Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 18, 2013

Apa Pulak Yang Tersirat Dari Kenyataan Ini?

Bohong atau ugut?
Atau ada apa-apa yang tersirat?
Kalau benar, kenapa tak bertindak?
Nak tunggu macam kejadian pencerobohan Sulu?
Wujud Campur Tangan Dari Negara Luar Dalam Politik Negara - Zahid Hamidi
JOHOR BAHARU: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata terdapat unsur campur tangan dari negara luar untuk menggagalkan pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.
Tanpa menyebut sebarang nama, Zahid berkata pihak berkenaan didapati cukup berazam memastikan pembangkang di Johor menang dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan dilangsungkan pada 5 Mei nanti.
"Sehubungan itu, amat penting kita pastikan kemenangan dengan majoriti dua pertiga untuk buktikan kita menolak campur tangan asing terhadap politik Johor dan Malaysia.
"Sebab negara ini adalah acuan kita, dan kita sama sekali tidak mahu campur tangan asing dalam politik negara ini," katanya ketika berucap semasa pertemuan dengan jentera BN Parlimen Kulai di sini, Khamis.
Katanya pembangkang kini mula tertumpu ke Johor kerana ingin menjadikannya sebagai tapak baharu untuk memperluaskan kuasa mereka dengan meletakkan pemimpin besar mereka.
Ahmad Zahid berkata ia juga antara usaha pembangkang yang mahu melihat 'hang government' sekiranya mereka tidak mampu menumbangkan kerajaan BN di peringkat nasional supaya kerajaan tidak boleh dibentuk.
Menurutnya jika kerajaan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga, ia akan menyukarkan kerajaan untuk membuat sebarang keputusan dalam pentadbiran negara.
"Kalau tidak dapat dua pertiga bagaimana nak tadbir negara. Kita tidak dapat pinda perlembagaan negara, kena berunding (dengan pembangkang) yang tentu melibatkan pelbagai syarat," katanya.
Dalam sidang media di majlis berasingan, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana indidividu dari luar yang cuba mencampuri urusan politik negara.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Konsul Besar Singapura di Johor Bahru semalam bahawa kereta berdaftar Singapura yang memasuki Johor dengan memasang logo menyokong kempen sebuah parti politik di Malaysia merupakan tindakan individu yang kewarganegaraan mereka tidak jelas.
Sementara itu, beliau mengingatkan mana-mana calon BN yang menang dalam PRU13 nanti supaya tidak angkuh dan sombong selepas ini kerana kemenangan mereka bukan disebabkan faktor individu tetapi faktor parti. "Saya ingin ingatkan, calon hanyalah lambang parti, kalau menang jangan berlagak, kemenangan bukan disebabkan anda hebat, tetapi jentera hebat," katanya.- mStar

3 comments:

  1. Bhai MountDweller...

    Zahid Hamidi nih gua tak tau la camana boleh jadi Menteri Pertahanan... bengap... mana punya info dier amik nih.... hahaha...

    Macam la kiter tak tau negara mana dier sebutkan nih... hahaha

    ReplyDelete
  2. semua tu persepsi Zahid sahaja..kes sultan Johor tegur kelengkapan komando pun senyap ja..tu pun nk sembang lebih2...poorahhhh..p temberang geng2 lembu ameno boleh la.. lain2 dh x sabar nk kuburkan ameno walau dimana sahaja..ABU

    ReplyDelete
  3. Hemm... Ni mcm lebih kurang unsur2 dlm fb 'Skuad Penyelamat Negara' aritu je... Ooopst! datuk seri... Kemenangan tu bkn sbb calon @ jentera parti TETAPI sbb RAKYAT ye... Harap sedar diri tau...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa