Tapi kenapa ada yang bercakap tapi tidak beriktikad - maksudnya cakap saja percayakan (berimankan) Kitab Allah tetapi mengamalkan dengan cara berpilih-pilih?
Published: Ahad Oktober 27, 2013 MYT 10:17:00 AM
Umno Sentiasa Bersedia Bersatu Dengan PAS - Muhyiddin
YAN: Umno masih terbuka berhubung cadangannya untuk bersatu dengan PAS.
Dalam lawatan pilihan raya ke Sungai Limau, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu selama-lamanya bersedia untuk bersatu dengan PAS.
Muhyiddin berkata, selain perbezaan ideologi politik kedua-dua pihak, PAS dan Umno mengamalkan prinsip-prinsip Islam yang sama.
"Kami mahu melihat masyarakat Islam bersatu," katanya, dengan mengaitkan perpecahan di kalangan umat Islam di dunia Arab telah membawa kepada konflik berterusan dan perang saudara.
Bercakap pada perhimpunan dengan imam, guru agama sekolah dan penduduk di SK Sungai Dedap di sini pada Sabtu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM118,000 kepada 22 pusat Kafa (Kelas Agama Fardhu Ain), Persatuan Guru Kafa Yan, Persatuan Guru Takmir Yan dan Persatuan pegawai Masjid Yan.
Terdahulu pada majlis lain, beliau berkata 12 buah sekolah di Sungai Limau akan diperuntukkan sebanyak RM1.4 juta.
"Kita tidak memberikan ini untuk mendapatkan sokongan (untuk Barisan Nasional). Kami menghormati pandangan dan pendirian yang diambil oleh tokoh-tokoh agama masing-masing.
"Tetapi marilah kita sama-sama bekerja dalam satu pasukan untuk membina asas agama yang kukuh untuk masa depan yang lebih baik," katanya, sambil menambah beberapa orang telah menasihatkan beliau supaya tidak berkempen di Sungai Limau kerana ia merupakan kubu kuat PAS.
"Sebelum ini mereka juga kata bahawa PAS kuat di Kedah tetapi tetap kalah di negeri ini," katanya, sambil menyeru pengundi Sungai Limau memberi calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim peluang.
masa ada pilihanraya kecil baru nak bagi peruntukan ka ? ABU jangan lupa !
ReplyDelete