Syed Rosli dakwa Umno gagal bawa transformasi
Umno sudah rosak dan menunggu masa untuk dikapankan sahaja.
Menurut bekas calon Ketua Pemuda, Syed Rosli Syeh Harman Al Jamalulail, tak ada makna transformasi sedangkan yang lain masih kekal menyandang baik dari sayap hingga ke Naib Presiden Umno.
Beliau tewas kepada penyandang jawatan, Khairy Jamaluddin dalam pertandingan 12 Oktober lalu. Beliau bersama tiga calon lain, Akramsyah Sanusi, Irwan Ambak dan Abd Karim Ali gagal mendapat sebarang undi manakala Khairy mendapat 189 undi.
“Sebagai contoh adakah seorang pencuri boleh bertukar menjadi Ustaz dalam masa singkat?,” soalnya dalam kenyataannya kepada FMT.
Katanya, itulah contoh mudah yang beliau gambarkan. Umno sudah rosak dan menunggu masa untuk dikapankan sahaja.
Beliau mendakwa inilah punca golongan muda semakin benci pada Umno
Beliau bertanya kenapa isu undi popular tidak dikeluarkan masa keputusan permilihan sayap-sayap?
“Kenapa ia dikeluarkan untuk permilihan Majlis Tertinggi dan Naib Presiden sahaja?” soalnya lagi.
“Jangan buat kami macam orang bodoh wahai Lembaga Permilihan Umno.Kami juga berhak tahu berapa undi kami dapat sebagai tiap calon yang bertanding di sayap-sayap,” tambahnya lagi.
Katanya lagi, inilah punca orang muda benci Umno kerana orang tua dalam Umno suka perlekehkan orang muda.
Turut baca:
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa