Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 26, 2010

Langkah Pembersihan PAS?

Tulang Besi kata "Apa akan jadi pada disiplin parti selepas ini, saya pun tak tau?"

Saya berkata "Apa akan jadi kepada PAS selepas ini, saya pun nak tengok?"

Kalau benar, adakah boleh dikatakan ini merupakan langkah pembersihan daripada Kem yang menentang Kerajaan Perpaduan?. Idea UG sememangnya tidak pernah mati di sanubari kumpulan pencetusnya sehingga kini walau pun suara dari rongga mulut telah ditamatkan walau pun dari segi tindakannya tidak begitu.

Di samping “khabar angin” bertiup kencang mengatakan Tok Guru Nik Aziz tidak akan disambung perlantikan beliau sebagai Mursyidul Am, turut tersebar adalah khabar bahawa Ustaz Ahmad Awang juga akan ditamatkan khidmat beliau sebagai Ahli Majlis Syura.

Saya berharap sangat kedua-dua khabar angin ini terbukti tidak benar. Namun, dalam politik Malaysia, khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi. Contohnya, kes pemukulan Rahim Nor terhadap Anwar Ibrahim

Harap-harap tiada amalan membalas dendam dalam PAS hanya kerana Ahmad Awang secara terang-terang:

a. Menolak kerajaan Campuran UMNO-PAS di Perak
b. Menolak permintaan Haramsani yang mana Haramsani diketahui mempunyai hubungan intim dengan salah seorang anggota Syura yang senior
c. Mendedahkan konspirasi menubuh kerajaan perpaduan di Perak di hadapan para perwakilan PAS tahun lepas
d. Menjadi "icon" menentang usaha "PERPADUANG" di dalam PAS

Lagi satu yang herannya, orang yang langgar keputusan parti dalam isu Kalimah Allah secara terang-terang masih dilantik semula sebagai Ahli Majlis Syura?

Apa akan jadi pada disiplin parti selepas ini, saya pun tak tau?

Tulang Besi

10 comments:

  1. Jadi haram jadah le PASni...hehehe...enuff said!

    ReplyDelete
  2. Salam Ayahanda,

    Itu yang sedang menjadi masalah besar buat "cave" sekarang ini.

    Saya tengah pening ni, pesan kat auntie jangan buat perangai macam tu lagi....

    ha..ha..ha....

    berkaitan isu PAS, inilah masanya dan peluang menyingkirkan penentang UG, dari tindakan terkini sudah nampak usaha ke arah itu.

    Saya setuju dan Hanz_Azdi.

    ReplyDelete
  3. lebur la PAS lepas ni .. kite harap sgt kat PAS untuk stand their ground not to surrender to UMNO .. kalo TGNA xde .. mmg itu la depa akan buat .. ape la yang ade pade UNMO pun ntahla .. atau ape yg mereka akan dapat kut ..

    jawatan n lain2 lagi ....

    ReplyDelete
  4. yes 4 UG !!!
    jadi haram jadah le kapla wotak PAS reform ni...
    x abis2 menanamkn buruk sangka pd jamaah,
    OH! lu orang bukan jamaah tukang sibuk & tukang pecah jer.. hehehe takpe teruskn pecah jamaah ni ada hadiah menantimu disana, sana, sanaaaa....

    ReplyDelete
  5. Hanz

    Yang jadikan kita penyokong ni bengang adalah kerana keputusan lain buta lain. Hari ini lain, esok lain.

    Berbelit-belit macam purat alam!

    ReplyDelete
  6. Anakanda Isa

    Kecederungan kepercayaan ayahanda pun ke arah itu.

    ReplyDelete
  7. Anonymous

    Tak tahulah kalau dia orang suka masuk perangkap sekali lagi. Mereka lupa sejarah agaknya.

    ReplyDelete
  8. Anonymous

    Terimalah hakikat yang berbezaan pandangan di dalam sesuatu isu dengan mata hati.

    Cuba agak ke mana PAS akan berlabuh tanpa penyokong dan pengundi?

    Nak menang dengan undi Ahli PAS, tak tahulah nak cakap bila!

    ReplyDelete
  9. memang takkan menang dengan hanya undi PAS..
    tetapi pecah belah antara penyokong dan pendokong membuatkan pengundi pun lari..

    kekuatan ahli PAS yang bersatu padu, tolong menolong boleh menarik undi rakyat jelata..

    Pak cik orang berumur, dan banyak pengalaman..

    Nak tanya..

    bolehkah Jemaah Menang, kalau bergaduh sesama sendiri??
    Membesar2 Kan perkara yang kabur???

    Yang menentukan Menang dan kalah hanya ALLAH..
    undi boleh berubah sebab asbab2 yang bermacam2..
    Tapi ALLAH juga boleh menyebabkan Asbab yang boleh memenangkan dan menggulingkan PAS!!

    Tengok Kelantan..
    apa kekuatan PAS kelantan??

    TGNA atau ahli2 PAS kelantan??

    berfikir la secara reasonable dan anilitik dan adil..
    elok buat spekulatif yang menimbulkan fitnah..
    Kot2 Fitnah itu membakar diri sendiri..

    ReplyDelete
  10. SearchForHeaven

    Pakcik bukan tentang dan ingin memusnahkan PAS. Kerana Pakcik sayangkan PASlah Pakcik dedahkan apa saja elimen yang berpotensi menjunamkan PAS. Pakcik bersama PAS sejak tahun 1971 lagi di kala PAS di dalam BN. Dan merasa apa yang sudah dirasai PAS sehinggakan Kelantan di MAGERANkan seterusnya PAS tinggal hanya batu nesan(2 kerusi).

    Pakcik memang benci pemimpin yang cakap tak serupa bikin meminpin sebuah parti Islam. Lidah bercabang. Janji lain, buat lain. Pemimpin Islam tetapi pentingkan bangsa (berkopiah di kepala, bersongkok di hati)

    Berindak berdasarkan kroni terutama di dalam disiplin menghukum. Kesahan lain, lain pula bab yang didakwa. Bukankah itu menlindungi kroni namanya?

    Kalau inilah corak dan bentuknya, apa bezanya dengan UMNO yang PAS sumpah seranah itu?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa