Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 27, 2013

Tisu tandas emas: Gila, Bagaimana Rupanya?

Tisu tandas emas RM4.3j
Sydney: Nampaknya tiada sebarang batasan untuk sesiapa menunjuk-nunjuk kemewahan masing-masing kepada umum.
Sebuah syarikat Australia semalam dilaporkan menjadi pengeluar pertama kertas tandas diperbuat daripada emas dengan harga AS$1,376,900 (RM4,346,666).
Menurut laman sesawang syarikat Toilet Paper Man itu, kertas tisu itu menggunakan emas 22 karat dan setiap satu gulung disertakan sebotol champagne percuma.
“Setiap pesanan akan dihantar sendiri kepada pelanggan kami,” katanya. Bagi sesiapa yang bimbang kertas tisu emas itu tidak menyediakan kebersihan sepatutnya, syarikat terbabit berkata, mereka memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku.
Kata jurucakapnya, produk itu dihasilkan dalam tiga lapisan untuk memberikan keselesaan maksimum.
“Kami mendapat idea untuk menghasilkan kertas tisu ini selepas melihat beberapa hotel di Dubai menggunakan kelengkapan bersalut emas,” katanya. Menurut jurucakap itu, mereka menghabiskan masa empat tahun untuk menghasilkan segulung produk berkenaan.
“Ini adalah kertas tisu tandas paling mahal di dunia,” katanya. Setakat ini hanya satu gulung dihasilkan dan ia dijamin selamat digunakan. - Agensi

1 comment:

  1. sebab tu Allah bagi kepada manusia kemewahan setakat yang duk ada saja sebab sifat manusia memang suka melampaui batas.Allah boleh bagi setiap rumah bertanggakan perak tapi tak ramai yang mau bersyukur bertambah takabur ada la

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa