Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 20, 2013

Bagaimana Ini Terjadi?

Kesian kanak-kanak tu......
Apakah tindakan seterusnya?

Peluru tersangkut di kerongkong berjaya dikeluarkan
IPOH: Mohd Amar Mohd Azizi, 10, kanak-kanak yang parah terkena peluru sesat seorang anggota polis di Kampung Belanja Kiri, Parit, dekat sini, 14 Oktober lalu selamat menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, pagi tadi.
Bapanya, Mohd Azizi Abdullah Halim mengesahkan anak lelakinya itu dibawa masuk ke bilik pembedahan pada jam 9 pagi tadi dan dilaporkan keadaan anaknya stabil. 
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohammed Radzi ketika dihubungi mengesahkan peluru yang tersangkut pada kerongkong Mohd Amar berjaya dikeluarkan. 
"Bagaimanapun, setakat ini kita tidak dibenarkan melawat dan sidang media akan diadakan selepas mendapat laporan daripada pihak hospital," katanya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa