Mangsa-mangsa banjir akibat pelepasan air empangan di Ringlet, Cameron Highlands mendakwa dalam kejadian itu pihak polis tidak mengetuk dari pintu ke pintu untuk memindahkan penduduk.

Menurut mereka, perkara itu penting kerana bunyi siren amaran daripada Empangan Sultan Abu Bakar menjadi perkara biasa dan sebahagian besarnya tidak berbahaya.

bertam valley cameron highlands flood 241013 khor they keng"Kami ada pengalaman ini sebelum 1988, apabila polis dan Rela ketuk pintu ke pintu untuk pemindahan.

"Kali ini, mereka tidak lakukan sama sekali," kata pekebun sayur Khor They Keng (kiri) yang mendakwa rugi RM200,000 apabila air limpahan menenggelamkan kebunnya.

Beliau bercakap kepada Malaysiakini berhubung tragedi itu semalam dan turut menunjukkan kesan banjir itu kepada kebunnya.

Tiga terkorban dan seorang masih hilang selepas pintu empangan hidroelektrik itu dibuka secara manual selepas paras air mencecah tahap maksimum. 

Akibatnya banjir besar melanda kawasan itu sehingga merosakkan kira-kira 80 rumah dan sekolah serta 100 kenderaan - ada yang dihanyutkan sehingga satu kilometer.

Berita berkaitan: Kawasan pencarian di Ringlet diperluas 2km