Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 21, 2013

Kesian Kat Anak Rustam Ni...........

Tak ada yang peduli lagi
Sudah tiada yang sudi!

Merintih kerana sudah tidak diagungkan lagi
Nik Aziz di dalam PAS pun dah tak ada siapa yang peduli........
Lagilah.....dia ni pula di dalam UMNO
Kesian.....Ali baru sedar apa itu politik rupanya!

Keputusan pemilihan Umno tamparan buat Ali Rustam
mk - 11:58AM Okt 21 2013
Lima daripada enam bahagian di Melaka didapati menolak bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai naib presiden pada pemilihan Umno di negeri itu Sabtu lalu.

Selain Masjid Tanah, Alor Gajah, Kota Melaka dan Jasin, bahagian Tangga Batu diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron sendiri turut tidak memilih Mohd Ali, lapor Berita Harian hari ini.

NONELaporan itu menyebut, Mohd Ali – bekas pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka selama 13 tahun – mendapat tamparan hebat apabila bahagian Bukit Katil yang diketuainya, tidak memberikan sokongan mutlak.

Mohd Ali menjadi pilihan kedua dalam senarai calon naib presiden yang diputuskan oleh bahagian tersebut.

Laporan juga menyatakan perwakilan semua enam bahagian secara keseluruhannya sepakat meletakkan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai pilihan pertama dan Datuk Muhkriz Mahathir pula pilihan ketiga.

Manakala lima bahagian lagi mengundi Datuk Shafie Apdal sebagai pilihan kedua.

Laporan itu juga menyebut, bagi jawatan Majlis Tertinggi, semua bahagian – Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Kota Melaka, Jasin dan Bukit Katil sepakat memberi undi tertinggi kepada Idris.

Ali dapat 7 undi

Dalam pemilihan untuk jawatan naib presiden tersebut, Mohd Ali hanya mendapat undi dari tujuh bahagian (15,294 undi perwakilan), sama banyak dengan bahagian yang menyokong Tan Sri Mohd Isa Samad (12,783 undi perwakilan).


Ahmad Zahid mendahului dengan sokongan 188 bahagian (94,562 undi perwakilan), diikuti Mohd Shafie Apdal dengan sokongan 177 bahagian (82,252 undi perwakilan).
NONEDatuk Seri Hishammuddin Hussein pula mendapat 101 undi (56,604 undi perwakilan) untuk mengatasi Datuk Mukhriz Mahathir yang menerima 93 undi (57,189 undi perwakilan).

Sementara itu,Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ali berasa terkilan apabila hanya satu daripada enam bahagian Umno di negeri itu mengundinya untuk jawatan tersebut.

"Inilah dunia politik sebenarnya yang dapat saya rasakan. Apa salahnya saya diberi peluang mengisi satu daripada tiga tempat bagi jawatan naib presiden.

"Kalau nak pilih satu sahaja mungkin keadaan sebaliknya, namun di Melaka saya lebih berasa terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung.

"Inilah hakikat yang harus saya akui. Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau Pusat, tiada siapa nak lihat saya, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi ketua menteri, semua sokong saya," katanya seperti dilapor akhbar itu.

3 comments:

  1. macam sliper buruk lah ! ABU jangan lupa !

    ReplyDelete
  2. .
    .
    .

    .
    tiru macam saya-bila sudah pencen

    bloglah sekeliling tempat. jual

    idea n pertahankan islam dari

    permainan chingkie,koliangs dan mat

    mat mat syiok sendiri mcm si mulut

    sundal mat aziz bari[u]a...



    kkk

    ReplyDelete
  3. alajallllllllll politik dah sampai tunggu ajal hayat bertobat leeeee sebelum jadi lebih hina

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa