Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 27, 2013

Islam mesti bebas dari kerajaan: Apa Pandangan Anda?

Saya nampak sangat banyak yang kurang
Dari segi pentadbiran jabatan pun berterabur
Tempang sana-sini
Kalau berusan dengan jabatan agama terlalu banyak cerewet dan senongehnya
Kalau sesuatu urusan yang dijanjikan selesai dalam masa sebulan tetapi realitinya lima bulan belum tentu
Contoh yang ketara ialah kad e-nikah

Tetapi persoalannya adakah semua jabatan yang berkaitan Islam ini akan lebih efisyen dan logika sebagaimana Islam mahukan sekiranya tidak terletak di bawah kerajaan?


Islam mesti bebas dari kerajaan
K Pragalath  | October 27, 2013
Penceramah bebas Wan Ji berkata institusi keagamaan (Islam) diletakkan di bawah kerajaan merosakkan imej agama.





KUALA LUMPUR:  Islam tidak wajar diletakkan di bawah sistem pentadbiran kerajaan sepertimana yang ada sekarang kerana ia merosakkan imej Islam.
Jabatan agama Islam di peringkat negeri turut didakwa memburukkan keadaan terhadap imej agama Islam.
“Saya tidak bersetuju institusi keagamaan (Islam)  diletakkan di bawah kerajaan kerana ia merosakkan imej agama.
“ Buang aspek agama daripada kerajaan dan kerajaan akan menjadi lebih Islam,” kata Wan Ji dalam forum anjuran projek dialog  yang bertajuk “Adakah Islam Bertentangan Dengan Hak Asasi”di Bangsar malam tadi.
Beliau yang merupakan pendakwah bebas dan pengasas sekolah pemikiran Syatibi dan Lepak Maqasid memberikan contoh bagaimana imej Islam tercalar kerana pentadbiran agama diletakkan secara langsung di bawah kerajaan.
Contoh yang digunakan ialah perkataan ketua agama Islam.  Di bawah perlembagaan Malaysia, Yang di-Pertuan Agong ialah ketua agama Islam di negeri – negeri yang tidak beraja iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
“Nabi Muhammad saw sendiri tidak menggelar dirinya ketua agama Islam. Gelaran yang ada ialah Amir-al-Mukminin, bermaksud ketua orang Islam.
“Gelaran ketua agama Islam itu bidaah,” kata Wan Ji dalam forum tersebut yang turut disertai oleh kolumnis laman portal berita The Malay Mail Online Zurairi AR dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.
Menurut Wan Ji, tindakan jabatan – jabatan agama Islam yang memaksa masyarakat Islam menuruti sahaja perintah mereka juga bertentangan dengan ajaran Islam.
`Halang berceramah’
“Mereka halang orang dari berceramah, halang masuk gereja… (Khalifah) Umar al-Khattab sendiri pernah sembahyang di gereja.
“Kalau bertudung pun mahu dipaksa-paksa bukankah itu munafik namanya,” katanya lagi.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut dikritik Wan Ji yang menggelar jabatan itu sebagai Jabatan Kekeliruan Islam Malaysia.
Beliau menambah bahawa perbuatan pihak tertentu yang beragama Islam yang menidakkan hak bersuara bukan Islam adalah bersamaan dengan menolak al-Quran.
Sementara itu, Zurairi turut bersetuju dengan Wan Ji.
“Kerajaan tidak perlu campur tangan dalam hal peribadi individu.  Jabatan agama tidak perlu ada di dalam struktur kerajaan kerana ia akan dieksploitasi,” kata Zurairi.
Beliau menambah bahawa kewujudan jabatan agama di dalam kerajaan hanya menyusahkan orang Islam dan bukan Islam sambil mengingatkan hadirin bahawa Jakim berada  di bawah Jabatan Perdana Menteri dan telah menerima peruntukan sebanyak RM780 juta.
Wan Ji turut mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Katolik, Herald.
“Larangan itu tidak berasaskan al-Quran.  Untuk mereka yang beragama Islam, Allah itu satu manakala untuk Kristian, tiga.
“Allah berfirman kebenaran akan terserlah, kebatilan akan hancur.  Jadi adakah kita meragui Islam?”
Lihat juga:

1 comment:

  1. Kepala keretapi tak betul, gerabak terbalik lah jadi nya. Pelembagaan kita pro yahudi. Sepatutnya untuk jadi ketua negara mestilah Al Hafiz yang tahu dan faham Al Quran walau pun setinggi mana kelulusan.Setakat baca fatihah buang masa saja.Jadi tak lah berebut rebut jawatan kerana dalam Islam jadi pemimpin itu amanah cukup berat dan akan di tanya di akhirat.Buta mata kita tahu tapi buta hati kita sendiri pun tak tahu sebab setan control kita.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa