Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 18, 2013

Kalau PR Menang PRU13 Gaya, Ketelusan, Akauntabiliti Dan Tadbir Urus Yang Lebih Baik,”- Pakar Ekonomi

Jadi tak ada apa yang ditakut oleh Peniaga dan Korporat
Urusan seperti biasa walaupun jika Pakatan menang PRU13, kata ahli ekonomi
TERKINI @ 03:27:06 PM 18-04-2013
OLEH BOO SU-LYN
APRIL 18, 2013
KUALA LUMPUR, 18 April — Ekonomi Malaysia akan terus berkembang dengan 5 peratus tahun ini walaupun jika Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya 2013, kata seorang ahli ekonomi hari ini.
Datuk Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem yang merupakan profesor ekonomi dan pentadbiran dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) mengatakan kedua-dua manifesto Barisan Nasional (BN) dan PR adalah sama, menyatakan PR akan mengekalkan polisi sedia ada kewangan antarabangsa dan pelaburan asing.
“Urusan seperti biasa setakat hubungan ekonomi dengan negara lain di dunia dan sektor swasta,” kata Mohamed Ariff(gambar) kepada pemberita pada majlis pelancaran Tinjauan Ekonomi Dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Asia dan Pasifik 2013 di sini hari ini.
“Perbezaan adalah dari segi gaya, ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang lebih baik,” katanya, merujuk kepada pelaksanaan cadangan dasar ekonomi PR.
Mohamed Ariff berkata, pertumbuhan ekonomi negara dijangka sederhana tahun ini kepada 5 peratus berbanding 5.6 peratus tahun lalu disebabkan oleh faktor luaran seperti krisis eurozone.

Mohamed Ariff berkata, pertumbuhan ekonomi negara dijangka sederhana tahun ini kepada 5 peratus berbanding 5.6 peratus tahun lalu disebabkan oleh faktor luaran seperti krisis eurozone.

Untuk mengelakkan kebankrapan, Cyprus telah dipaksa untuk menerima jaminan dari Kesatuan Eropah yang membawa kepada penutupan bank kedua terbesar di pulau itu, Cyprus Popular Bank atau Laiki, dan kerugian besar oleh pelabur dengan deposit lebih € 100,000 (RM395,528) yang boleh menandakan berakhirnya Cyprus sebagai pusat kewangan luar pesisir, lapor akhbar UKGuardian bulan lepas.

Perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada rakyat Malaysia semalam saham dan ringgit akan jatuh jika BN dipaksa keluar daripada kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 untuk kali pertama sejak kemerdekaan, Bloomberg melaporkan semalam.

Najib juga berkata bulan lalu, majoriti lebih kecil bagi BN, yang kehilangan majoriti tradisi dua pertiga dalam Pilihan Raya 2008 boleh menjejaskan usaha beliau dalam mengawal defisit bajet dan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi.

Defisit bajet turun kepada 4.5 peratus tahun lepas lebih daripada lebih 6 peratus apabila Najib mengambil alih jawatan pada tahun 2009.

Hutang Malaysia, walau bagaimanapun, telah mencecah 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) - hampir ke siling 55 peratus - meningkat daripada 43 peratus pada tahun 2008.

Mohamed Ariff menegaskan hari ini asas cukai Malaysia perlu diperluas kan untuk meningkatkan pendapatan, menunjukkan nisbah hutang pendapatan negara adalah 246 peratus, berhampiran dengan Itali 261 peratus.

“Hanya 10 peratus penduduk yang bekerja membayar cukai pendapatan,” kata Mohamed Ariff.

Najib telah berkali-kali menangguhkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi meredakan kemarahan pengundi, berkata pada tahun 2011 cukai yang tidak popular itu akan diperkenalkan selepas Pilihan Raya 2013.

Mohamed Ariff juga berkata hari ini kadar inflasi di negara ini dijangka meningkat kepada 2.5 peratus tahun ini daripada 1.6 peratus.

“Pengguna masih berbelanja. Itulah sebabnya ekonomi berkembang lebih baik sedikit. Jadi itu yang akan membantu mengurangkan kelembapan,” katanya.

Sudip Ranjan Basu, yang merupakan seorang pegawai hal ehwal ekonomi daripada Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik (ESCAP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, berkata pada majlis yang sama hari ini pertumbuhan ekonomi di rantau Asia-Pasifik dijangka meningkat sehingga 6 peratus tahun ini, daripada 5.6 peratus pada tahun 2012.

“Sebelum tahun 2008 dan 2009, pertumbuhan purata ialah 8 peratus. Pertumbuhan purata kini adalah 6 hingga 7 peratus,” kata Sudip.

Beliau juga menyatakan kadar pengangguran belia Malaysia di kalangan mereka yang berusia antara 15 dan 24 tahun adalah 11 peratus pada tahun lepas, mengatakan ini akan meningkatkan ketidaksamaan ekonomi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa