Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 22, 2014

MPM Buat Mahathir Bengang!

IPP adalah ciptaan Mahathir untuk kroni......
Adakah Najib akan setuju ke atas cadangan MPM ini?

MPM gesa k'jaan jangan ada lagi IPP
mk - 12:50PM - 22 Jun 2014
Majlis Perundingan Melayu (MPM) hari ini mendesak Putrajaya supaya tidak ada lagi pengeluar tenaga bebas (IPP).

Ini ekoran tindakan YTL Power International Bhd menarik diri daripada projek loji tenaga yang digelar 'Projek 4A' benilai RM3 bilion di Johor yang dianugerahkan secara langsung kepada sebuah konsortium yang melibatkan syarikat itu dan juga firma Sultan Johor dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Setiausaha Agung MPM, Hasan Mad berkata kerajaan sebaliknya harus kembali kepada keadaan sebelum ini di mana TNB bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjanaan kuasa.

"Oleh kerana YTL telah menarik diri, tidak ada lagi kontroversi dan kerajaan perlu mengambil peluang untuk memberikan projek itu kepada TNB sahaja," kata Hasan dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, ini perlu digunapakai kepada semua projek penjanaan tenaga pada masa hadapan.

MCC berkata ia merupakan kumpulan payung yang mewakili lebih 400 NGO Melayu.

YTL berdepan dengan tekanan hebat, terutama tentang bagaimana ia mendapat projek itu secara langsung daripada kerajaan tanpa tender terbuka.

Bagaimanapun, Hasan berkata IPP sedia ada yang menandatangani perjanjian dengan kerajaan haruslah dibenarkan beroperasi sehingga kontrak mereka tamat.


1 comment:

  1. mana ada akal lantik mamak jadi pembela melayu ? ingat mendaliar & sikitul ?bangsa melayu kena jual ada la ! ABU !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa