Mengelak dari bayar cukai pulak!
Anak VIP kantoi
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
Kuala Lumpur: Sejumlah 22 kereta mewah milik anak orang kenamaan (VIP) dan ahli perniagaan termasuk 15 Ferrari yang didapati tidak membayar cukai dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam beberapa serbuan termasuk menahan 12 kereta itu ketika pemiliknya mahu mengadakan majlis perjumpaan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, 16 Oktober lalu.
Hasil rampasan itu, pihaknya melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Bandar Manjalara, Kepong, jam 9 malam, 18 Oktober dan merampas sebuah Ferrari dan sebuah Lamborghini.
Dalam serbuan ketiga Ahad lalu pula, dua Ferrari, Bentley dan Posche dirampas dalam treler yang menghala ke utara tanah air di Hentian Rehat dan Rawat Tapah, Perak, jam 2 pagi.
Pemandu treler berusia 50 tahun itu kemudian ditahan dan mendakwa diupah membawa empat kereta mewah itu ke Langkawi dipercayai untuk mengelak dirampas kastam kerana melebihi tempoh berada di Kawasan Utama Kastam (KUK).
Kereta mewah dirampas, semalam
Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, dalam serbuan keempat jam 7 pagi hari sama, dua Lamborghini dan sebuah Nissan GTR 35 dirampas di pusat pameran kereta di Cheras dan dalam serbuan terakhir jam 9 malam kelmarin di Manjalara, Kepong, sebuah lagi Ferrari dirampas.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa