Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 23, 2014

Kes Daging Mentah: Seorang Lagi Ditahan

Kematian model Estonia, seorang lagi ditahan
mk - 4:00PM - 22 Jul 2014
Seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan di Mersing semalam bagi membantu siasatan polis berhubung kematian model warga Estonia, Regina Soosalu di Pulau Rawa pada 1 Julai lepas.
    
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Johor Datuk Hasnan Hassan berkata lelaki yang ditahan polis semalam berasal dari Kuala Lumpur.
    
"Setakat ini enam suspek yang masih ditahan dalam kes pembunuhan wanita warganegara Estonia di Pulau Rawa, Mersing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
    
Hasnan berkata polis memperoleh perintah sambungan reman selama enam hari terhadap empat daripada enam lelaki yang ditahan itu bermula hari ini sehingga 27 Julai.
    
Selain siasatan bunuh, dua lelaki itu turut ditahan selama empat hari mulai semalam untuk siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.
    
Hasnan juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan polis selesai dan meminta sebarang maklumat disalurkan kepada Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-2212999.

2 comments:

  1. orang tak mau pun buat heboh heboh tapi Allah bagi akai kat manusia suruh berpikir

    ReplyDelete
  2. Kalau betul lah ada anak raja terlibat.. Tunggulah nanti kes ini akan senyap begitu saja, kalau ada pendakwaan pun kambing hitam saja lah mcm kes Tontoya tu...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa