Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 26, 2010

Termasuk Perangkap Buatan Sendiri?

Sangkakan dia ni cerdik, tapi......
KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai saksi berhubung pendedahannya yang mendakwa ditawarkan ganjaran besar sekiranya membuat pengakuan palsu mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

:Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, siasatan lanjut akan dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan dakwaan Zulkifli benar atau sebaliknya.

“Pendedahan yang dibuat itu masih baru dan kita anggap ia sebagai satu maklumat yang boleh kita ambil untuk siasatan.

“Apa-apa sahaja maklumat yang kita terima berkaitan kes tersebut, kita akan siasat dan sebagai prosedur siasatan, kita akan panggil saksi berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas berkenaan pada sidang media di lobi Parlimen, kelmarin.

Dalam pendedahannya itu, Zulkifli turut mendakwa ganjaran yang ditawarkan disifatkan ‘amat menggugat iman’ kerana diarah mendapatkan pengakuan sumpah palsu daripada ‘pihak ketiga’ bagi membolehkan Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan itu.

Sementara itu, ketika ditanya bila polis akan memanggil Zulkifli bagi merakamkan percakapannya, Musa berkata, beliau akan melakukannya pada bila-bila masa dalam tempoh terdekat.

“Kita siasat dulu dan baru kita akan panggil saksi itu dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sumber

8 comments:

  1. mari mari mari kita tengok siapa yang kenaaa

    ReplyDelete
  2. Bro..kan Zul dah kata...tawaran tak semestinya wang.

    Ni mesti tawaran seekor babi ada logo umno yang zul dapat ni.

    Disarankan agar polis menyamak badannya lepas soal siasat zul.

    Kahakkkkkkkkkkkk tuih.....

    ReplyDelete
  3. lepas tu dia tuduh DSAI yg bagi tawaran tu.. lepas siasat punya siasat.. takdak bukti... lepas tu dia dipenjara sebab buat kenyataan palsu...mampuih la hang zul.

    aku ni dok tunggu bila la menatang ni nak balik kulim.

    ReplyDelete
  4. Biaq pi ka dia, lantaq pi lah, dah Zul ni jenis hingaq canang merata kita nak buat lagu mana? Kita tengok sajalah takat mana dia nak melalak...Dia cari publisiti ka? Takkan kot, dia kan ka pejuang Islam juara Kalimah Allah yang sejati?

    HOHOHO

    ReplyDelete
  5. Anonymous

    Nampaknya taik itu akan tercampak ke kepala sendiri!

    ReplyDelete
  6. mempelung

    Nampaknya tanggapan saudara betul!

    ReplyDelete
  7. Anonymous

    Sebaiknya rakyat kulim sambut dengan tahi babi kalau dia berani ke kulim.

    ReplyDelete
  8. Hanz

    Batul juga tu. Dia nak letak kat mana kalimah Allah yang diperjuangkan.

    Tapi setakat hari ini kalimah tu telah tercampak pun. Temberang jer yang lebih.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa