Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 23, 2014

Lantak Kamulah Labu......Jangan-Jangan Ayam Terlepas, Tangan Bau Taik!

MB Selangor: PAS Bakal Umum Pendirian
Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 6:23 PM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS akan mengadakan mesyuarat khas parti itu bagi membincangkan perkembangan terkini komplot menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Menerusi mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat yang akan diadakan malam ini, parti itu akan membuat ketetapan mengenai pendirian mereka berhubung keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mesyuarat yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS itu bakal dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PAS perlu mencapai kata sepakat mengenai pendirian parti itu sebelum ketiga-tiga sekutu Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan pada Rabu berhubung nasib Abdul Khalid di Selangor.

Menerusi sidang media Ketua Umum Pakatan Rakyat awal pagi Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa PAS sudah menyatakan persetujuan supaya hasrat 'langkah Kajang' perlu diteruskan dengan pengguguran Abdul Khalid.

Bagaimanapun sebelum ini dilaporkan bahawa PAS Selangor menyatakan pendirian tegas bahawa parti itu tidak pernah bersetuju agar kedudukan Abdul Khalid digantikan dengan Dr Wan Azizah.

6 comments:

  1. Haji Hadi takut menantu bahalol dia tercampak keluar bila Wan Azizah masok MB , mungkin tak setuju dan sokong Khalid Ibrahim...

    eh , nak tanya yea Pil Kuda tu apa kebende ???? Pil Keldai kat mana nak beli yek....?????

    teringat pulak Tuan Haji TT.

    ReplyDelete
  2. Pakatan Rakyat telah menjadi Pakatan Kelamkabut...Kemelut yang melanda PKR nampak nya semakin parah...Kalau dulu saya begitu memberi sokongan yang tinggi kepada PKR...namun sekarang sokong tersebut telah mula kendur dan besar kemungkinan saya akan menyertai parti lain yang kurang kemelut...Ingat lah PKR bahawa besar kemungkinan UMNO/BN akan berjaya merampas kembali Selangor dari anda semua sekira nya beginilah situasi nya....
    ( Hati dah mula dekat kembali dengan UMNO...)

    ReplyDelete
  3. TSK org yg berpengalaman dlm permainan. Bursa Saham org koprat..mcm mne bolh terjerumus dlm perangkap Amneo..klu Hasan Ali..kita x lh terperanjat sgt...skg slah haribulan PR x bekuasa lgi di S'gor.

    ReplyDelete
  4. hehehe tangan si labu ni mmg dah berbau taik. lama dah pun.

    ReplyDelete
  5. Gua cadangkan PKR dan DAP saja bergabung sebagai PR. Biar PAS masuk BN. Kalau PAS macam ni juga tak nak berubah sampai bila pun PR tak boleh menang PRU.

    ReplyDelete
  6. Kalau jadi wan azizah atau azmin jadi MB.... Akan aku sedekahkan Selangor pada BN....

    *Tolong sampaikan mesej ini pada orang2 gila jawatan MB....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa