Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 31, 2014

PAS Adalah Parti Gagal

Pada admin mengikut sejarahnya mereka memang gagal
Gagal bersetiakawan
Gagal mengawal Ahli
Dan gagal mentadbir (Tererngganu 2 kali runtuh dan Kedah juga hanya sepenggal sahaja)
Di Kelantan pun belum tentu boleh kekal selepas PRU akan datang

Apa aku cakap adalah kenyataan biar pun akan disanggah oleh Ahli dan Penyokong taksub PAS
Perkara ini telah pun terbukti dan aku juga merasainya kerana aku sendiri bersama PAS sejak di zaman Asri lagi dan aku hentikan aktiviti aku bersama PAS pada 1990 ketika PAS menawan Kelantan dengan pertolongan S46

Perlukah Pas kekal dalam Pakatan Rakyat?
PROFESOR MADYA DATUK DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF
31 Julai 2014
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

MENJAWAB pertanyaan di atas, penyokong Pas akan terbelah tiga — ada yang mahu kekal dalam PR, ada yang mahu Pas menyertai BN, dan ada mahu Pas keluar dan berdiri dengan kekuatan sendiri.

Bagi yang menyokong untuk keluar, mereka menyatakan Pas yang banyak membantu PR untuk menang besar dalam pilihan raya. Pas yang banyak bertolak ansur dengan onar yang dibuat oleh PKR dan DAP. Pas yang mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. Pas yang telah teruji banyak dalam politik tanah air.

Tidak cukup dengan itu, mereka menyatakan Pas adalah parti ideologi yang jelas dan tegas untuk menegakkan negara Islam. Oleh itu, perjuangan Pas tidak sama dengan perjuangan PKR dan DAP.

Dan dengan alasan itu, mereka yakin sekiranya bertanding sendirian pun Pas tetap boleh memenangi kerusi yang banyak dalam pilihan raya.

Tepatkah alasan Pas tersebut?

Saya bersetuju parti Pas mempunyai sokongan bawahan yang kuat dan mempunyai pendirian politik tentang Islam yang tegas. Tetapi saya tidak bersetuju untuk menyatakan Pas sebagai parti yang kuat jika bertanding sendirian.

Sejarah pilihan raya telah menunjukkan jika Pas bertanding sendirian, maka kerusi yang dimenanginya sikit sahaja. Adalah amat sukar untuk Pas menyaingi kekuatan Umno sebagai parti orang Melayu dan Islam.

Pas hanya kuat pada tahun 1974 apabila menyertai BN, kuat pada tahun 1990 apabila bersama dalam pakatan APU, dan kuat pada tahun 1999 hingga 2014 apabila bergabung dengan parti lain dalam BA dulunya dan PR sekarang.

Saya cukup yakin sekiranya Pas bertanding sendirian, maka kerusi yang dimenangi oleh Pas adalah sedikit sahaja, malah belum tentu boleh membentuk kerajaan negeri di Kelantan.

Jika meragui kenyataan saya ini, Pas boleh mencubanya dengan mengambil tindakan keluar dari PR. Kita tengok pencapaian Pas dalam pilihan raya yang akan datang.

Perlukah Pas menyertai BN?

Jika Pas sudah tidak boleh bekerjasama lagi dengan PR, maka baiklah Pas keluar dari PR. Selagi Pas dalam PR, maka akan selalu ada pandangan bahawa Pas adalah parti yang kuat dan boleh bertahan sendirian, sedangkan realitinya adalah sebaliknya.

Jika Pas keluar dari PR, apakah Pas perlu menyertai BN? Saya fikir bagus untuk keluar dari PR dan menyertai BN. Ada tiga keperluan. Pertama, untuk mengukuhkan kedudukan politik orang Melayu dan Islam. Kedua, untuk membolehkan BN mendapat sokongan dua pertiga majoriti dan seterusnya meluluskan persempadan baru kawasan pilihan raya.

Ketiga, saya mahu tahu kekuatan Pas selepas meninggalkan PR. Apakah Pas akan kekal kuat? Apakah Pas kekal disokong oleh anak muda? Apakah Pas boleh kekal baik dalam BN? Apakah peristiwa Pas dipecat dari BN pada tahun 1978 tidak berulang lagi? Dan paling penting, saya mahu tahu apakah Pas ini parti yang boleh bertahan kerjasamanya dengan parti lain?

Jika merujuk kepada sejarahnya, Pas gagal berrtahan dalam BN, gagal bertahan dalam APU, gagal bertahan dalam BA, dan sekarang saya mahu tengok pula bagaimana kesudahan kerjasamanya dalam PR?

Apa yang perlu Pas lakukan?

Pada saya, yang menghadapi krisis sekarang bukan PR. Yang menghadapi krisis ialah Pas. Bagi mengatasi kemelut ini, sudah sampai masanya pemimpin Pas memanggil perhimpunan agung tergempar.

Biarkan pemimpin akar umbi mengundi membuat keputusan sama ada untuk keluar dari PR, menyertai BN atau keluar PR untuk berdiri dengan kekuatan sendiri. Keputusan majoriti itulah yang perlu diterima sebagai penentu hala tuju masa depan Pas.

Saya fikir sudah sampai masanya pemimpin Pas berfikir dan mengambil keputusan tegas tentang hal ini. Jika sekejap ada pemimpin kata tidak boleh sepakat dengan PR dan sekejap pula ada yang kata boleh sepakat, itu politik yang tidak ada jiwa, tidak ada semangat setia kawan, tidak menentu pendirian politiknya dan tidak ada hala tuju yang jelas.

Yakinlah, jika Pas sudah membuat keputusan tegas, sekurang-kurangnya kemelut politik hari ini boleh reda seketika.

17 comments:

  1. Agak agak berapa kerusi Parlimen dan Dun pkr yea.tentu banyak kan.agak agak berapa peratus yea kemenangan kerusi bagi Parlimen dan Dun yg dimenangi pkr yea.kih.kih.kih.pkr penuh dgn onar,penipuan,kronisme dan pelbagai perkara memualkan.

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn tuan. Alhamdulillah saya Islam sejak lahir. Kalau saya bukan Islam saya tak akan masuk Islam jika melihat dan nilai Islam berdasarkan pembawaan politik Islam PAS.. Ini ikhlas dari hati saya...

    ReplyDelete
  3. Anon 5:08 PM

    Anda tersalah gelanggang dan cuba menjaringkan gol di tempat yang salah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya kerana tidak menyokong akan cadangan perlantikan wan azizah,habis segala keaiban sekutu dijaja.sedangkan pengkhianatan ahli sendiri dilupakan.runtuh nya kerajaan perak adalah angkara adun pkr yg kehausan material.berapa ramai MP maupun Adun pkr yg munafik.runtuh nya kerajaan terengganu tadbiran Pas rupa nya gagal difahami admin.peratusan mustahil pengundian serta masa pengundian melebihi hingga jam 7 petang adalah strategi membawa pengundi luar mengundi.faktor jatuh nya kerajaan kedah tidak sama isu nya dgn kerajaan selangor.nampak nya sebelum berbicara biar ler bermaklumat.kesian.itu baru acahan TGHH.belum pasti dinoktahkan.dlm politik macam macam boleh berlaku.masa mula Adun dari pkr.tetiba menang jadi mesra umno plak.contoh jer.tak perlu terlompat lompat pada hal yg belum pasti nya sapertimana impian DSAI menjadi mb Selangor.penyokongtersalah padang jaringkan gol tiada melucukan tapi pemimpin tersalah karingan gol cukup meloyakan.jangan terlebih teraser yea.itu semua realiti cacamarba pkr.

      Delete
  4. sebenarnya pkr yang patut digelar parti yang gagal. gagal dari segala segi tetapi menyalahkan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori la bro..pkr baru 15 thn ujud klu nak dibandingkan dgn pas.sepatutnya pas dah gi jauh paling tidak pun dah separuh kerusi parlimen.parti lain sibuk nak menang tapi parti pas sibuk nak menangkan pihak lawan..kah kak kah

      Delete
  5. Salam & ucapan selamat Aidilfitri buat uncle Din & famili.

    PAS ni dah sikit kalut dengan kepimpinan Presiden yang 'lemah lembut' tu.

    A few decisions, actions macam tak tepat. Tak berapa astute le dia ni ~ tapi tak le bodoh samapi tak layak tapak tu...

    Cume tu le, banyak sangat campur tangan punah-sihat keliling dia kut. Entah le.

    Eloknya PAS buat perubahan taktikal yang lebih halus, berani, ikhlas... boleh kerah kader, ahli dia cara dakwah menyeluruh macam jemaah Tabligh tu.. door to door..heart to heart.. jangan tunggu kempen PRU, PRK saja baru nak turun padang & jumpa orang. Kalau selalu selalu boleh buat this "personal touch" approach orang akan senang dengan kita-PAS.

    Umno meme le haru, banyak rosak. Tapi selagi PAS perasan dia buat dakwah tu cara Islam yang terbaik selagi tu le macam-2 karenah, kemelut, masalah bertimpa timpa. Kembali le kepada Islam supaya semua orang kita, least to say "silent majority", akan paham & amal agama dalam kehidupan harian kita.

    Selebihnya kita berusaha lagi & bertawakal kepada Allah.

    ReplyDelete
  6. Eloklah PAS sahut cabaran keluar PR .... aku nak jugak nengok kehandalan PAS ni ... dan jangan harap undian dari non-malay lagi , memang jadi parti yang pasif ..... tiada apa yang boleh harap dengan kejumudan dalam PAS di negara yang berbilang kaum dan kepercayaan. Rakyat sentiasa mengharapkan PR , satu hari nanti berjaya ke PUTRJAYA .

    ReplyDelete
  7. Setuju PAS keluar PR . Sila tunjukkan kekuatan anda . Dari dulu dan sampai bila2 tak boleh dipercayai sebagai rakan kongsi .
    Sila PAS cadangkan DUN dibubarkan dan kita berentap di medan PRU negeri .

    ReplyDelete
  8. Pas hari ini x ubah sperti penebang pokok dgn Iblis..yg mangaggu penebang kayu melakukan kerja nya mereka berlawan akhirnya penebang kayu menang dan iblis berjanji akan bagi wang tiap hari..tiba2 satu hari iblis mungkir janji x bgi lgi wang..penebang kayu marah dan mereka berlawan tpi kli ini penebang kayu kalah..bila d tanya kenapa? Iblis menjawab dulu dia lwn kerna Allah skg lwn kerna Wang..padan muka kah kah kah

    ReplyDelete
  9. analisa prof kebelakangan ini sudah kurang sengatnya

    ReplyDelete
  10. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.

    walaupun jika ditakdir bersendirian jadilah seperti apa yang Allah perintahkan dalam ayat diatas didunia nampak rugi tapi yang penting diakhirat tidak rugi sesunggunya janji Allah adalah benar lagi sesungguhnya benar.
    tidak sekali kali bersekongkol dengan puak yang menolak hukum Allah dari dijalankan dibumi ini.

    ReplyDelete
  11. Jadi badan dakwah sajalah tak guna jadi parti politik, masih boleh juga amal islam secara syumul... dalam politik buang masa dan buat banyak dosa..kalau logik akal tetap tak kan menang sampai bila-bila

    ReplyDelete
  12. PAS ini satu parti gaya saja Islamist tetapi pemikiran dan hati nya sama saja macam UMNO.

    Menongkat Langit dan mengejar harta kekayaan dunya setampil dengan pemikiran bahalol mereka.

    Susah lah kalau Pemimpin Bahalol memimpin rakyat yang bijak pandai , itu yang cuba di bukti kan oleh PAS.

    PAS perlu kluar Pakatan Rakyat dan bersatu sama UMNO.

    Cukup lah serban ber balut balut jika Otak bebal dan Nafsu tinggi melangit macam bebudak DUMBNO tu.

    ReplyDelete
  13. Aku tak menyokong TSKI digugurkan sama macam haji hadi cakap tapi aku sokong kalau haji hadi digugurkan. Haji hadi tiada ketokohan untuk jadi nakhoda yang cerdik.

    Dengan menantu pun boleh kena gulai... nakhoda apa kalau maam tu.

    Cakap2 ni dari segi politik. Pasal keilmuan dia dalam Islam aku tak mau sentuh. Dia mungkin hebat tapi gelojoh tak tentu pasal. Tak berstrategi langsung.

    ReplyDelete
  14. Matlamat untuk bergerak sebagai parti politik ialah untuk menang, memerintah dan meninggikan kalimah Allah. Jestru kalau tidak mahu menang jadi juru tarbiah saja...geranti menang.

    ReplyDelete
  15. pak lah dengar cakap menantu bungkus
    pas dah jadi parti perasan bila menang 15 kerusi di selangor adakah pas kuat atau ada bantuan dr parti lain klau kuat kenapa pas tak menang kawasan yg majoriti melayu? krna terlalu hebat 2 negeri lingkop.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa