Arab Saudi sekarang sudah jauh dari imej Al Malik Fasal
Ugutan atau rengetan Kerajaan Saudi yang tidak akan ke mana
Umpama macai mengugut bossnya untuk sesuatu yang hampir pasti tidak akan dapat
Saudi, AS bertelagah?
24 Oktober 2013
Putera Bandar (Dajjal) pernah didakwa sebagai dalang pembekal senjata kimia yang menyebabkan serangan gas beracun di pinggir Damsyik, Ogos lalu
RIYADH - ARAB SAUDI. Ketua perisikan Arab Saudi kelmarin memaklumkan akan berlaku perubahan besar dalam hubungan negara itu dengan sekutu utamanya, Amerika Syarikat (AS).
Putera Bandar bin Sultan berkata, keputusan itu dibuat sebagai bantahan terhadap kegagalan AS sebagai orang tengah untuk menyelesaikan krisis di Timur Tengah, termasuk proses rundingan damai Israel-Palestin serta konflik di Syria.
Inisiatif Putera Bandar itu dikatakan ada kaitan dengan tindakan Saudi menolak kerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas negara tersebut mendakwa badan antarabangsa itu tidak mampu menamatkan konflik di Syria kerana bersikap berat sebelah, minggu lalu.
Sementara itu, sumber kerajaan memberitahu mereka akan turut mengkaji semula hubungan dengan AS dan Saudi juga sudah tidak mahu lagi bergantung kepada negara barat tersebut.
Difahamkan daripada laporan Al-Jazeera, hubungan antara kedua-dua negara itu mula terjejas selepas AS mula berbaik-baik dengan Iran selepas hubungan antara kedua-dua negara terbabit dilaporkan dingin sejak 30 tahun lalu. - sumber
# Panggilan Dajjal itu aku yang tambah!
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa