Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 27, 2013

Edited with Video inside: Mereka Ini Bukan Lagi Binatang Tetapi Syaitan!

Celakalah kamu wahai Syaitan yang bernama Bashar!
Wanita hamil sasaran penembak hendap
LONDON - UNITED KINGDOM. Seorang pakar bedah di Britain mendakwa wanita hamil menjadi sasaran penembak hendap di Syria.

Dr David Nott yang berada di Syria selama lima minggu mendedahkan kumpulan penembak hendap tersebut turut menganggap tindakan kejam itu sebagai satu 'hiburan' untuk mereka.

"Mereka sengaja menembak ke arah orang awam tanpa sebab. Saya pernah merawat dua wanita sarat hamil yang terpaksa menerima hakikat kehilangan bayi masing-masing selepas peluru menembusi uterus mereka.

"Insiden tersebut sememangnya menyayat hati dan ia pertama kali berlaku sepanjang tempoh perkhidmatan saya," jelasnya pada laporan AFP.

Menurutnya, beliau telah merawat lebih enam wanita hamil yang menjadi mangsa tembakan ketika beliau berkhidmat secara sukarela di sebuah hospital di negara bergolak tersebut.

Difahamkan, Nott pernah berkhidmat sebagai pakar bedah kecemasan di zon perang seperti Bosnia, Libya dan Republik Congo sejak 20 tahun lalu. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa