Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 29, 2010

Perkara Hairan Peranakan Kelantan

Tak hairankah bila..

1. Bekas SUK buta tentang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan dan SPN dengan mengistiharkan diri sendiri sebagai Setua Usaha Sulit Sultan.

2. Pengerusi MPR tidak tahu fungsinya dan peraturan MPR dengan melantik diri sendiri sebagai Pemangku Raja sehinggakan MPR terpaksa melantik seorang Pengerusi yang lain.

3. Diistiharkan Sultan sudah sihat, tetapi melantik Pemangku Raja yang lain dengan membuang Pemangku Raja yang dahulu ketika Pemangku Raja berkenaan tiada di dalam negeri

4. Baginda Al Sultan yang sedang gering menceraikan Isteri dengan talaq 3 tetapi laporan dibuat oleh seorang perempuan yang tidak ada kena mengena dengan baginda.

5. Baginda Sultan yang diistiharkan sudah sembuh dari gering dibawa keluar ikut pintu belakang ketika berangkat pulang dari rawatan luar negara sedangkan mengecewakan ribuan rakyat datang menyambut.

Walau apa pun itu adalah kekecuhan di dalam pagar Istana yang tidak menjejaskan apa-apa kepentingan rakyat. Ibarat kata orang tua Kelantan "Minyak benzin dan Petrol tidak ada bezanya!"

10 comments:

  1. Minyak Kuda dan Minyak Lengo pun takdak beza juga tuan...hahahahaha

    Memang patut pun bekas SUK tu merengkok dalam penjara buat sementara waktu.

    -Garden

    ReplyDelete
  2. Garden

    Satu lagi minyak gas dengan minyak tanah..

    Yang saya hairan tu, kenapa dia bodoh sangat ikut perintah yang tidak sepatutnya.

    ReplyDelete
  3. pitih dan kuasa telah beraja di hati! elok tahan lebih lama lagi.

    ReplyDelete
  4. inilah makhluk yang menimbulkan masalah semasa jadi SUK apabila PAS menang pada tahun 1990. Dah pencen pun masih nak kacau. Haruuu punya kaki........

    ReplyDelete
  5. mmg banyak benda pelik berlaku dlm istana kelantan akhir-akhir ini ayahnda..

    ReplyDelete
  6. matkambing

    Jenis manusia terlalu gilakan dunia!

    Itulah padahnya bila terlalu gelojoh.

    ReplyDelete
  7. Anonymous

    Saya mendengar ramai yang berkata begitu. Musibah yang berlaklu padan dengan perangainya.

    ReplyDelete
  8. ijoks

    Pelik bagi ayahanda adalah kerana perebutan kuasa dan tamak di satu pihak!

    ReplyDelete
  9. Benda2 mcm ni lah yang Kickdefella gagal keluarkan sedangkan dia tahu.

    Kickdefella memang ada agenda tersendiri untuk memastikan hajat tertentu tercapai ..

    Dia tak minat kebenaran melainkan kebenaran memilih.

    Bak kata Abdul Wahub, demokrasi terpimpin !

    ReplyDelete
  10. Anonymous

    Saya memang jangka riak dan tindak tanduknya sejak diarah letak jawatan di PMBK dulu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa