Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 21, 2013

Air Mata Gembira Di Putrajaya, Air Mata Sedih Di Gelang Patah: Apa Maknanya Ini?

Adakah kedua-duanya membawa hasil gembira?

Patut lah Husam menangis di Putrajaya...

HUSAM Musa menangis kerana gembira
Lim Kit Siang Menangis Di Gelang Patah merasa dizalimi

Naib Presiden PAS itu tidak sangka kira-kira 3,000 menyertai beliau pada hari penamaan calon semalam.

Putrajaya bukan anak kunci perubahan yang mudah.

Tetapi, beliau yakin PAS boleh menggalas amanah Pakatan Rakyat untuk merampas tiang seri Malaysia itu.

Sejak dua minggu lepas lagi, semua bendera PAS yang dipacak sekitar parlimen itu hilang dek politik luar biasa Umno Barisan Nasional.

Pihak berkuasa tempatan tak membenarkan Husam berceramah di Parlimen itu.
Akhirnya, ribuan rakyat tiap-tiap malam menyambut Husam di pinggiran Putrajaya.

Zolkifly Md Lazim yang mengikut kera-kerja dakwah pasukan Husam Sabtu lepas berkata, ada beberapa keganjilan dalam kempen 'ayam tambatan' Pakatan Rakyat itu.

Bendera PAS hampir tiada di Putrajaya. Sampai ada yang bertanya, "Husam boleh kah...."

Kepada jentera, Husam selalu berkongsi semangat. "Yang mengundi bukannya bendera. Tapi, warga Putrajaya."

Bermula semalam, sukarelawan Husam Musa pula jadi bendera.

Mereka mengangkat plakad di persimpangan jalan, di perkarangan kediaman warga kota Putrajaya, di bangunan-bangunan kerajaan.

Polis, penguatkuasa, kakitangan kerajaan melempar senyuman.

Memang patut pun Husam menangis.

Warga Putrajaya rata-ratanya bukan memusuhi bendera PAS atau Husam sendiri.

Semuanya bagai dipaksa.

Memang patutpun Husam menangis.

Sebab sebak, anak muda jadi bendera PAS.

"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi..." [Surah al-Kahfi: 13-14]


"PAKATAN KUAT, RAKYAT UNTUNG!"

ZAiNULFAQAR YAACOB
Catatan dari Hospital Besar Pulau Pinang
9.07 pagi | Waktu melawan rejim!
 - sumber

2 comments:

  1. mana pulak xleh ceramah si husam musa...iap2 mlm ratusan ribu org2 PAS dengaq ceramah dia...hahahaha

    ReplyDelete
  2. Hon tanda berambus la weh. Huhu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa