Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 21, 2013

Pesawat Terhempas: Rakyat Malaysia Terlibat?

Nahas Pesawat Terhempas: Abang Kenalpasti Mayat Angelin, Suami
PETALING JAYA: Abang kepada mangsa nahas pesawat Lao Airlines yang terhempas, Angelin Teh mengecam mayat tersebut di lokasi kejadian bersama dengan mayat suaminya, Joel Babcock yang juga warga Amerika.
"Kedua-dua mayat tersebut yang ditemui pihak berkuasa Lao disahkan oleh abang kepada Angelin Tan yang tiba di sini dari Malaysia," kata Penasihat Kedutaan Besar Malaysia Di Laos, Mohd Zakhir Haji Yusof.
Abang Angelin turut mengenalpasti mayat Babcock.
Menurut Zakhir, keluarga mangsa meminta segala maklumat mengenai urusan pengebumian dan penghantaran balik dirahsiakan.
Pada Rabu, pesawat jenis ATR-72 turboprop terhempas di Sungai Mekong, mengorbankan seramai 49 penumpang dan anak kapal.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa