Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 25, 2013

Yang Ni Anak Sape Pulak Nih? - Apa Komen Korang?

Budak ni kena dadah ker apa?
Remaja kebas bas persiaran
Pasir Puteh: “Suspek beri alasan mahu bersiar-siar dan mengejutkan apabila dia mengakui tidak pernah membawa atau memandu mana-mana kenderaan termasuk kereta sebelum ini dan itulah kali pertama dia memandu bas,” kata Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal.
Beliau mengulas mengenai kejadian remaja berusia 15 tahun bertindak nekad melarikan sebuah bas persiaran berharga RM400,000 atas alasan mahu bersiar-siar.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi remaja itu apabila bas berkenaan terbabit dalam kemalangan selepas dipandu sejauh 50 kilometer dari pusat mencuci kenderaan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu hingga ke bulatan Wakaf Tuan Fahrer, Jalan Nara di sini.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam semalam, pelanggan di sebuah kedai makan berhampiran bulatan Wakaf Tuan Fahrer, Jalan Nara, di sini, terkejut apabila mendapati pemandu sebuah bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan di bulatan itu adalah remaja lelaki berusia 15 tahun.
Remaja dari Kampung Cherang, Panji, Kota Bharu, itu dikatakan melarikan bas berkenaan yang sudah dicuci di pusat mencuci kenderaan di Pengkalan Chepa sebelum memandunya sejauh kira-kira 50 kilometer ke bandar ini.
Bagaimanapun, bas dipandunya terbabas di bulatan berkenaan selepas dipercayai gagal dikawal.
Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Razali, 45, berkata dia bersama beberapa rakan serta penduduk kampung sedang minum di kedai makan itu apabila dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.
Katanya, mereka bergegas ke tempat kejadian bagi menghulurkan bantuan selepas melihat sebuah bas persiaran merempuh bulatan itu.
“Pada awalnya, kami sangkakan pemandu terbabit mengantuk menyebabkan dia hilang kawalan sebelum merempuh pagar bulatan itu, namun terkejut sebaik mendapati pemandunya adalah seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.
“Hanya remaja lelaki itu saja berada dalam bas persiaran itu tanpa ditemani oleh sesiapa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurutnya, penduduk cuba bertanya kepada remaja itu, tetapi dia gagal menjawab dengan sempurna dan kelihatan separuh sedar selain mukanya pucat lesi.
“Saiz tubuh remaja itu agak kecil dan jika dibandingkan dengan kenderaan besar yang dipandu sejauh 50 kilometer itu, memang tidak logik kerana hanya pemandu mahir saja yang boleh memandunya.
“Namun, dia bernasib baik kerana tidak terbabit dalam sebarang kemalangan teruk sepanjang perjalanannya itu.
“Remaja itu kemudian diserahkan kepada anggota polis sebelum dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - sumber

1 comment:

  1. apo lagi nak dikato jang oi dah macam macam duk jadi la ni ujung tahun 2013 barang naik segala macam maksiat bertambah.pulang la kepangkal jalan -jalan Allah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa