Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 22, 2014

Tragedi MH17 Drama Tuding Menuding Jari: Siapa Sebenarnya?

Rusia tidak terlibat dalam nahas MH17, kata duta
Published: 22 July 2014
Duta Rusia di Malaysia Lyudmila Vorobyev (kiri) bercakap semasa sidang media tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 Julai, 2014.
Rusia hari ini menafikan apa-apa penglibatan dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17, tetapi mengatakan ketenteraan Ukraine memiliki sistem peluru berpandu darat-ke-udara BUK.
Duta Rusia ke Malaysia Lyudmilla G Vorobyeva berkata pemberontak di Donetsk hanya memiliki sistem mudah alih.
"Linkungan yang boleh dicapai sistem mudah alih ini hanya 5,00 meter, bermaksud ia tidak mampu menyasarkan jet komersil yang sedang terbang setinggi 33,000 kaki," kata Vorobyeva.
"Di mana bukti kukuh yang Rusia terlibat dalam tragedi MH17? Semua jari yang dituding dan tuduhan yang dibuat adalah tanpa bukti."
"Semasa Amerika Syarikat (AS) menyerang Iraq pada 2003, mereka katakan ia angkara Timur Tengah kerana mereka memiliki senjata nuklear."
"Bagaimanapun, hingga hari ini dunia masih menunggu bukti 'weapons of mass destruction' yang digunakan sebagai alasan untuk menyerang oleh AS," kata Vorobyeva.
Beliau berkata pemberontak di Donetsk tidak memiliki sistem yang maju seperti peluru berpandu darat-ke-udara BUK, dan hanya pengguna yang terlatih boleh menggunakannya," kata Vorobyeva. – 22 Julai, 2014.

1 comment:

  1. nampak gaya RUSSIA memang tak ter libat.

    kalau nak sangat UKRAINE , RUSSIA bomb saja Nuklear BOMB yang Ukhraine simpan... senang aja bah

    russia pun bukan bacul macam Amerika & United Kingdom !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa