Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 29, 2010

Sambung Reman S/U Sulit Sultan?

Berita hairan ni memang menghairankan. Biar betul!
Bila pulak Wan Hasihm dilantik Jadi SU Sultan?

KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini, semalam melanjutkan tempoh reman sehingga hari ini kepada Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang sedang disiasat polis kerana melakukan penyamaran.

Majistret Nor Haslinda Che Seman melanjutkan reman itu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, selepas menerima permohonan polis berikutan tempoh reman Wan Hashim berakhir semalam.


Ketika prosiding lanjutan reman itu berlangsung jam 10.30 pagi semalam, Wan Hashim diwakili peguam
bela, Gobind Singh Deo dan Datuk Mohd Haaziq Pillay serta ahli keluarganya termasuk isteri dan anak turut kelihatan di mahkamah. Bercakap selepas prosiding itu, Gobind berkata, polis memohon lanjutan reman tiga hari lagi tetapi pihaknya memohon disingkatkan kerana Wan Hashim demam.

“Esok (hari ini), sama ada reman beliau dilanjut atau dibebaskan, terpulang kepada mahkamah tetapi kami meminta polis segera siasat kes ini kerana beliau memerlukan rawatan akibat darah tinggi, sakit tulang belakang selain demam.

“Setakat ini difahamkan, anak guam saya berdepan siasatan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Wan Hashim yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ditahan jam 8.40 malam Khamis lalu, di rumahnya, Taman Sri Aman, Kubang Kerian di sini.


Difahamkan, beliau ditahan untuk membantu siasatan berhubung ‘perisytiharan Istana Kelantan’ yang dibuatnya pada 18 Mac lalu di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Antara lain, perisytiharan itu membabitkan larangan sambutan perayaan Hari Keputeraan Sultan Kelantan serta majlis pengurniaan kebesaran. Beliau ditahan susulan laporan polis yang difailkan pegawai kanan kerajaan negeri.

Polis juga menjalankan siasatan terhadap Wan Hashim berhubung ‘Perisytiharan KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan’ berhubung pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra selaku Pemangku Raja yang dibuatnya menerusi sidang media di Istana Mahkota pada Khamis lalu.


-sumber

4 comments:

  1. molek-molek buleh duk dumoh maing nga cucu... cari nyakik wak khijo ore... hahahah....

    balahse la utuk ore wak khenak kokre..

    ReplyDelete
  2. Anonymous

    Kesian juga dia nih. Gila kuasa sampai tua.

    Dulu semasa berkuasa memang ramai dia kenakan orang dan sekarang dia pula ambil giliran merasa.

    Bukan apa, dia dah lama tak merasa ke mana-mana kena eskot. Sekarang ke tandas pun kena eskot.

    ReplyDelete
  3. Kenapa dia tutup muka ?

    Semua orang Kelantan kenal Wan Hashim bekas SUK !

    Okeh lah, mungkin yang muda remaja dan kanak2 tak kenal kot ...

    Oh ye, bukan ker dia dah kena tarik Dato ?

    ReplyDelete
  4. Datuk Bercucu

    Pura-pura malulah tu. Dengar cerita dia ni memang muka tebal!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa