Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 27, 2014

Adakah Hadi Dan Anwar Ingin Kuburkan Pakatan?

Inilah kali pertama sejak isu MB selangor menjadi gempar
Ianya amat mengecewakan
Mereka seolah-olah mengerah Melayu yang kecewa dengan UMNO untuk masuk atau beralih sokongan kepada DAP?
Hadi lebih suka membawa PAS mengikut pandangannya sendiri dan Anwar pula aku tengok berpandangan seolah Pakatan secara mutlak di bawah pimpinannya!

Isu MB Selangor: PKR-PAS Kembali Bergolak
Diterbitkan: Sabtu, 26 Julai 2014 12:14 PM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS kembali bergolak apabila kedua-dua sekutu pakatan pembangkang itu dilihat tidak sehaluan dalam komplot menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.


Terbaharu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan PAS supaya menghormati persetujuan bersama yang dibuat pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu mengenai isu pelantikan Menteri Besar.

"Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang membawa mandat dari parti masing-masing pada hari itu mengesahkan komitmen setiap parti bahawa pada dasarnya, PAS dan DAP menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar adalah dari PKR.

"Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan rasmi Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat itu dalam hal pertukaran Menteri Besar Selangor," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Peringatan Saifuddin itu dibuat sehari selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian dengan mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Abdul Hadi berkata, alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terbabit masalah besar.

Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan majlis berkenaan yang bermesyuarat Rabu lalu menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Pada mesyuarat berkenaan, PAS diwakili enam pemimpin tertinggi yang diketuai Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Setiausaha Agong, Datuk Mustapha Ali; Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Datuk Husam Musa (Naib Presiden); Ketua Pemuda, Suhaizan Kayat dan AJK PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Mengulas lanjut, Saifuddin turut mengingatkan PAS supaya akur kepada pandangan wakil pimpinan tertinggi mereka yang hadir pada mesyuarat itu.

"Saya percaya kepimpinan PAS akan melalui proses dalaman dan mengambil kira pendapat semua pimpinannya serta komitmen yang telah dinyatakan di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang lalu," katanya.

2 comments:

  1. Anwar wujud sejak azali untuk hidup kan bangsa melayu , malang nya Hadi otak di lutut nak jaga menantu dia dalam perangsang.

    Satu penyelamat bangsa , satu bahalol.

    ReplyDelete
  2. Lain mcm jer peringatan parti dna umno nie.sedia maklum akan kerakusan politik anwar.wan azizah tiada kreditbiliti sebagai mb selangor.apa tah lagi wan azizah bukan anak selangor.apa kah sultan selangor bersetuju dgn perlantikan wan azizah?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa