members present and voting shall agree thereto’.

    Pemangkuan Raja

    Artikel 22A (1) menjelaskan peruntukan-peruntukan yang membolehkan pemangkuan diwujudkan di dalam negeri, iaitu sebab-sebabnya,

    a) ‘If the Sovereign shall have occasion to be absent from the State for more than thirty days; or

    b) ‘If the Sovereign shall be incapacitated from attending to the affairs of the state; or

    c) ‘If the Sovereign is elected to the office, or exercise the functions, of the Yang di-Pertuan Agong for a period exceeding fifteen days’.

    Peruntukan (a) dan peruntukan (c) dalam Artikel 22A(1) Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan adalah jelas tetapi peruntukan (b) adalah samar dan memerlukan tafsiran.

    Apakah maknanya ‘…incapacitated from attending to the affairs of the state’? pelbagai pihak boleh memberi tafsirannya berdasarkan bias masing-masing. Oleh yang demikian, eloklah dibiarkan tafsiran dibuat oleh pihak yang diberi peruntukan untuk membuat tafsiran ini oleh undang-undang tubuh negeri ini.

    Bagaimanapun, jika dibaca peruntukan seterusnya di dalam artikel yang sama kita mungkin dapat sedikit gambaran tafsiran incapacitated.

    Artikel 22 A (2) antara lain menyebut jika Baginda Sultan bercadang keluar negara seperti tersebut dalam peruntukan (a) artikel ini, Tuanku hendaklah melantik Pemangku atau Majlis Pemangkuan untuk menjalankan ‘… His functions during His absence from the State’.

    Tetapi Artikel 22 A (3) bagaimanapun menyerahkan tugas melantik Pemangku dalam kes Artikel 22A (1) (b) kepada Majlis Perajaan Negeri. Ia berbunyi;

    In the case of the incapacitation of the Sovereign the Council of Succession shall appoint a Regent or Council of Regency as to them most expedient and if it shall be necessary to appoint a Council of Regency the provisions of Clauses (2) and (3) of Article 19 of this Part shall apply to such appointment’.

    Artikel 22 A (4) mengembalikan kuasa melantik Pemangku kepada Sultan dalam kes Artikel 22 A (1) (c) yang mana bila Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agung.

    Berdasarkan ketiga-tiga klausa ini, beerti dari segi Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri salah satu keadaan incapacitated ialah dimana Tuanku tidak boleh bertitah di antara lainnya boleh dikatakan sebagai dalam koma atau tidak waras. Jika setakat itu sahaja tafsiran incapacitated di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri, bererti hari ini Tuanku sudah diluar keadaan tersebut berdasarkan surat daripada pihak Pakar dari Hospital Mount Elizabeth di Singapura.

    Kegagalan berjalan atau berhadapan dengan umum disebabkan keadaan fizikal lain tidaklah boleh dijadikan alasan meneruskan pemangkuan kerana Artikel 22 A (5) jelas tercatat bahawa;

    ‘Such Regent or Council of Regency shall cease to act upon the return of the Sovereign to the State or upon His recovery from incapacitation or His ceasing to hold the office or exercise the functions of Yang di-Pertuan Agong as the case may be’.

    Di dalam sepucuk surat bertarikh 15 Januari 2010 yang ditandatangani oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mahkota telah meminta Dr. Kelvin Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Mount Elizabeth menjelaskan keadaan kesihatan Tuanku, antara lainnya tertulis dalam surat tersebut;

    ‘I also wish to know if the Sultan is presently competent to perform his duties as a ruler…’

    ‘I also wish to request the appropriate medical reports be furnished to me as the Regent …… as to the Sultan present competency to make informed decisions which a ruler has to make with regard to the affairs of the State of Kelantan.’

    Untuk itu, pihak Hospital di Singapura menjawab pada 1 Februari 2010,

    “ …the Sultan is currently capable of making His own decisions.’

    Berdasarkan jawapan itu pada 18 Februari 2010, YTM Tengku Mahkota Kelantan mengarahkan peguamnya, Zul Rafique & Partners bertindak bagi pihaknya dalam mendapat lebih banyak maklumat dari pihak di Singapura.

    Apakah Kuasa Sultan Dalam Negeri

    Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan menyebut dalam Artikel 10;

    ‘The executive authority of the State shall be vested in His Highness but executive functions may by law be conferred on other persons or authorities.

    Antara lain ia jelas bermaksud, kuasa mentadbir negeri hanya ada pada Sultan tetapi kuasa melaksanakan hal-hal pentadbiran boleh diamanahkan kepada individu atau pihak lain.

    Artikel 15 (2) antara lain menyebut, ‘Baginda boleh bertindak di atas pertimbangannya bagi fungsi-fungsi eksekutif…’ dan diantaranya ialah (e) perlantikan warisnya dan pemangku atau majlis pemangkuan.

    Persoalannya ialah adakah dengan wujudnya pemangkuan, executive authority digalas oleh pemangku atau pemangku sekadar melaksanakan executive functions.

    Pemahaman Kuasa Pemangku

    Menurut Shukri Mohamad dalam rakaman audio yang telah tersiar di blog ini, individu yang diberi kuasa memangku mempunyai kuasa setaraf dengan individu yang dipangku jawatannya.

    Secara peribadi saya merasakan jika itu benar, maka ia melanggar semangat dan prinsip pemangkuan.

    Dalam rumusan kampung, kita boleh andaikan saya sebagai tuan punya sawah padi dan saya mempunyai barisan pekerja menjalankan tugas-tugas menanam padi. Geran dan hak milik tanah adalah diatas nama saya. Diatas sebab yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa meninggalkan kampung untuk suatu jangkamasa dan atas sebab demikian, saya melantik anak saya untuk menjalankan tugas saya.

    Anak saya sudah tentu tidak ada kuasa mutlak untuk menjual tanah sawah saya kepada pemaju untuk aktiviti pembangunan walaupun dia memangku tugas saya. Ini kerana dia ‘memangku tugas’ dan bukannya mengambil alih peranan saya sebagai tuan punya sawah.

    Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa Pemangkuan adalah memangku tugas-tugas atau fungsi seorang Sultan tetapi dia tidak memangku kuasa seorang Sultan.

    Di atas sebab itu juga undang-undang tubuh negeri di dalam artikel 22 B jelas menyebut antara lainnya, ‘imbuhan yang dibayar kepada Pemangku Raja tidak boleh melebihi imbuhan yang dibayar kepada seorang Sultan.’ Di dalam artikel yang sama juga memberi gambaran tugas pemangkuan sebagai, ‘… to exercise the prerogatives of and perform the duties of the Sovereign….’

    Tambahan pula Al Sultan di panggil dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia, sedangkan pemangkunya sebagai Yang Maha Mulia. Ini sudah menunjukkan perbezaan di antara Sultan dan Pemangku Sultan.

    Shukri Mohamad juga jelas mengelirukan kita dengan tafsirannya berhubung pewaris tahta dan jelas mendiskriminasikan pewaris-pewaris tahta yang lainnya.

    Artikel 28 undang-undang tubuh negeri juga jelas menekankan bahawa, Tengku Mahkota atau pewaris tahta tidak mempunyai sebarang kuasa dengan ayat berikut;

    “The Heir shall have no authority whatsoever to take part nor may interfere in any affairs of the State or Government, excepting only when he shall have the command of Sovereign generally or in any particular case or as may be authorised under this Part and this provision shall apply also to the other heirs.’

    Pengurniaan Darjah Kebesaran

    Artikel 43 (1) undang-undang tubuh negeri jelas menyebut bahawa;

    ‘KDYMM ialah pangkal segala kemuliaan dan kebesaran dalam negeri ini dan Bagindalah sahaja boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran dan kehormatan.”

    Ini bagi saya adalah jelas Kuasa Eksekutif seorang Sultan. Sebaliknya menandatangani persetujuan terhadap undang-undang negeri adalah melaksanakan fungsi eksekutif.

    Kesimpulan saya, Kuasa Eksekutif tidak boleh dipangku, sebaliknya apa yang boleh dipangku ialah fungsi-fungsi eksekutif seorang Sultan.

    Kesimpulan

    Tafsiran yang jelas perlu dibuat ke atas kalimah ‘incapacitated’ dan bukannya keadaan fizikal Tuanku Al Sultan Kelantan. Apabila jelas apa yang dimaksudkan dengan kalimah itu dalam undang-undang tubuh negeri, maka segala kekeliruan boleh diperjelaskan.

    Segala yang tercatat didalam posting ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya setelah merujuk kepada beberapa pihak yang arif dengan institusi Raja di Kelantan. Suka saya ingatkan, semua pihak boleh membuat tafsiran berdasarkan pemahamannya tetapi tafsiran yang akan diambil kira ialah tafsiran Mahkamah.

    Itu adalah pandanganya dan kalau nak baca komen pengujungnya sila ke sini. Banyak juga komen yang entah apa-apa dengan hanya bersandarkan fikiran dan pendangan yang dangkal.

    Dan melarat pula ke sini bila dikatakan Wan Hashim adalah Setiausaha Sulit Sultan. Entah siapa yang melantik Wan Hashim, kita pun tak tahu.

    Kita terpinga-pinga bila Wan Hashim mendakwa dirinya adalah Setiausaha Sulit Sultan!


    Thursday, March 25, 2010

    Perut Dah Terburai Pun Masih Nak Berzanji Lagi SiBengap ni

    KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, menyelar Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution kerana menuduhnya menerima tawaran Umno bagi menyelesaikan hutangnya sebagai umpan untuk keluar parti.

    Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen semalam, Zahrain yang kini menjadi wakil rakyat bebas itu menafikan sama sekali tuduhan terbabit dan menyifatkannya sebagai satu pembohongan bagi menjejaskan imej beliau. “Ini fitnah, tidak benar sama sekali. Macam mana saya nak komen kerana ini satu penipuan, satu fitnah...sukar bagi saya untuk memberi komen.

    “Saya cabar Saifuddin membawa perkara ini ke mahkamah. Kalau ada bukti kenapa tidak dakwa saja saya di mahkamah. Saya tak tahu apa yang dia perkatakan ini dan saya tidak mahu komen mengenai kenyataan yang menyampah seperti ini," katanya.

    Saifuddin dalam satu temu bual dengan lidah rasmi PKR, Suara Keadilan, mendakwa Zahrain berhutang RM1.8 juta kepada sebuah syarikat d Pulau Pinang.

    Beliau dipetik berkata, Zahrain mahu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, membenarkannya mengambil alih serta mengurus Bukit Jambul Golf and Country Club, apabila Zahrain menjadi pengurusnya, tetapi ditolak.
    Selepas itu, dakwa Saifuddin, Umno mengambil kesempatan menawarkan untuk melangsaikan hutang Zahrain.

    Dari sini

    Wednesday, March 24, 2010

    Apa Kata Anda Pula?

    Di Kedai Kopi pagi tadi, seorang yang telah lama hidup berkata "Tiga perkara yang menjadikan manusia hidup sedap".

    1. Makan free
    2. Hutang tak payah bayar
    3. Mengata keburukan di belakang orangnya.