Tunggu masa sembah bumi
23 Oktober 2013
Ibrahim menunjukkan keadaan dapur di rumahnya yang sudah usang
PASIR MAS - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah gambaran yang dapat diberikan kepada empat beranak dari Kampung Teja di sini, apabila rumah yang sudah 40 tahun didiami hanya menunggu masa untuk menyembah bumi.
Setiap kali hujan lebat atau angin kuat, mereka sekeluarga terpaksa keluar dari rumah yang sepatutnya menjadi tempat berlindung kerana khuatir ia akan roboh akibat struktur bumbung, tiang dan lantainya sudah tidak kuat lagi.
Ibrahim Awang Hamat, 60, berkata, bukan dia tidak pernah berusaha untuk membaiki rumah tersebut tetapi upah yang diperolehi hasil menjual ais krim dengan motosikal sebanyak RM30 sehari tidak mencukupi.
“Upah yang diperoleh hanya cukup untuk kegunaan harian sahaja dan disebabkan itulah rumah yang sudah usang ini semakin hari strukturnya sudah tidak kuat lagi untuk bertahan.
“Disebabkan kesempitan hidup juga pakcik terpaksa mengutip zink yang dibuang untuk menggantikan zink yang sedia ada bagi mengelakkan bumbung dari terus bocor setiap kali hujan,” katanya.
Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan kepada keluarga tersebut setiap kali hujan lebat atau ribut mereka terpaksa berteduh di bawah pokok kerana bimbang rumah itu akan roboh.
Ibrahim berkata, dia dan isterinya, Che Anas Che Amat, 56, yang mengalami angin ahmar sejak enam tahun lalu serta anak lelaki angkatnya, Mat Yatim Awang Kecik, 31, yang mengalami sakit kaki akibat penyakit badan yang teruk dan menantunya, Rosnani Wahad, 45, sudah biasa bersejuk dan dibasahi hujan.
Menurutnya, sebelum ini keluarganya pernah mengemukakan permohonan bantuan rumah, namun sehingga kini masih belum menerima jawapan walaupun pernah dikunjungi oleh ahli politik pada musim pilihan raya lalu.
“Pakcik berharap pihak yang berkenaan dapat mempercepatkan permohonan tersebut atau jika ada pihak lain yang sudi membantu.
“Ini kerana musim tengkujuh sudah tidak lama lagi dan ia akan memberi risiko kepada kami sekeluarga” katanya.
Ibrahim berkata, bukan niat dia untuk meraih simpati tetapi keluarganya sudah tidak mempunyai tempat untuk bergantung nasib.
Dalam hal ini semua salah PAS yang memerintah terlepas dan terus terlepas pandang, UMNO yang membangkang tak buat kerja, PPZ hebat memungut LIAT mengagih borang demi borang perlu diisi, nasib tak suruh belanja dulu bawa resit untuk tuntutan, duit zakat fitrah KEMUT untuk menjana kapital.....
ReplyDeleteBila demo kalimah Allah bukan main lagi..... Macam-macam petua bukan fatwa di buat. Syariat Allah dan Rasul bawah meja.
CONTOHI RASULALLAH S.A.W & KHALIFAH dengan duit zakat berbilion di seluruh Malaysia negara yang amat mencintai nama Allah, takkan fakir dan miskin terus terbiar.