KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, menyelar Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution kerana menuduhnya menerima tawaran Umno bagi menyelesaikan hutangnya sebagai umpan untuk keluar parti.
Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen semalam, Zahrain yang kini menjadi wakil rakyat bebas itu menafikan sama sekali tuduhan terbabit dan menyifatkannya sebagai satu pembohongan bagi menjejaskan imej beliau. “Ini fitnah, tidak benar sama sekali. Macam mana saya nak komen kerana ini satu penipuan, satu fitnah...sukar bagi saya untuk memberi komen.
“Saya cabar Saifuddin membawa perkara ini ke mahkamah. Kalau ada bukti kenapa tidak dakwa saja saya di mahkamah. Saya tak tahu apa yang dia perkatakan ini dan saya tidak mahu komen mengenai kenyataan yang menyampah seperti ini," katanya.
Saifuddin dalam satu temu bual dengan lidah rasmi PKR, Suara Keadilan, mendakwa Zahrain berhutang RM1.8 juta kepada sebuah syarikat d Pulau Pinang.
Beliau dipetik berkata, Zahrain mahu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, membenarkannya mengambil alih serta mengurus Bukit Jambul Golf and Country Club, apabila Zahrain menjadi pengurusnya, tetapi ditolak.
Selepas itu, dakwa Saifuddin, Umno mengambil kesempatan menawarkan untuk melangsaikan hutang Zahrain.
Dari sini
Salam Ayahanda,
ReplyDeleteWalau perut dah terburai, masih boleh berzanji lagi, amat besarlah pahalanya.
Agaknya kalau mati pun, bukan mati katak... tapi mati dalam iman...
kononnya... hahaha...
biasalah ayahanda...orang gila..
ReplyDeleteselain 'katak', 'anjing BN', zahrain digelar zunar kuih "lompat tikam"..
kah kah!
mari kita ketawa dengan persembahan lawak jenaka percuma ini
W'salam anakanda Isa
ReplyDeleteHahaaa... mati dalam iman, alhamdulillah tapi kalau mati dalam mamai kerana kena hentam, bagaimana agaknya?
Anakanda kulup
ReplyDeleteRasanya bukan lagi kartun, kartun buat kita terhibur tetapi ini dah masuk kategori Gila!. Bercakap dah tak tentu hala.
Rupanya manusia bila dah nak gila, dia akan telanjang dan terjun ke lubuk masalah yang diwujudkan sendiri!
Kirim salam kat Isteri, Kakak dan Adik dengan doa ayahanda agar mereka akan sentiasa gembira, sihat sejahtera.