Kenapa setelah berlaku kematian dan kemusnahan harta benda barulah perkara ini ditimbulkan?
Sekolah pun tidak patut dibina di situ jugalah
Sape pulak yang bijak meluluskan pembinaan sekolah tu?

'Tak patut tinggal di laluan lepas air empangan Ringlet'
Kenaikan paras air secara mendadak di Tasik Ringlet dalam masa yang singkat pada lewat hari Selasa dan awal Rabu minggu lepas adalah situasi luar biasa bagi Ringlet Reservoir, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Azman Mohd.
Beliau berkata hujan lebat pada 22 dan 23 Okt menyebabkan sejumlah besar air mengalir ke Tasik Ringlet bersama-sama sisa pepejal, sampah serta pengelodakan yang terhasil akibat aktiviti pembersihan tanah dan kegiatan pertanian di kawasan hulu sungai.
Sampah-sarap itu menyebabkan Bertam Water Intake, yang menyalurkan air dari Ringlet Reservoir ke terusan Bertam sebelum dialir ke unit penjanaan kuasa bawah tanah, tersumbat.
Kadar pengumpulan pengelodakan dan sedimen yang berlaku mengurangkan keupayaan Ringlet Reservoir menampung jumlah air berkenaan.
"Hasilnya, buat pertama kali dalam sejarah Ringlet Reservoir yang berusia 50 tahun, paras air meningkat pada kadar 1.96 meter sejam, iaitu 13 kali ganda berbanding keadaan pada musim tengkujuh," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut kenyataan itu, air yang berlebihan terpaksa dilepas secara berperingkat dari Empangan Sultan Abu Bakar bagi mengelak limpahan penuh secara automatik menerusi keempat-empat pintu alur limpah empangan berkenaan, yang akan menyebabkan bencana lebih besar kepada penduduk sekitar Lembah Bertam.
Empat disahkan maut akibat banjir kilat apabila Sungai Bertam melimpah berikutan pelepasan air dari Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet, Cameron Highlands pada 23 Okt.
Insiden itu turut memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kereta di kawasan penempatan Lembah Bertam.
Kenyataan itu turut memperjelas bahawa berdasarkan reka bentuk, sesebuah pintu alur limpah merupakan struktur pelindung empangan yang digunakan bagi membolehkan pelepasan terkawal aliran air dari sesebuah empangan ke sungai di kawasan hilir, yang sepatutnya tidak dihuni manusia atau mempunyai sebarang struktur binaan.
Azman berkata memandangkan cabaran faktor luaran ini, yang di luar kawalan TNB, adalah mustahil pihaknya dapat mengeluarkan notis agar penghuni segera mengosongkan laluan pelepasan air itu, selain apa yang dilakukan sebelum ini.
"Meskipun kami boleh dan perlu terus mempertingkat Prosedur Operasi Standard (SOP), berdasarkan apa yang berlaku, kami secara serius meragui sama ada sebarang SOP akan berkesan bagi mengelak bencana sedemikian," katanya.
Azman berkata tidak ada sesiapapun yang sepatutnya tinggal di kawasan laluan pelepasan air empangan berkenaan kerana elemen cuaca ditambah dengan aktiviti pembangunan, mempunyai unsur ketidaktentuan dalam situasi seperti ini.
"Kami terus memantau keadaan dan mencatat peningkatan paras air pada kadar 1.2 meter sejam dari pukul 4 petang hingga 6 petang semalam. Jika aliran air ke pusat janakuasa tersumbat secara tiba-tiba, ia mungkin mencetus satu lagi bencana.
"Penduduk di kawasan terbabit belum mahu berganjak manakala aktiviti pembangunan yang menyebabkan kawasan tadahan Bertam kehilangan keupayaannya menampung air, terus dipergiat," katanya.
"Kami tidak fikir sesiapapun boleh menjamin keselamatan penduduk terbabit berdasarkan situasi semasa, justeru, mereka harus diselamatkan dengan cara mengosongkan kawasan berkenaan," katanya.

yg mati indon yg ada ic...
ReplyDeleteNtah2 sedara guard ambank...
Terbuka satu demi satu kerja haram bn..
Sebahagian drp menteri kita pun berdarah Indonesia, nak bagile sedarenya ic Malaysia dan jadi pelapis YB masa depan
ReplyDeleteKomen Anonymous tentang menteri berdarah Indonesia agak dangkal dan tidak bersandarkan pada fakta sejarah.
ReplyDeleteSebelum Merdeka kedua buah Negara, Malaysia dan Indonesia tidak ada. Yang ada adalah rumpun Melayu dan transmigrasi orang Aceh, Bugis, Jawa ke Tanah Melayu ketika itu adalah berdasarkan kepada pelbagai factor.
Dalam ertikata lain, org Jawa Sabak Bernam, Jawa Parit Raja, Batu Pahat, Bugis di Selangor, Aceh di Perak...adalah warisan dari pemindahan ini. Adakah anonymous berani mengatakan mereka ini orang Indonesia.
Ini padahnya bila rakyat tidak suka membaca. Dan hasilnya pelajar SPM yang dapat 7D dalam Sejarah.
Sy takde akaun Doogle ke ape..tp saya peminat sejarah..SAS