Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 22, 2013

Susulan Berita Noreen Noor: Jenazah Noreen Akan Di Kebumikan Di Melaka

Artis terkenal era 80an, Noreen Noor meninggal dunia

By Ashraf Nasser | Tupai – 2 hours 50 minutes ago
22 Okt – Pelakon dan penyanyi yang terkenal pada era 80an, Noreen Noor telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi iaitu pada pukul 5.50 pagi di Hospital Ampang Puteri, Selangor.
Allahyarhamah yang meninggal dunia pada usia 54 tahun akibat komplikasi buah pinggang. Jenazah Noreen dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Melaka.
Noreen yang popular dengan lagu "Siang Terbayang Malam Merindu" bukan sahaja terkenal melalui nyanyiannya, malah Noreen yang suatu ketika dahulu digelar sebagai 'artis paling seksi Malaya' juga popular di layar perak. 
Antara filem yang pernah dibintanginya adalah filem "Talak" pada tahun 1980, "Hantu Siang", "Wira Angkasa" dan "Pelumba Malam"
Allahyarhamah meninggalkan dua orang anak iaitu Danial Baharudin, 20, dan Diana, 10.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa