Utusan mohon maaf kerana memfitnah Syed Husin Ali
Akhbar Utusan Malaysia memohon maaf kepada Senator Syed Husin Ali hari ini dalam penyelesaian saman fitnah bekas timbalan presiden PKR itu terhadap akhbar milik Umno itu.
Syed Husin (kiri) berkata dalam twitter bahawaUtusan telah memohon maaf kepadanya dan akan menyiarkan permohonan maaf itu.
Menurutnya, Utusandan (bekas ahli PKR dan kini pemimpin KITA), Zamil Ibrahim telah memfitnahnya dan menambah, Zamil akan dihukum berasingan.
Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Geok Yiam.
Zamil dan Utusan telah memfitnah Syed Husin dengan menuduh beliau menerima RM500,000 untuk membubarkan Parti Rakyat Malaysia dan menyertai PKR pada awal tahun 2000.
Syed Husin memfailkan saman RM10 juta terhadap artikel yang bertajuk ''RM500,000: Syed Husin dicabar lapor polis".
Syed Husin diwakili peguam L Bani Prakash.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa