Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 26, 2010

Ulat Bulu Masuk Istana Pulak Dah..

aku saudara tertinggal artikel 23(2) yang menyatakan jika KDYMM gering, maka pemangku akan dilantik sehingga KDYMM disahkan sembuh dan boleh melaksanakan tugas2 negeri

jawapan saya, aatikel 23(2) berkata ‘if Sovereign contravenes the provisions of clause (1) of this article, he shall deem no longer to be Sovereign and to have withdrawn from the state and from his rights and claims on the State.
Artikel 23 ni berkisar kepada sekiranya Sultan keluar negeri lebih dari 12 bulan berturut-turut. Jadi saya tidak tertinggal apa yang saudara katakan.

Di atas adalah komen seorang pengunjung blog kickdefella.wordpress.com merujuk kepada N3 di bawah. Soalnya siapakah tuan empunya badan blogger kickdefella ini?

Asalnya on computer nak buat n3 lain tapi tersilau pula dengan n3 di bawah. Oleh kerana blogger ni sibuk sangat dengan hal-hal Istana, saya membacanya dan ada terasa janggal dan peliknya tulisan beliau berkeanaan isu ini. Jadi saya layan dulu n3 beliau.

Nampaknya di akhir-akhir ini sangat sibuk dengan hal-hal Istana, Sultan dan Pemangku Raja?

Nampak macam Mufti dalam cerita Musang Berjanggut aja lagaknya. Mengambil dan menggunakan Hukum/Ayat yang perlu untuk mewajarkan tindakan dan meyedapkan diri dan mungkin juga individu di belakangnya.

Adakah dia adalah seorang Pengamal Undang-Undang yang mahir dengan Perlembagaan Tubuh Negeri dan Negara?

Di bawah adalah N3nya yang saya copy n paste secara langsung.

Update

Petang semalam saya dimaklumkan bahawa, YBM Dato’ Seri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah, Pengerusi Majlis Perajaan Negeri dititah mengadap Kebawah Duli Tuanku. Bersaksikan Mufti Negeri Kelantan dan beberapa pihak lain, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah menitahkan agar pemangkuan fungsi Sultan oleh anakandanya Tengku Muhammad Faris Petra ditamatkan serta merta.

Tengku Abdul Aziz kemudian telah menghubungi Tengku Muhammad Faris bagi memaklumkan hal tersebut. Kemudiannya Tuanku sendiri telah bertitah kepada anakanda Baginda dan Tengku Faris diminta mengadap Ayahandanya selewat-lewatnya petang ini.

Pada petang kelmarin juga, Pengelola Istana Halim Hamad telah memanggil satu sidang media dan membaca apa yang dikatakan kenyataan media dari YTM Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Bernama menjelang senja.

Antara lain kenyataan itu mengatakan bahawa Tuanku masih gering dan Tengku Muhammad Faris masih Pemangku Raja. Pengelola Istana membaca kenyataan ini walaupun selepas Tuanku sudah bertitah bahawa pemangkuan telah tamat.

Hari ini, Dato’ Wan Hashim, Setiausaha Sulit KDYMM Al Sultan Kelantan, di dalam sidang media di Istana Mahkota Kubang Kerian di mana Al Sultan Kelantan bersemayam, membaca kenyataan bertulis yang antara lain menyebut sebab-sebab mengapa Tengku Mahkota ditamatkan dari pemangkuan fungsi Sultan.

Sejurus selepas membaca kenyataan bertulis itu, Setiausaha Sulit Tuanku mengumumkan bahawa Tuanku turut bertitah bahawa YBM Dato’ Seri Utama Raja Tengku Abdul Aziz telah dilantik sebagai Pemangku Raja yang baru.

Kepada Allah kita berserah semoga apa yang berlaku hari ini adalah penamat kepada satu polemik yang membingungkan rakyat bukannya satu permulaan kepada krisis undang-undang tubuh negeri yang akan berlarutan hingga ke Mahkamah.

Semoga Kelantan tidak akan mempunyai 2 Pemangku Raja dan 2 Tengku Mahkota.

Posting Asal

Saya setuju dengan kekanda blogger Mohd Sayuti Omar yang menggesa supaya ‘Semua Pihak Perlu Kembali Kepada Perlembagaan Tubuh Negeri’.

Tetapi saya hanya dapat bersetuju dengan tajuknya sahaja kerana kandungan postingnya menyeleweng daripada Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan Kelantan.

Artikel 1 undang-undang tubuh Negeri Kelantan mengatakan “… the Laws of The Constitution of Kelantan shall be read subject to Federal Constitution”.

Raja-Raja Melayu sudah bersetuju menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai ‘the supreme law’ dan jika ada sebarang percanggahan di antara Perlembagaan Negeri, undang-undang atau enakmen yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan maka ia dengan sendirinya terbatal.

Bolehkan Sultan Diturunkan Dari Tahta

Di dalam Undang-Undang Pelembagaan Tuboh-Kerajaan Kelantan tidak ada satu artikel, atau peruntukan yang membenarkan seorang Sultan digugurkan tahta melainkan dengan kehendak dan kerelaan Tuanku Al Sultan sendiri.

Artikel 23 (1) menyebut antara lain, ‘Seorang Sultan tidak boleh berada di luar negeri untuk tempoh lebih 12 bulan berterusan dan sekiranya ini berlaku, pengganti harus di pilih sejajar dengan peruntukan perlembagaan melainkan Majlis Perajaan Negeri mendapati ianya mempunyai alasan dan sebab yang kukuh dan boleh diterima’.

Artikel 23 (3) pula menyebut (1) tidak boleh digunapakai sekiranya beradanya Tuanku diluar negeri adalah kerana dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agung.

Artikel 24 (1) pula menyebut, ‘Sultan boleh secara sukarela mengosongkan dan turun dari tahtanya yang bererti menyerahkan segala hak dan kuasanya.

Tiada sebarang peruntukan yang membenarkan KDYMM Sultan diturunkan dari tahta tanpa kerelaannya. Sebaliknya Perlembagaan Persekutuan mempertahankan hak Raja-Raja Melayu dan undang-undang Malaysia mengenakan hukuman berat kepada sebarang usaha untuk menurunkan Yang DiPertuan Agung, Raja-Raja Melayu dan Yang DiPertua Negeri dari tahtanya.

Sebarang usaha menurunkan Sultan menerusi proses undang-undang iaitu menerusi Pindaan Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan di dalam Dewan Negeri, jika dilakukan akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan akan terbatal.

Bagaimana sekiranya Sultan itu hilang upaya fizikal dan mental?

Tiada sebarang peruntukan di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan yang menyebut bahawa seorang Sultan perlu atau boleh diturunkan dari tahta sekiranya Baginda mengalami sebarang kecacatan kekal, hilang keupayaan fizikal atau mental atau lumpuh sepenuh badan atau sebagainya.

Sebaliknya ada peruntukan yang membolehkan seorang pewaris Sultan tidak diangkat sebagai Sultan sekiranya Majlis Perajaan Negeri mendapati pewaris Sultan itu tidak sesuai diangkat kerana antara lain masalah fizikalnya dan lain-lain sebab yang tidak dibenarkan melalui Hukum Syarak.

Artikel 8 (2) antara lain menyebut Majlis Perajaan boleh menolak waris tersebut sekiranya, ‘…the council shall consider him to have some great and serious defect derogatory to the quality of a sovereign such as infirmity, blindness, dumbness or possessing some base qualities on account of which he would not be permitted by Hukum Shara’ to become Sovereign Ruler’.

Antara lain ini bererti Undang-Undang Tubuh Negeri melindungi seorang Sultan daripada didiskriminasikan dari terus menduduki tahtanya setelah perlantikannya sebagai Sultan disahkan oleh Majlis Perajaan Negeri.

Oleh yang demikian, dari sudut Undang-Undang Negeri, tiada pihak boleh mempertikaikan kesahihan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra adalah Al Sultan dan Yang Di Pertua Negeri Kelantan Darulnaim dan semua jajahan naungannya. Sebarang masalah kesihatan yang mengakibatkan Kebawah Duli Tuanku gering tidak boleh dari segi perundangan dijadikan pertikaian atas persemayaman Tuanku di tahtanya.

Majlis Perajaan Negeri

Sejak konflik istana Kelantan tercetus, kita sering mendengar sebutan Majlis Perajaan Negeri atau di dalam Bahasa Inggeris di panggil sebagai The Council of Succession of Kelantan.

Pentingnya Majlis Perajaan Negeri boleh dilihat dari segi kedudukannya di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri. Majlis ini mendahului lain-lain kerabat DiRaja di dalam undang-undang tubuh negeri.

Ini kerana Artikel 6 menyebut antara lain ‘tiada siapa boleh ditabalkan sebagai Sultan melainkan telah terlebih dahulu perlantikannya disahkan oleh Majlis Perajaan Negeri’.

Oleh yang demikian, ianya adalah satu Majlis yang amat penting dalam sistem Raja Berpelembagaan di peringkat negeri.

Ahli-ahli Majlis Perajaan Negeri adalah mengikut undang-undang tubuh terdiri daripada,

  • Presiden
  • Timbalan Presiden

Setiausaha Kerajaan negeri adalah menjadi Setiausaha Majlis Perajaan Negeri.

Ahli-ahli lain ialah 4 orang Kerabat D’Raja dan tidak kurang dari empat dan tidak lebih dari lapan orang yang hendaklah berketurunan Melayu dan rakyat kepada Sultan di negeri berkenaan.

Ahli Majlis Perajaan yang disebut diatas hendaklah dilantik oleh KDYMM Al Sultan sendiri dan bukan oleh pihak lain.

Peranan Majlis Perajaan Negeri adalah mengesahkan Sultan yang baru sebaik sahaja setelah kemangkatan Sultan sebelumnya. Artikel 11 (1) menyebut, ‘No decision of the Council of Succession shall be valid and binding unless at least two-thirds of the members present and voting shall agree thereto’.

Pemangkuan Raja

Artikel 22A (1) menjelaskan peruntukan-peruntukan yang membolehkan pemangkuan diwujudkan di dalam negeri, iaitu sebab-sebabnya,

a) ‘If the Sovereign shall have occasion to be absent from the State for more than thirty days; or

b) ‘If the Sovereign shall be incapacitated from attending to the affairs of the state; or

c) ‘If the Sovereign is elected to the office, or exercise the functions, of the Yang di-Pertuan Agong for a period exceeding fifteen days’.

Peruntukan (a) dan peruntukan (c) dalam Artikel 22A(1) Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan adalah jelas tetapi peruntukan (b) adalah samar dan memerlukan tafsiran.

Apakah maknanya ‘…incapacitated from attending to the affairs of the state’? pelbagai pihak boleh memberi tafsirannya berdasarkan bias masing-masing. Oleh yang demikian, eloklah dibiarkan tafsiran dibuat oleh pihak yang diberi peruntukan untuk membuat tafsiran ini oleh undang-undang tubuh negeri ini.

Bagaimanapun, jika dibaca peruntukan seterusnya di dalam artikel yang sama kita mungkin dapat sedikit gambaran tafsiran incapacitated.

Artikel 22 A (2) antara lain menyebut jika Baginda Sultan bercadang keluar negara seperti tersebut dalam peruntukan (a) artikel ini, Tuanku hendaklah melantik Pemangku atau Majlis Pemangkuan untuk menjalankan ‘… His functions during His absence from the State’.

Tetapi Artikel 22 A (3) bagaimanapun menyerahkan tugas melantik Pemangku dalam kes Artikel 22A (1) (b) kepada Majlis Perajaan Negeri. Ia berbunyi;

In the case of the incapacitation of the Sovereign the Council of Succession shall appoint a Regent or Council of Regency as to them most expedient and if it shall be necessary to appoint a Council of Regency the provisions of Clauses (2) and (3) of Article 19 of this Part shall apply to such appointment’.

Artikel 22 A (4) mengembalikan kuasa melantik Pemangku kepada Sultan dalam kes Artikel 22 A (1) (c) yang mana bila Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agung.

Berdasarkan ketiga-tiga klausa ini, beerti dari segi Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri salah satu keadaan incapacitated ialah dimana Tuanku tidak boleh bertitah di antara lainnya boleh dikatakan sebagai dalam koma atau tidak waras. Jika setakat itu sahaja tafsiran incapacitated di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri, bererti hari ini Tuanku sudah diluar keadaan tersebut berdasarkan surat daripada pihak Pakar dari Hospital Mount Elizabeth di Singapura.

Kegagalan berjalan atau berhadapan dengan umum disebabkan keadaan fizikal lain tidaklah boleh dijadikan alasan meneruskan pemangkuan kerana Artikel 22 A (5) jelas tercatat bahawa;

‘Such Regent or Council of Regency shall cease to act upon the return of the Sovereign to the State or upon His recovery from incapacitation or His ceasing to hold the office or exercise the functions of Yang di-Pertuan Agong as the case may be’.

Di dalam sepucuk surat bertarikh 15 Januari 2010 yang ditandatangani oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mahkota telah meminta Dr. Kelvin Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Mount Elizabeth menjelaskan keadaan kesihatan Tuanku, antara lainnya tertulis dalam surat tersebut;

‘I also wish to know if the Sultan is presently competent to perform his duties as a ruler…’

‘I also wish to request the appropriate medical reports be furnished to me as the Regent …… as to the Sultan present competency to make informed decisions which a ruler has to make with regard to the affairs of the State of Kelantan.’

Untuk itu, pihak Hospital di Singapura menjawab pada 1 Februari 2010,

“ …the Sultan is currently capable of making His own decisions.’

Berdasarkan jawapan itu pada 18 Februari 2010, YTM Tengku Mahkota Kelantan mengarahkan peguamnya, Zul Rafique & Partners bertindak bagi pihaknya dalam mendapat lebih banyak maklumat dari pihak di Singapura.

Apakah Kuasa Sultan Dalam Negeri

Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan menyebut dalam Artikel 10;

‘The executive authority of the State shall be vested in His Highness but executive functions may by law be conferred on other persons or authorities.

Antara lain ia jelas bermaksud, kuasa mentadbir negeri hanya ada pada Sultan tetapi kuasa melaksanakan hal-hal pentadbiran boleh diamanahkan kepada individu atau pihak lain.

Artikel 15 (2) antara lain menyebut, ‘Baginda boleh bertindak di atas pertimbangannya bagi fungsi-fungsi eksekutif…’ dan diantaranya ialah (e) perlantikan warisnya dan pemangku atau majlis pemangkuan.

Persoalannya ialah adakah dengan wujudnya pemangkuan, executive authority digalas oleh pemangku atau pemangku sekadar melaksanakan executive functions.

Pemahaman Kuasa Pemangku

Menurut Shukri Mohamad dalam rakaman audio yang telah tersiar di blog ini, individu yang diberi kuasa memangku mempunyai kuasa setaraf dengan individu yang dipangku jawatannya.

Secara peribadi saya merasakan jika itu benar, maka ia melanggar semangat dan prinsip pemangkuan.

Dalam rumusan kampung, kita boleh andaikan saya sebagai tuan punya sawah padi dan saya mempunyai barisan pekerja menjalankan tugas-tugas menanam padi. Geran dan hak milik tanah adalah diatas nama saya. Diatas sebab yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa meninggalkan kampung untuk suatu jangkamasa dan atas sebab demikian, saya melantik anak saya untuk menjalankan tugas saya.

Anak saya sudah tentu tidak ada kuasa mutlak untuk menjual tanah sawah saya kepada pemaju untuk aktiviti pembangunan walaupun dia memangku tugas saya. Ini kerana dia ‘memangku tugas’ dan bukannya mengambil alih peranan saya sebagai tuan punya sawah.

Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa Pemangkuan adalah memangku tugas-tugas atau fungsi seorang Sultan tetapi dia tidak memangku kuasa seorang Sultan.

Di atas sebab itu juga undang-undang tubuh negeri di dalam artikel 22 B jelas menyebut antara lainnya, ‘imbuhan yang dibayar kepada Pemangku Raja tidak boleh melebihi imbuhan yang dibayar kepada seorang Sultan.’ Di dalam artikel yang sama juga memberi gambaran tugas pemangkuan sebagai, ‘… to exercise the prerogatives of and perform the duties of the Sovereign….’

Tambahan pula Al Sultan di panggil dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia, sedangkan pemangkunya sebagai Yang Maha Mulia. Ini sudah menunjukkan perbezaan di antara Sultan dan Pemangku Sultan.

Shukri Mohamad juga jelas mengelirukan kita dengan tafsirannya berhubung pewaris tahta dan jelas mendiskriminasikan pewaris-pewaris tahta yang lainnya.

Artikel 28 undang-undang tubuh negeri juga jelas menekankan bahawa, Tengku Mahkota atau pewaris tahta tidak mempunyai sebarang kuasa dengan ayat berikut;

“The Heir shall have no authority whatsoever to take part nor may interfere in any affairs of the State or Government, excepting only when he shall have the command of Sovereign generally or in any particular case or as may be authorised under this Part and this provision shall apply also to the other heirs.’

Pengurniaan Darjah Kebesaran

Artikel 43 (1) undang-undang tubuh negeri jelas menyebut bahawa;

‘KDYMM ialah pangkal segala kemuliaan dan kebesaran dalam negeri ini dan Bagindalah sahaja boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran dan kehormatan.”

Ini bagi saya adalah jelas Kuasa Eksekutif seorang Sultan. Sebaliknya menandatangani persetujuan terhadap undang-undang negeri adalah melaksanakan fungsi eksekutif.

Kesimpulan saya, Kuasa Eksekutif tidak boleh dipangku, sebaliknya apa yang boleh dipangku ialah fungsi-fungsi eksekutif seorang Sultan.

Kesimpulan

Tafsiran yang jelas perlu dibuat ke atas kalimah ‘incapacitated’ dan bukannya keadaan fizikal Tuanku Al Sultan Kelantan. Apabila jelas apa yang dimaksudkan dengan kalimah itu dalam undang-undang tubuh negeri, maka segala kekeliruan boleh diperjelaskan.

Segala yang tercatat didalam posting ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya setelah merujuk kepada beberapa pihak yang arif dengan institusi Raja di Kelantan. Suka saya ingatkan, semua pihak boleh membuat tafsiran berdasarkan pemahamannya tetapi tafsiran yang akan diambil kira ialah tafsiran Mahkamah.

Itu adalah pandanganya dan kalau nak baca komen pengujungnya sila ke sini. Banyak juga komen yang entah apa-apa dengan hanya bersandarkan fikiran dan pendangan yang dangkal.

Dan melarat pula ke sini bila dikatakan Wan Hashim adalah Setiausaha Sulit Sultan. Entah siapa yang melantik Wan Hashim, kita pun tak tahu.

Kita terpinga-pinga bila Wan Hashim mendakwa dirinya adalah Setiausaha Sulit Sultan!


10 comments:

  1. penin la tuan.. susah kalau bab bab ni..

    ReplyDelete
  2. salam pakdin,
    maaf la, dah lama tak msk komen..
    apa yg pastinya 'aku' yg pakdin cari tu bukanlah aku..
    kawe ni dok tahu gapo pun..

    ReplyDelete
  3. Kalau dah tak gering bakponya lucut pemangku…ganti pemangku lagi…aduhhhh…ni baru betul raja lawok…nak belawok

    ReplyDelete
  4. mr edz

    Kita tak perlu pening. Masalah yang tiada kaitan dengan sebenarnya. Kita baca, perhati dan dengar.

    ReplyDelete
  5. W'salam aku

    Sebenarnya bukan 'aku' sebagai mengomen yang Pak Din cari, tetapi kickdefella itu sendiri yang Pak Din nak tahu.

    Pengamal Undang-Undangkah dia, Pakar Perlembagaankah dia atau Pegawai Istanakah dia. Paling tidak Peguam salah seolarang dari kalangan mereka yang terlibatkah dia?

    ReplyDelete
  6. strannux

    Haa.. kelakar melebihi kisah Pak Pandir!

    ReplyDelete
  7. nampak seperti ada seseorang yg menumpang guna blog kickdefella sekarang ini.

    gaya bahasa dan analisis di dalam artikel sekarang ini tidak macam gaya bahasa syed azadi selama ini. susun atur ayat malah tidak perasan salah ejaan pun, tidak macam artikel2 beliau sebelum2 ini.

    -ir anon

    ReplyDelete
  8. ade lagi ke orang percaye dengan institusi beraja /sultan sekarang ni?

    wake the fuck up ,and smell the corruption

    ReplyDelete
  9. ir anon

    Rasanya ada perkungsian. Kalau tidak perhati, tidak akan perasan.

    Entahlah, kenapa manusia suka memperkudakan dan menjadi kuda.

    ReplyDelete
  10. Jebat

    Percaya atau tidak hakikatnya sekarang masih begitu.

    Memang ramai rakyat yang telah terhidu bau busuk di sebalik pagar istana. Tapi apa kita boleh buat?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa