Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 18, 2014

Entah Berapa Ramai Yang Dah Makan Bangkai?

Ayam ini yang belum dipotong
Bagaimana mana pula dengan yang telah siap dipotong?

Entah-entah kekalan di kebanyakan pasar raya begitu!

Melayu makan bangkai tak kisahlah, tapi janganlah Islam pun makan bangkai juga
Persoalannya siapa atau agensi mana yang ditugaskan kerajaan membuat pemantauan di pasar raya-pasar raya di seluruh negara?

Ayam tidak sembelih?
18 Februari 2014
KULIM - Hasrat seorang mekanik, Mohd Bakri Ramli yang tinggal di Kampung Simpang Empat Keladi untuk berkelah dan memanggang ayam bersama keluarganya di hadapan rumah tidak kesampaian apabila mendapati ayam mentah yang dibelinya dari sebuah pasar raya di sini tidak disembelih.

Menurutnya, dia telah pergi ke pasar raya itu kira-kira jam 11 malam untuk membeli ayam.

"Sampai di rumah, isteri membasuh dan memotong ayam ini. Bagaimanapun isteri terkejut apabila mendapati tidak ada kesan sembelih di leher ayam itu.  

“Saya kemudiannya pergi semula ke pasar raya terlibat untuk mendapatkan keterangan tentang masalah ini bagaimanapun ia sudah ditutup,” katanya.

Tidak puas hati dengan kecuaian dilakukan oleh pasar raya terlibat, Mohd Bakri telah membuat laporan polis dan memanjangkan masalah ini ke Tribunal Pengguna.

Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim ketika dihubungi meminta Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) membuat pemeriksaan mengejut terhadap pembekal ayam ke pasar raya terlibat supaya ia tidak bertentangan dengan Islam.

“Ini merupakan satu kecuaian yang tidak seharusnya berlaku. Menjual daging ayam tanpa disembelih dengan sempurna bukan satu masalah kecil.

"Saya meminta mangsa membuat laporan polis dan kemudiannya membuat aduan dengan Persatuan Pengguna," katanya.

Katanya, dia turut meminta mangsa bekerjasama PADK untuk membuat pemeriksaan mengejut terhadap pasar raya terlibat untuk memastikan masalah ini tidak berulang di masa hadapan.

"Dari tinjauan dibuat mendapati kebanyakan pasar raya hari ini menggunakan tenaga kerja pendatang asing, ada dalam kalangan mereka yang bukan beragama Islam,” katanya.

2 comments:

  1. Saya pun sudah tidak lagi ke McD, KFC MBrown dan yang seangakatan dengannya... masalahnya macam ini lah kita tak tahu siapa yang sembelih ayam2 itu! Sangkaan saya seperti berita ini mmg ada. Kalau saya mahu makan daging ayam saya akan kekedai yang menyembelih ayam tersebut di depan mata saya sendiri.

    ReplyDelete
  2. baru2 ni isu coklat tg mempunyai dna babi kali ini ayam tak disembelih lak, "seronoknya" jadi Melayu kat Malaysia ni dapat gak makan babi dan bangkai ayam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa