Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 25, 2014

PAS Pun Nak Ikut Gelagat Jakun Macam PKR Jugakah?

Naib-presiden PAS nafi wujud gerakan Projek Langgar Hadi

 | June 24, 2014
Ketua Pemuda PAS Selangor mendedahkan kepada media berhubung satu usaha menghidupkan semula ‘Projek Langgar Hadi’ yang didalangi beberapa pemimpin termasuk seorang Ahli Parlimen PAS Selangor, editor dan wartawan daripada sebuah portal pro-pembangkang.
TuanIbrahimceramahPETALING JAYA: Naib-presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan dakwaan wujudnya gerakan yang ingin menjatuhkan kepimpinan ulama dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dinamakan Projek Langgar Hadi.
Menurut beliau, perkara ini tidak benar dan tidak perlu timbul isu wujudnya gerakan Projek Langgar Hadi.
“Saya ingin menegaskan di dalam parti PAS tiada soal untuk menjatuhkan mana-mana pihak dan ini bukan masalah isu siapa naik dan siapa turun.”
“Mungkin ini adalah pandangan peribadi ahli parti kita,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.
Ibrahim menjelaskan ekoran daripada dakwaan Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim yang membuat kenyataan kepada media bahawa wujudnya Projek Langgar Hadi.
Syarhan Humaizi sebelum ini mendedahkan kepada media berhubung satu usaha menghidupkan semula ‘Projek Langgar Hadi’ yang didalangi beberapa pemimpin termasuk seorang Ahli Parlimen PAS Selangor, editor dan wartawan daripada sebuah portal pro-pembangkang.
Beliau mendakwa kumpulan tersebut menggunakan portal berita pembangkang sebagai medium memfitnah dan memburukkan Abdul Hadi kononnya peranan Presiden PAS itu menyebabkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal disingkirkan oleh pihak tertentu.
Tambahnya lagi, pandangan ini bukan perkara biasa yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat parti.
“Kita akan menghormati mana-mana pendapat pun walau ia bukan berasal dari parti.”
“Kita tidak boleh memperlekehkan pandangan seseorang. Namun, kita akan kaji kebenarannya dan jika tidak benar dakwaan tersebut, kita akan menasihati agar perkara ini tidak diulang,” ujarnya.
Jelasnya lagi, jika perkara ini benar beliau seharusnya menyalurkan pandangan ini di dalam mesyuarat parti.
“Kita akan bincang tentang sesuatu isu dalaman bagi mengelak perkara-perkara polemik ini berulang.
“Kita juga akan berbincang dan membuat keputusan melalui persetujuan dalam mesyuarat parti sendiri,” katanya.

3 comments:

  1. Depa rasa depa dah kuat sangat kot,tengok ja la apa jadi kat trgganu,kedah satu penggai ja silap haribulan kelantan pun telapaih gak.

    ReplyDelete
  2. Tak ada siapa nak langgar siapa. Cuma perasaan takut dan bimbang parasit yang bergantung hayat kepada pemimpin yang hayat kepimpinannya kian berakhir akibat percaturan salah dari maklumat salah dari parasit-parasit itulah menyebabkan parasit-parasit menuduh pihak lain cuba menjatuhkan pemimpin berkenaan.

    Kepimpinan seorang pemimpin boleh naik dan akan sampai masanya akan menurun seterusnya hilang. Yang kekal hanyalah pejuangannya dalam mendaulatkan Islam yang akan kekal diingati di dalam parti itu.

    ReplyDelete
  3. 5sal. Apa yang awak merapu ni? Faham tak apa isu yang dikatakan? Pas terlepas Trengganu dan kedah bukan kerana tak kuat, tapi kerana orang2 melayu macam awak ni bila disorong RM50 oleh umno, anak bini pun boleh terjual usahkan undi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa