Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 30, 2014

Selepas ‘sampahkan’ negara, jangan jadikan universiti sampah!

Selepas ‘sampahkan’ negara, jangan jadikan universiti sampah, kata PMUM 
MI - Published: 30 June 2014
Pelajar Universiti Malaya turut memberi reaksi negatif dengan peletakan jawatan Pengarah UMcedel merangkap Dekan FSSS UM Prof Datuk Dr Redzuan Othman. Gambar fail The Malaysian Insider.

Pelajar Universiti Malaya menggesa Kementerian Pendidikan tidak merobek dan menjadikan universiti seperti sampah, selepas negara ini turut 'disampahkan'.

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) memberikan reaksi itu susulan tindakan Kementerian Pendidikan yang dikatakan menekan Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).
Perkhidmatan Redzuan sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) universiti itu juga tidak disambung mulai hari ini walaupun dikatakan masih mendapat sokongan daripada rakan-rakan pensyarah di fakulti berkenaan.
"Saya mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak sedemikian. Jika betul Kementerian Pendidikan dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang terlibat dalam kejadian ini, saya yakin UM akan sentiasa bergerak ke belakang seiring dengan ‘kebodohan’ sesetengah pihak.
"Untuk pengetahuan semua sejak FSSS UM di bawah kepimpinan Prof Redzuan pelbagai kejayaan dikecapi, paling membanggakan FSSS UM merupakan fakulti ke-2 terbaik selepas Fakulti Perubatan dalam aspek pengambilan pekerjaan.
"Pada masa sama beliau mempunyai rekod cemerlang pernah dinobatkan sebagai dekan terbaik dan cemerlang di UM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Fahmi berkata, UMcedel di bawah kepimpinan Redzuan yang juga merupakan pengasasnya berjaya menghasilkan kajian terbaik.
"Nyatakan pusat kajian yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau kerajaan sendiri yang mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel?
"Kajian Majlis Profesor Negara juga tidak mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel," katanya.
Dalam kenyataannya, Fahmi mengesahkan alasan diberikan pengurusan UM ketika tidak menyambung tugasnya sebagai dekan adalah faktor usia yang dikatakan akan bersara tahun depan.
"Saya sendiri mendapat panggilan terus daripada naib canselor UM berkenaan isu pelantikan dekan FSSS di universiti.
"Secara telusnya Dr Redzuan tidak dipilih atas faktor umur yang semakin lanjut, itu respon pihak atasan setelah saya meminta sebab dan alasan kenapa jawatan dekan FSSS UM tidak dijawat lagi oleh beliau.
"Alasan yang diberi sangat tidak masuk akal dan kebudak-budakan," katanya.
Fahmi berkata, jika Redzuan rasa dirinya sudah tua dan tidak mampu meneruskan kerja, beliau tidak akan bersetuju dan terhegeh-hegeh untuk bertanding sebagai calon dekan FSSS UM.
"Jika umur menjadi ukuran saya fikir pengerusi senat UM tidak layak untuk jawat jawatan beliau sekarang kerana umurnya hampir mencecah 80 tahun," katanya. – 30 Jun, 2014.

2 comments:

  1. lahanat manakah yang bagi arahan musibat itu ? ABU !

    ReplyDelete
  2. Mahyuddin atau Najib memang suka kalau professor2 di UM tu semua jenis Kangkung. mereka nak jadikan pelajar2 dan pensyarah2 di UM macam ahli2 umno,,,, semuanya tak cerdik.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa