Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 22, 2013

PAS Pusat Lebih Terbuka, Husam Tidak Dikenakan Sebarang Tindakan

Nampaknya hanya PAS Kelantan yang beriya-iya nak kenakan Husam
Rupanya jenis Tok Lebai yang tidak boleh menerima kritikan!

Selasa Oktober 22, 2013
Tiada Tindakan Kerana Teguran Husam Perkara Biasa - Hadi Awang
KOTA BAHARU: PAS tidak akan mengambil tindakan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Salor Datuk Husam Musa yang mengkritik secara terbuka pentadbiran kerajaan PAS Kelantan baru-baru ini.
Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ini kerana PAS melihat kritikan Husam itu hanya satu teguran biasa yang turut dibuat oleh orang lain.
Kritikan itu juga tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat dan Lajnah Politik PAS Kelantan, di sini, Selasa.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat itu membincangkan isu Husam yang mengkritik kerajaan Kelantan berhubung beberapa isu dalam persidangan dewan undangan negeri (DUN) baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata PAS Pusat juga tidak menerima permohonan PAS Kelantan agar tindakan diambil terhadap Husam.
Dalam persidangan DUN Kelantan pada 8 Oktober lepas, Husam yang juga Naib Presiden parti dan bekas exco kanan kerajaan Kelantan, membuat kejutan apabila membidas beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan, antaranya isu pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang diminta mengulas isu berkenaan, berkata mesyuarat turut mendengar penjelasan daripada Husam.
"Alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan baik dan kita rasa beruntung kerana dapat penjelasan secara langsung antara Husam dan kerajaan negeri," katanya.
Husam yang turut hadir pula memberitahu pemberita beliau berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan. - mStar

2 comments:

  1. Abe,

    Izinkan ambo komen skit deh.....

    Bukan bersikap terbuka tetapi apa yang dikatakan ol3h husam tu betul jadi tak boleh nak ambil tindakanlah. Lagipun husam merupakan aset bagi PAS untuk menarik minat golongan profesional berbilang bangsa untuk menyokong PAS di luar Kelantan.

    Jadi PAS pusat tirulah tektik Umno bila berhadapan d3ngan isu senok perut ia itu sapu dan sorok bawah kapet.

    Isu kawasan balak seluas 3 500 ekar yang dipohon oleh budak berusia 22 tahun itu memang senok perut. Pertama, bukti-bukti yang ters3bar di internet amat kukuh kerana ia merupakan surat-surat rasmi. Kedua terdapat bukti kukuh yang mengaitkan setiausaha sulit MB sendiri. Parah jika laporan pis daN SPRM dibuat....

    Yang herannya mengapa Umno Kelantan macam b7at dono je. Mana Azmi Ali? Tak masuk akal langsung. Ke dia org dapat arahan supaya jangan kacau, biarkan dulu geng PAS Kelantan dok bergomol sampai nak pecah dulu. Baru depa serang....

    bat8

    ReplyDelete
  2. bat8

    Abe dok tilik pun gitu jugak. Kalau ambil tindakan lagilah terburai. Nanti entah serban ke mana, kopiah ke mana.

    Tang Azmi tu, dia tu bukannya cerdik sangat pun. Dia hanya ikut saja, Arahannya dari abang dia. Bukan pandai ambil peluang sendiri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa