Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 29, 2014

Bila Sesebuah Rumah Goyang, Tentu Tiang Serinya Yang Goyah!

'Pengkhianat' Porak-Perandakan PAS
Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 1:09 PM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
Paparan skrin perbualan AJK PAS Pusat yang bocor kepada umum kini menjadi polemik di kalangan Pakatan Rakyat.

PETALING JAYA: Pembocoran maklumat sulit berhubung cadangan supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat disifatkan sebagai perbuatan khianat di saat banyak pihak meramalkan perpecahan bakal berlaku dalam pakatan pembangkang selepas Aidilfitri.

Kesal dengan kebocoran maklumat rahsia berkenaan, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan individu yang menjadi dalang dalam parti itu jelas dibuat dengan niat jahat.

Penjelasan Nik Abduh berhubung kebocoran perbualan AJK PAS Pusat mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Jelas beliau, paparan skrin aplikasi WhatsApp yang seolah-olah menggambarkan seorang AJK PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki sebagai penggerak disebalik cadangan berkenaan diambil dalam konteks yang tidak menyeluruh.

"Itu pengkhianatan terbesar dalam PAS Pusat. Print screen perbincangan yang paling sulit dah rahsia.


"Ayat Dr Zuhdi itu adalah dalam nada senario dan apabila diambil sekerat, maka jadi jahat maksudnya," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Dipercayai kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas itu merupakan penjelasan berbentuk edaran dalaman mengenai kedudukan sebenar berhubung cadangan agar PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Mohd Zuhdi sendiri menerusi kenyataannya mengakui bahawa AJK PAS Pusat sedang mempertimbangkan secara serius kemungkinan parti itu akan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Paparan skrin perbincangan AJK PAS Pusat yang bocor kepada umum.
Akuinya, senario kemungkinan PAS bertekad untuk kembali bergerak tanpa sokongan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dibincangkan secara terpeinci oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

Dedah Mohd Zuhdi, cadangan supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat mula diusulkan oleh seorang pemimpin kanan mereka yang tidak dinamakan.

Katanya lagi, cadangan berkenaan turut disokong oleh tidak kurang 10  AJK PAS Pusat yang dikatakan 'rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim'.

Pendedahan ini merupakan penjelasan Mohd Zuhdi mengenai dakwaan bahawa beliau merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam merangka strategi PAS di Selangor khususnya membabitkan krisis Menteri Besar negeri itu.

Menerusi mesej itu, Mohd Zuhdi turut mencadangkan supaya PAS bergabung dengan Umno.

Mohd Zuhdi yang secara tidak langsung mengakui kesahihan paparan skrin itu bagaimanapun menafikan beliau termasuk dalam senarai pimpinan PAS yang menyokong supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Ia (maklumat bocor) dilakukan untuk memalitkan nama saya dengan gerakan membawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, setelah saya melakukan beberapa kritikan keras ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor.

"Sebenarnya maklumat perbincangan yang dibocorkan itu adalah respon saya kepada permintaan ahli-ahli perbincangan supaya mengemukakan analisis senario  tentang cadangan seorang pimpinan kanan PAS yang mengusulkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Tambah Mohd Zuhdi, mesejnya dalam aplikasi itu hanyalah imaginasi beliau mengenai senario jika PAS benar-benar mahu meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Disebabkan permintaan tersebut (buat analisis senario) saya pun mula melakukan analisis ringkas dengan meramalkan senario yang akan berlaku jika PAS keluar PR.

"Untuk melakukan analisis senario ini, selain daripada memerlukan fakta-fakta semasa, daya imaginasi penganalisis juga harus diambil kira," katanya.

Dedah Mohd Marzuki lagi, kumpulan yang menyokong supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat itu turut mengusulkan supaya mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos ini memberi fokus kepada isu masa depan parti.

"Mereka menyambut usul keluar Pakatan Rakyat yang dicadangkan itu dengan ada yang menambah supaya mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos akan datang hendaklah mendahulukan perbincangan usul ini daripada membincangkan kemelut isu Menteri Besar Selangor.

"Terdapat juga yang menyarankan, PAS lebih baik bersendirian supaya ahli-ahli PAS lebih bebas mengkritik dan mencegah kemungkaran sebagaimana ketegasan PAS yang dikenali sebelum ini," katanya.

4 comments:

  1. ..sya x bijak Agama..tpi sya suka ayat peringatan ini"Hamba ku bila di beri kesenangan slps kesusahan ia akan gembira dan Sombong" demikin petikan dari Alquraan Demikian juga lah PAS hari ini..Allah beri kemenangan lebih kali ini di Selangor..porak puranda jadi nya sasungguh nya PAS akan untung SEKARUNG tapi akan RUGI berguni guni..caya lah...Innallilahiwainnailaihirajion

    ReplyDelete
  2. PAS ini gaya saja ulamak kah , islamic kah tapi hati busok denggi tahap budak bodoh malas saja.

    ReplyDelete
  3. Menang kalah ketentuan Allah.Beras secupak tidak akan menjadi segantang jika tidak berusaha menambahnya, ini Sunnatullah.Segala gala Qadha dan Qadar Allah.Allah mengurniakan akal untuk berfikir dan kurniakan anggota kudrat untuk berusaha.Dilihat dan difikir secara adat kegemilangan yang diraih PAS kemenangan yang diperolehi dan berbondong bondongnya para intelek ummatik iaitu yang komited dengan Islam masuk PAS dan giat bergelumang dan bergelimang dengan PAS bermula dan berpunca dengan kezaliman UMNO terhadap Anwar Ibrahim dan bersatunya di bawah Pakatan Rakyat.Jika PAS keluar Pakatan Rakyat, dilihat dari adat PAS tidak mendapat sambutan dan tanpa perjuangan Anwar Ibrahim bersama ,PAS akan lemah pastinya tidak mendapat sokongan sambutan kecuali di Kelantan, itupun menang dalam kalah.Menang hanya beberapa calon dan tidak akan memerintah Kelantan.Berakhirnya riwayat PAS.Dan kemungkinan besar ahli ahli Pas yang professional yang bukan dari kelulusan agama akan menubuhkan satu parti baru yang Islamik yang akan membawa dan membuat perubahan yang berlandas serta peraturan Islam secara beransur maju.Kemungkinan besar InsyaAllah mereka berjaya untuk merealisasikan kehendak dan cita rasa umat Islam.Ianya juga didokongi golongan ulama yang benar benar pejuang dan ikhlas, bukan merebut kerusi tetapi merebut syurga.

    ReplyDelete
  4. Inilah satu petunjuk bahawa Pas adalah sebuah parti yang matang. Dalam apa2 krisis. Parti yang bijak akan mengatur langkah2 awal dan memikirkan apa2 tindakan wajar yang perlu dilakukan sekiranya senario tersebut benar2 berlaku. Dalam kemelut jawatan MB Selangor sekarang sewajarnya Pas menyediakan beberapa plan alternatif sekiranya persefahaman tidak lagi wujud dengan PKR dan/atau DAP dan natijah daripada langkah2 yang diambil. Malangnya terdapat ahli Jawatankuasa Pusat Pas sendiri yang jadi pengkhianat dan barua.Membocorkan rahsia parti adalah satu tindakan sabotaj yang tidak boleh dimaafkan. Pas perlu mengenali pengkhianat ini dan memecatnya serta merta kerana mereka ini akan menghancurkan Pas dari dalam. Kepada mereka yang beranggapan bahawa ramai para intelek akan meninggalkan Pas jika parti mengekalkan sokongan terhadap Khalid Ibrahim, maka mereka ini terlalu mentah dan naive dalam politik.Cuma mereka yang kurang cerdik dan gilakan keuntungan duniawi akan meninggalkan Pas, percayalah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa